Assalamu'alaikum.
Hari ni baru ada kesempatan untuk mengarang kisah lagi. Kisah orang. Kisah hutang.
Malah dari Abu Hurairah r.a., baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
Kisah ini berlaku tak berapa lama dulu. Adalah seorang hamba Allah ini. Suatu ketika dulunya sangat kaya dan berjaya dalam bidang diceburinya. Dermawan dan baik hati pula. Tapi iyalah semudah mana Allah s.w.t. memberi, semudah itu jugalah dia mengambil balik pemberianNya tu. Hamba Allah ini pun jatuhlah sakit yang serius yang berlanjutan. Semua orang sangka dia sudah sampai kehujung nyawanya. Perniagaan terjejas teruk. Muflis barangkali. Tersadai bertahun, badannya tinggal kulit dengan tulang saja agaknya.
Namun, ajalnya belum tiba lagi. Umurnya masih panjang. Hamba Allah itu sihat semula tapi sebagai insan yang baru. Insan yang insaf & bertaubat kepada penciptanya. Allah s.w.t. Dia akur semasa kaya dan berjaya dulu dia dermawan, tapi soal solat 5 waktu, puasa, halal haram menjadi mainan sahaja baginya. Lansung tidak pernah berasa gentar atau bersalah bila melakukan kemurkaan. Rasa kebal. Tapi kini dia diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk bertaubat dan memperbaiki diri, meskipun waktu itu hamba Allah itu usianya sudah menjangkau separuh abad.
Segala perniagaan dahulu habis tak bersisa. Benar-benar tak bersisa. Duit, aset, habis. Ditarik bank, dilarikan orang, dirompak..tinggal IC sahaja (kerajaan bagi free, halal). Waima baju2 branded, custom tailored yang mencecah ribuan ringgit sepasang pun tersangkut dan dilelong kedai dobi.
Allah s.w.t. benar-benar telah 'membilas' seluruh kehidupan masa lalunya yang mungkin bergelumang dengan sumber pencarian yang tidak jelas halal @ haram hukumnya dulu. Tinggal satu perniagaan kecil yang diusahakan sekadar sambil lewa, tanpa suapan, yang menjadi sumber pendapatan. Tapi jumlahnya memang tak seberapa.
Maka, hamba Allah ini pun mulalah mengorak langkah baru, memulakan perniagaan dengan sumber yang ada sebaik mungkin. Mencari yang benar-benar halal. Lalu teringatkan seorang sahabat baiknya dulu, masih kaya & berjaya. Namun terputus hubungan. Bertahun-tahun tidak berjumpa. Sahabatnya itu sangat kaya. katanya setiap bulan, ada satu kontrak dengan kerajaan dibayar RM400-500 ribu sebulan. Ada syarikat besar, pekerja yang ramai. Gembiranya hati hamba ini mendengar kejayaan sahabatnya itu. Besarlah hatinya akan ada peluan memohon pertolongan untuk memulakan semula perniagaan. Bukan banyak pun yang hamba Allah itu minta untuk pinjaman, RM7 ribu sahaja. Untuk mendahulukan kerja kedua, kerana bayaran cek kerja pertama belum sampai waktunya. Jumlah itu sahaja yang berani dimintanya kerana itu sahaja yang dia perlu dan ada jaminan bayaran semula.
Malangnya, bukan sahaja permintaannya ditolak sebaliknya hamba itu dikeji lagi. Hutang lama dibangkitkan, berkali-kali diulang ayat 'hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut'. Sedangkan hamba Allah itu sudah berjanji di awal pertemuan, akan melunaskan semua hutang sebelum ini tetapi secara beransur-ansur. Iyalah dulu, masa senang mudah-mudah saja dapat pinjam duit puluhan ribu, macam gula-gula saja mudahnya diagih-agihkan. Sedangkan sahabat itu sudah maklum apa yang telah menimpa hamba Allah itu, bagaimana perjalanan hidupnya sekarang.
Anehnya, sudahlah duit tidak diberi pinjam, diungkit-ungkit pula kisah lama hamba ini dizaman jahilnya, liarnya dulu. Sedangkan turut hadir dalam perbincangan ialah isteri dengan anak hamba Allah itu. Tiadakan rasa hormat terhadap isteri dan kenapalah agaknya aib suaminya itu diungkit-ungkit. Mujurnya isteri memahami malah dapat membaca niat hati sahabat lama suaminya itu. Sudahlah miskin, dikeji, diapi-apikan pula rumahtangganya. Sahabatnya itu turut mengaku pernah jatuh sakit yang teruk. Jantung agaknya. Tapi Alhamdulillah, sudah sihat semula, sudah taubat. Katanya.
Kerja sahabat walaupun disyarikat sendiri, tapi kewangan terhad. Makan gaji bulan juga katanya. Kalau nak keluarkan duit, kena board meeting. Aduh, kelakar pula saya dengar alasan dia. Dahlah kedekut, pengkhianat, menipu pula..pada masa yang sama memperbodohkan diri sendiri.
Pulanglah hamba Allah itu dengan tangan kosong. Seharian mencari jejak sahabat lama, beratus kilometer dijarah, dikeluarkan simpanan yang ada nak membayar tol dan minyak kereta. Namun pulang hampa. Lagi berkecil hati. Malu pada isteri.
Hamba Allah dan isteri sebulat suara, menyimpulkan, mungkin kerana Allah tak merestui duit sahabat itu digunapakai. Adalah sebab musababnya itu. Hamba itu kesal mengenangkan sahabatnya yang satu itu masih jauh dari landasan Islam yang sebenar. Ya, memang salah dia belum menjelaskan hutang, tapi bukan sengaja, kerana tidak mampu. Bukankah hamba Allah itu wajar dibantu? Bukankah pada setiap kita ada hak orang lain yang harus kita sampaikan? Bukankah pada orang kaya itu ada hak orang miskin yang Allah tetapkan supaya diagih-agihkan?. Itulah Allah masih mahu menguji kesabaran dan keimanan hamba nya itu, dan masih mahu menguji sahabat itu dengan kekayaan.
Kekayaan itu manfaatkanlah ke jalan Allah s.w.t. janganlah hanya dilonggokkan. Berlumba-lumba mencari kekayaan & harta benda, dimana sedekah & ibadahnya?. Justeru, manfaatkanlah pemberian Allah itu sebaiknya supaya kita dirahmati dan diberkatiNya. Semoga berjaya dunia hingga ke AKHIRAT.
Renung-renungkanlah.
Dari Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
Hari ni baru ada kesempatan untuk mengarang kisah lagi. Kisah orang. Kisah hutang.
Malah dari Abu Hurairah r.a., baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
" Ruh seorang mukmin akan tergantung (tidak sampai ke tempat yang penuh dengan kerehatan yang dijanjikan untuk orang-orang yang beriman) selagi hutang-hutangnya tidak dibayar".
(HR Tirmizi)

" Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian"
(HR Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Barangsiapa yang mengambil harta seseorang (berhutang) dengan niata untuk membayarnya semula, maka Allah akan membayarkan semula hutang-hutangnya. Dan barangsiapa yang mengambil harta seseorang (berhutang) dengan niat tidak mahu membayarnya maka Allah akan mensia-siakan harta tersebut. "
(HR Bukhari)