LELAH & KELIRU


Banyak kekalutan melanda dalam diari hidup lately.

Berbagai-bagai drama. Fitnah, penafian, pengabaian..terlalu banyak.

Di mata outsider kami kelihatan sangat perfect, dicemburui...tapi hakikatnya Allah sahaja lah yang Maha Mengetahui.

Penat bilamana manusia yang paling kita percayai menghancurkan kepercayaan. Lebih mempercayai fitnah orang luar yang baru dikenali berbanding kita yang sudah sekian lama saling mengenali.

Lesu, lemah longlai...

Tapi tak mampu nak cerita detail...sebab terlalu peribadi..cuma nak menasihati sahabat-sahabat semua, kebenaran supaya jangan meletakkan kepercayaan 100% kepada manusia itu sangat benar. Tak kiralah siapapun manusia tu.

Kembali bergantung harap sepenuhnya hanya pada Allah...akhirnya memberikan kembali kekuatan hati..mampu bertabah kembali setelah sekian banyaknya airmata dicurahkan untuk mereka yang tidak menghargai.

Semuanya hak Allah. Apa yang kita ada hari ini termasuklah diri kita sendiri juga hanyalah pinjaman semata-mata.

Berserah sepenuhnya kepada Dia & redho..itu sahaja penawar terbaik untuk jiwa yang sedang meruntuh.

#i am a muslimah wannabe

Sedih bila maruah, aurat, harga diri, dan privasi di pandang ringan oleh mereka yang bertanggungjawab melindungi kita dunia & akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...