Mek Jual Perfuma lah pulak..hahah

Sekian lama bersawang, baru terdetik nak up post baru..
Hidup lagi Alhamdulillah..hihi

Bizi kot, bulan November 2015, pindah dari Kuala Berang balik ke Shah Alam..separa terkuburla biz Tupperware I, sebab stokis dah jauh sini..huhu..Tapi sesekali kalau ada item yang sempat I grab I jual la jugak..kikiki

Please jangan bosan sebab memang nature suka sangat biz, bukan sebab nak kaya, tapi suka bermuamalah, even secara atas talian sahaja. Kadang-kadang sesetengah produk yang dijual tu tak dapat untung pun, tapi enjoy doing something while helping other people ^_^

Ni I nak lancarkan..ecece
Kedai online terbaru iaitu kedai perfume..haha



Jemputla klik tab sebelah atas page ni, nanti link direct ke page tu. Page tu akan cuba di update dari semasa ke semasa..tapi I selalu on IG/Fanpage FB je..huhu

*Sorry ye bahasa ikut mood..macam gitula, takde protokol haha


CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI DENGAN AKAUN MAYBANK

Assalamualaikum.

Hari ni Mekning berminat nak sharing 1 penemuan yang sangat meudahkan urusan perbankan tabung Haji.

Selama ni, nak bank in duit punyalah jenuh nak menunggu giliran kat pejabat cawangan Tabung Haji. Orang nya ramai ya amat!! huhu..

Hari ni Mekning belajar something baruu..adik mekning cakap dia link kan akaun TH tu dengan maybank, senang time terdesak nak pakai duit, tak perlu beratur..lagi tenang sebab even selepas waktu pejabat masih boleh keluarkan saving TH tu..Alhamdulillah..

Mekning dan agihkan siap2 saving untuk TH dari income bulanan, sebab simpan dalam akaun konvensional ni memang tak boleh dipercayai..bukan bank tu yang bermasalah, tapi diri ini yang suka sangat berbelanja melebihi had..hehe..

Ditakdirkan gaji bulan ni azabnya lambat amat masuk..swasta kan? stendet la..menyesakkan otak jiwa raga payment gaji ni..huhu

Dan Mekning sudah sangat jauh Overdue komitmen bulanan untuk dibayar..tak dapat nak elak terpaksa withdraw jugak saving TH tu..

Memulanya pinjam dengan si adik..Alhamdulillah, ada adik yang sudi membantu time terdesak tahap melolong-lolong gitu..nikmatnya Allah saja yang tahu..jasa baiknya tu Allah saja ynag mampu balas..

Rupanya dia pun ceduk saving TH dia untuk bantu kita..MasyaAllah..Subhanallah..
Ada juga manusia jenis itu zaman ni, keluarkan saving untuk bantu orang lain yang berhutang.
Yang berhutang itu Mekning la..huhu..

Pastu gighla Mekning cari kekdah nak link kan jugak akaun TH dengan maybank.
Alhamdulillah..jumpa link dari kekdah gugel dengan bantuan dari adik jugak..

Kita boleh link akaun TH yang ada nama kita, i.e akaun kita la tu..hehe
Juga akaun yang ada nama kita sebagai penama..i.e. akaun anak-anak kita..hehe

Pasni senang nak tuju bila darurat
Juga senang nak transfer bank in saving TH sebab boleh direct transfer kat ATM pun boleh..online pun boleh..tak payah dah menunggu bertahun dalam pejabat cawangan TH.

Apa yang diperlukan semasa nak link kan akaun TH tu dengan maybank ialah;
1. kad ATM Maybank
2. Buku simpanan TH
3. Mesin ATM..hehe..yang ni kena pegi any branch Maybank @ any ATM yg ada kat mana2 tu..

* kenalpasti no akaun TH tu dan juga nombor siri buku tu juga..nanti takde la terkial-kial depan ATM, menggelabah mencari nombor siri buku..hehe

Maklumat yang berguna ni selain dari adik, Mekning juga dapat dari laman web ni

http://www.faridadam.com/2013/09/linkkan-akaun-tabung-haji-dengan-maybank2u.html

TQ very the much much atas bantuan anda-anda semua!!

Alhamdulillah..

Kalendar Cuti Umum & Cuti Negeri bagi Terengganu bagi tahun 2015


Semenjak ada anak sekolah ni, rajin pulak mekning ni mengugel cuti umum negeri..bakpe ahuuu..hehe..

Al-maklumlah selama ni terbiasa ke sana sini sesuka hati mekning je..Ini kalu..terantai sudah langkah mekning nih ha..huhu..

Ni masa gugel awal tahu baru ni xjumpa pulak link kalendar yang bagus ni..ini hari baru jumpa..kebetulan line mekning tengah bagus..so sharing is caringla sikit kat orang lain.

Ada juga kalendar untuk negeri lain tahu..
Baguslah sebab siap ada petunjuk bagai tu..
bagusla camni..kan?

tengok ajelah total pageview tu dah berapa, hehe.. untuk mengugel cuti-cuti sahaja..baguihh..


Kalau nk usha untuk negeri lain selain Terengganu Darul Iman ni..bolehlah visit link ni ye..

Selain kalendar tu, ada juga pautan-pautan lain yang juga bermanfaat..macam kat bawah ni ha..mekning siyes malas amat..tau cut & paste, copy & paste je..hehe..

Semoga bermanfaat ye?

*lama bonar tak menulis,,banyak idea, tapi penyakit M tu serius sangat..tak tahulah kenapa..patah hati kot..kenapa lah agaknya tu ye? hehe..
*idup lagi mekning ni upenye ye..?? hehe..Alhamdulillah, sangat sihat saya ni..


PETUA HILANGKAN BAU PADA BEKAS

Imej: Bragg.com

Petua ni saya dapat setelah menyedut ilmu kengkawan pesbuk yang menggunakan Apple Cider Vinegar (ACV) ni untuk merawat ekzema..untuk detox actually..

Tapi saya ni living di kawasan hulu..susah jumpa brand ni, jumpa yang lain pulak kat farmasi..hihi..

Selain digunakan untuk detox sayuran dan buahan..(diluted)..ACV ni juga rupanya berfungsi untuk menghilangkan bau pada bekas. Especially yang plastik tu la kan..

Macam ESP kan..bila lama-lama terbiar (dasar pemalas) dia akan jadi keladak..even dah cuci sampai berkilat macam baru..tapi bau HAPAK KOHONG tu maintain di situ..eeuuww..hihi..

So, mekning tak ingat la baca kat mana pasal other usage ACV ni..diluted dan biarkan semalaman memenuhi bekas tu..

Meme hilang bau hapak kohong tu..sungguh..suka sangat..baru aje duk berkira-kira nak beli Shaker baru..meme la ada banyak kat kedai..tapi nak yang ada cap SHAKLEE jugerkk..kikiki..

Nanti sesape yang ada anak menyusu botol, botol susu dengan puting tu HARUS bau hapak kohong jugak kan? haha..cer try..leceh nak menggodek ACV? cer guna cuka sintetik tu je dulu.jadi ke idok? agak-agak ajelah sukatan tu, jangan sampai jadi jeruk sudah..sesudu besar : sebesen air memadai kot..hehe

kat tesco & giant ado kot jual..rasa mcm pernah tengok..nanti kelik klate nak cari jugak BRAGG nih..hihi..

*tadi cuci botol air si kakak dengan si adik..(air masak saya isi dalam botol yang ada straw tu) pastu semalam beli straw brush..dulu dah beli tapi dah MIA..haha..
pastu cuci straw ru..dalam straw tu keluar keladak itam..huhu..gelinye..padahal dah korek2 sokmo dengan  celur air panas tu..korang kalau nak order straw brush tu boleh, nnti mekning tolong belikan..1 RM5 je..siap postage RM10 la..hihi..
setakat ni straw halus pon muat sebab tebal dia mcm 2,3 mm aje gitu..
SMS@WhatsApp 011-2514 0783

*korang yang berminat nak upgrade kualiti kewanitaan boleh roger mekning..barang baik ada..herbs based gitu..kot-kot la makan suplemen semedang ni too mainstream kan? kiki..mekning kena maintain suplemen sebab still BF, nak BF sepenuhnya sampai Ahnaf 2 tahun la..bg zat gumuk2 sihat2..hihi..so, meanwhile..mekning montel sikit tak kisahla kot..sama comel ibu dengan anak..kan? heheh...

Sini > http://mybeautyvalley.blogspot.com/search/label/PLATINUM%20LADYXARA%20WHITE%20JUICE

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) 2015

Okay, umum dah tahu pasal BR1M kan..ini sharing sedikit maklumat berkenaan BR1M yang 2015..
 

Imej: Malaysian Insider

Pembahagian bukan secara sekaligus, sebaliknya secara berperingkat..macam ni..

 

Klik pautan ini untuk tujuan kemaskini & permohonan: https://ebr1m.hasil.gov.my/



Pastikan laman web yang tertera macam itu ye..
Nanti dia tanya soalan macam nombor telefon yang didaftarkan, nombor IC pasangan, poskod, bandar..itu bagi kes kemaskini maklumat, bagi permohonan baru takde hal..

Yang ada pertambahan ahli keluarga pun perlu kemaskini..nanti kita akan diminta menghantar salinan dokumen berkenaan ke LHDN terhampir. 

Selepas siap kemaskini, cetak maklumat tu nanti senang nak kepilkan untuk dihantar kepada pejabat, dan juga untuk tujuan simpanan peribadi.

Kali ni nampaknya ada ruangan baru untuk diisi iaitu ruangan pewaris.

Borang BR1M ni diberikan percuma dan tanpa sebarang yuran pemprosesan ye..kalau ada yang mintak bayaran itu bukan apa..agaknya dia mintak duit kopi dengan minyak motor dia aje kot..kikiki (husnudzon)
     

SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2015



Nanti duit BR1M tu, boleh la laburkan..beli cincin belah rotan time emas tengah murah..3 kali pembayaran..maknanya 3 bentuk la cincin nye nanti yer dok? hihi..

Lain tahun kita hapgred jadi gelang maih plok..
Bukan apa..itu sebagai pelaburan..simpan dalam bank kejap kang pegi cucuk buat beli belah.. kalau emas..berat la sikit nak lebur reta tu dok?
Mana tahu nanti boleh buat topap renew roadtax, ganti tayar keta ke..huhu..

^_^ Semoga bermanfaat 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...