Showing posts with label pendidikan awal. Show all posts
Showing posts with label pendidikan awal. Show all posts

Peluang budak: TV

Royalty-Free (RF) Clipart Illustration of a Childs Sketch Of A Boy Watching A Dog Show On Tv by Prawny

Takde peliknya title entry kali ni. Heheh. Sebenarnya, sudah 2 minggu rumah ni tanpa TV. Ada. Tak rosak (ok, antenna saja patah riuk dikeje budak) Kabel saya tanggalkan, simpan dalam laci solek, remote sahaja diletak depan TV. Kabel antenna (sisa) saya sorok juga.

Kemaruk juga budak nih pada awalnya. Lama2 dia okey saja. Tak kisah pun. Sempat juga tengok dia siapkan tulisan sambung dot-dot huruf B & b satu page. Ye, selama 2 minggu baru siap. Si kecik ni sangat mudah terganggu dengan persekitaran dia. Tak tahulah sekolah kekgi macam mana. Risau jugak nih..

Kalau nak siapkan dalam sehari boleh sangat. Saja maknya malas nak tunggu sangat. Bagi can dia memain sket. Tahun depan nak skolah dah. Kena tunggu satu2, puji dan komen tulisan dia satu2, lajulah dia menulis. Makan kipas jugak budak nih...heheh.

Seronoknya dia bila tengok saya sambungkan balik TV dia. Ya, yang itu Tv dia. Melompat2, yay-yay, padahal satu chanel je pun, buruk pulak tu. Al-Hijrah. Heheh. Itu saja chanel yang tersisa selepas antena dipatah riuknya, saja-saja, takde keje. Tak kuasa nak beli lain. Nak bayar siaran swasta? Tak ada maknanya ye..baik pi duk sedekah rumah anak yatim walaupun 40-50 hengget je sebulan.

"Esok adik boleh tengok Wonder Pet! Yay!"
..alamak...yang tu TV9, camno nih? aish...

Rutin harian kami yang baru


Dan kini setiap hari, setiap kali on lappy, inilah tugas saya yang baru, tolong tunggu tengok budak kecik nih bagi makan ikan dia, takut mati katanya, kesian dia lapar. huu...

Aduhai..mujurla ikan alam maya. Kalau ikan alam benar, jenuh eh nak cuci tank. Don't likee..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...