Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

F.C.C: Halal kosmetik bertaraf antarabangsa

Alhamdulillah...

Syukur, akhirnya rintihan hati saya selama ini telah pun Dia makbulkan, malah sangat2 dipermudahkan. Saya akhirnya telah berjaya memiliki dan menukarganti set alat solek yg saya gunakan selama ini kepada yang mempunyai sijil halal. Yang lama tu suami suruh buang saja, ada juga isu halal yg di ajukan kepada pengeluar, tetapi jawapannya masih dalam proses..malah pengeluar sendiri tak berani cakap produk digunakan halal.

Sebelum ini saya ada buat entri pasal produk SimplySity. Saya guna jenama itu juga, tapi kosmetik setakat ini saya baru beli jenama F.C.C Farmasi sahaja...sebab susah nk pilih Simply Siti, selalu kiosk di Watsons tak cukup barang, dan Watsons agak jauh dari rumah saya. Nak beli online agak susah juga sbb tak boleh nk pilih shades/color..

Untuk makluman kawan-kawan semua, kosmetik jenama F.C.C ini terpaksa menukar signboard nama butik masing-masing daripada jenama FARMASI kerana bantahan dari beberapa pihak. Tak tahulah keliru kat bahagian mana...mana nak sama kosmetik farmasi dengan drug store farmasi? Kelakar juga. Kot pengguna yang terkeliru ingat FARMASI ni drug store..


Silky Touch Compact Powder: No. 06 Beige RM29.90
Soft Touch 4 Color Eye Shadow: No. 05 RM33.90
Tender Blush On blusher: No. 06 RM25.90
True Color Lipstick: No. 13 RM22.90
Lip pencil: 201 RM13.90
Eye Brow Pencil: 03 RM13.90
Kohl Pencil (eyeliner pencil): Ultra Black RM15.90
Catwalk Illusion (mascara): RM37.90
Make-up Remover Wipes: RM9.90 (20pcs)
Grand total untuk basic make up halal saya: RM204.10

Mahal? ye, agak mahal la sebab beli semua sekaligus..tupun dah banyak tebal iman..banyak lagi yang menarik untuk dipilih..(in future nak try eye liner pensil yang glitter, senang apply, cantikkk..)

Ok. tak ada fondation powder/cream/stick sbb saya kan guna Ronasutra?...

Suka saya nak syorkan kepada sahabat2 muslimah kat luar sana supaya step by step menggantikan kosmetik kita kepada yang terjamin halal. Supaya redha Allah sentiasa bersama kita. Ya, memang tak digalakkan bersolek, tapi ada juga suami yang lebih terhibur hatinya bila melihat wajah isterinya tak kurang juga cunnya daripada pompuan lain kat luar. Lagipun, naturenya wanita ini memang suka berhias dan kelihatan cantik. Cuma terpulang kepada kita pula nak solek tahap biasa2, macam pengantin @ macam supermodel..ehehehe..

Ok, FYI juga, jenama ini merupakan jenama bertaraf antarabangsa, banyak pilihan..so, bila ada masa lapang, jenguk-jenguk kiosk/butik kosmetik sahabat kita tu ye? Kalau bukan kita nak naikkan produk halal siapa lagi ye tak?

My choice boutique:
F.C.C I Love FCC, Cawangan Shah Alam.
8-46-A1, Jalan Pahat H15/H, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40000 Shah Alam. Tel: 017-3203254

Another interesting boutique yang boleh di jenguk:
Cawangan Kota Bharu Trade Centre, Kelantan

Selamat berHALAL..semoga redha Allah mengiringi kita...InsyaAllah.

p/s: kalau buat purchase RM200 above, dapat kad touch n go FARMASI..next time any purchase RM100 dapat less 10%..yippie..nnti ada masa baru saya upload kad Touch N Go tu ye?

FCC FARMASI SALE AT PWTC ON 10, 11 & 12 OGOS 2012..CHECKOUT YA?
**saya lagi ada di kelate oredi..ehehehe..over raya kan?

p/s: saya tak menerima sebarang bayaran/premium untuk entry ini. Sekadar perkongsian demi memudahkan sahabat2 nak tahu dengan lebih lanjut sahaja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...