Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Kambing tergolek di bazaar Ramadhan!




Sebenarnya dalam hati niat nak buat entry siap headline yang ala2 hot skit..hehehe..tok panda ambo..
Tapi itulah rupanya kambing yang tergolek di bazaar Ramadhan di perkarangan Stadium Shah Alam..seksyen berapa..13 kot..ekekeke..aku map Malaysia nih tak cerap sgt. dah umo 40 tahun pun, map kelate pun hancuss..soh ko nak tahu jale Selangor..tahu2 sapa jah..hahaha..

Drive jugak kenkadang..gi balik meydin, pasar, mall..tu jelah aku tahu..hihihi...V(^_^)v

Masa memula sampai, orang biasa2 je, takdelah ramai sangat. Bila kami dah siap meninjau2..tuh dia dah start belator..nak beli kambeng skewer..heh..nampak mcm best..tapi aku bukan suka makan kambing..pernah trauma dgn kambing dulu...Alhamdulillah..ramai pengunjung, semoga jualan peniaga2 laris...

Nih ha..budak kesian yang penat berjalan..tak poso pun...nak balik sangat2 dah nih..bucukk ummy...

Sempat jugak beli dan minum terus tembikai laici..harus nampak sangat sedap je air tu masa tu...


Petua saya: untuk kekal bertenaga sepanjang hari dan malam tatkala puasa



Semasa bersahur
waktu ini, perut kita masih kosong, malah sangat kosong bukan? Saya memulakan dengan memakan kurma sebanyak angka ganjil (kerana Allah s.w.t. sangat sukakan bilangan yang ganjil). Terpulanglah nak makan berapa, 1, 3, 5 @ lebih banyak kalau berselera. Tapi jangan lupa baca bismillah dulu ye? Kalau ada diabetes pulak, jangan over, sebiji sahaja sudah memadai sebenarnya..khasiat kurma yang manis itu dapat membantu memberikan tenaga sepanjang hari sehingga berbuka..

Semasa berbuka
Maklum tahu, berbuka dahulu dengan kurma juga. Kalau mampu boleh makan kurma Ajwa, mahal sikit, tapi paling bagus. Tapi yang lain2 pun ok saja..lepas tu minum segelas air suam/ masak. Rehat kejap baru mulakan makanan lain. Terpulanglah nak makan kuih-muih sahaja atau terus balun nasi..nyum nyum..saya balun nasi je, lepas isya' @ terawih karang baru menggagau cari morehnya pula..ekekeke..
Khasiat kurma mengisi perut kosong kita selepas seharian berpuasa banyakkkk sangat..lagipun, ia akan membantu membekalkan tenaga untuk beribadat sepanjang malam nanti..


Bagus bukan? isikan perut kosong kita dengan rezeki Allah yang sangat banyak khasiatnya, malah manisnya memberikan tenaga, mengalas perut malah mengelakkan masalah gastro usus (gastrik) sesiapa yang mengalami masalah asid refluk sangat patut amalkan...selamat mencuba dan selamat berpuasa..

Surah Al-Kautsar sebagai penawar haus

Al-Kauthar (1-3)

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang
banyak (di dunia dan di akhirat).
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah
korban (sebagai bersyukur).
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat
sebarang perkara yang diingininya).


Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilang dahaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...