Showing posts with label islamik. Show all posts
Showing posts with label islamik. Show all posts

Apa Hukum Permainan Money Drop?


Wallaweyy...seronok tgk org menang duit ketul2 semata menjawab beberapa soalan..yelah soalan mmg rambang, untung tahu jawapan menanglah..

Hehehe..

Sy sendiri pun pernah layan jgk game show ni sekali ke dua kali tah lupe..tapi mmg xlayan sangat, sbb game show mcm ni boleh letak diri kita dalam alam khayalan. Nk senang & kaya cepat semudah itu sahaja, tak payah usaha lebey2, mulalah nak berangan, jadilah malass..takut merosakkan diri sendiri aje nanti..

Ala..mcm fenomena Doraemon dgn Nobita tu..kan malas sekolah, malas study, kerja semua setel dgn poket 3D Doraemon tu hah..hahaha..

Bila sy google hukum permainan ini mcm2 jawapan & pandangan yg kita boleh dapat.

Ada yg cakap dibolehkan, ada yg cakap haram..pendapat masing2 ke pendapat ulamak ke fatwa majlis ke tak pastilah. Sbb sy google sekadar nk tahu market jawapan daripada persoalan itu saja.

Peserta rancangan katanya tidak dikenakan sebarang bayaran @ yuran @ cagaran untuk menyertai game ni, tapi..ha..ada tapi nya la pulak...

Bila berjaya menjawab soalan pertama, menanglah wang berikat2 tu kan?..perghh..

Lepas tu, kalau menang, nak jawab soalan kedua lah pulak, peserta bukan diberi habuan wang yang lain sekiranya dapat menjawab dengan betul..sebaliknya peserta perlu mencagarkan wang yang telah dimenangi kepada jawapan yang dirasakan betul..ha...

Kan?..Nampak tak?..

Mula2..memang tak berupa judi, sbb bila peserta menjawab soalan dengan betul, menang duit sebagai hadiah. Duit yang dimenangi tu lebih berupa durian runtuh..I panggil harta karun je..hehehe..bahagikanlah kpd 3 bahagian, 1 sedekah, 1 simpan, 1 belanja..masyukk weyh..

Tapi..kemudian, peserta kena letak balik duit tu sebagai cagaran soalan kedua (dan seterusnya), itu yang menjadikan game ini sebagai satu bentuk perjudian. Peserta menaruh untung rugi nasib dia kat situ, tak kiralah bila dia pasti atau tidak dengan jawapan, sbb dia memang sedang memperJUDIkan untung rugi nasib berdasarkan pengetahuan dia masa tu.

Tak sama dengan konsep 'Who Want to Be A Millionaire'. Sbb konsep game tu, jumlah wang hadiah yang dimenangi akan bertambah jika dia menjawab dengan betul..kan? Tapi jadi judi jugalah bila dia tidak pasti dengan jawapan tapi cuba nasib menjawab soalan diberi, bila betul, jumlah wang yang bakal dimenangi akan berganda, tapi jika salah..huhuhu..judi juga kan?

Ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja, tapi silalah berbahas supaya nanti ada tindakan sewajarnya supaya masyarakat Islam tidak terjebak ke arah perjudian. Hairan juga, kenapa dibenarkan pula game berunsurkan perjudian ini disiarkan secara meluas..tak ada yg perasan ke atau matlamat yang sudah pun menghalalkan cara? Kalau kuiz tu lainlah..berlumba2, beradu kekuatan tenaga fizikal @ mental..namanya peraduan, pertandingan..ini per'apa'? pertaruhan? bukan sama ke maksud dgn perjudian ke?

Nampak tak? Halus saja kan permainan tipu daya syaitan ni? Sape punyalah idealah ni..nak buat ape2 memandai2 ikut kepala sendiri sedangkan effect tindakan itu mempengaruhi masyarakat! Kalau Kalau nak hantuk kepala sendiri yang sakit kepala sendiri juga takpe..ini orang ramai..naif2 saja semuanya..ke?

Janganlah kita lupa, Allah s.w.t. dah beri panduan hidup & peringatan kat kita, awal2 lagi, via Rasulullah s.a.w. lebih 1400 tahun duu lagi ha..baginda malah meninggalkannya untuk kita semua umatnya supaya berpegang teguh padanya hingga akhir zaman, hingga ianya diangkat semual ke langit. Yakni mukjizat baginda iaitu Al-Quranul Karim.

Silalah buka, baca & tafsir surah An-Nas.



Nauzubillahiminzalik..semoga kita terhindar dari melakukan dosa besar. Wallahu'alam.

Sami Yusuf A Thousand Times lyrics



Allah is always there for me.. For all of us as long as we believe in him. Insya'allah.
 





Without your warmth, without your smile

Without you, by my side
The world was so cold, I felt so lost
Without your light, I felt so blind



A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times



Without your warmth, without your smile
Without you, by my side
The world was so cold, I felt so lost
Without your light, I felt so blind



You gave me hope, you let me dream
Made me believe I can still trust 
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/sami_yusuf/a_thousand_times.html ]
You raised me up, you gave me wings
Just like a kite in the sky



A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times



No words are enough to convey
All the things I want to say
I won't even try Cos I know
Deep down you feel how much I care



Now I hold my head up high
I see my dreams coming true
Peace be with you my dearest friend
In my heart you will remain



A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times


Hadis Pilihan: Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, “Seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah, lalu dia berkata, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya (lagi), ‘Kemudian siapa lagi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Bapakmu.’” (HR. Bukhari dan Muslim)


Adab/Tanggungjawab seorang Anak terhadap Ibubapa


Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banyak.


Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:

1. Mempersekutukan Allah2. Derhaka kepada dua ibubapa.3. Cakap bohong atau persaksian bohong
Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:
1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'
" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"
6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.
11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.
Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...