PETUA HILANGKAN BAU PADA BEKAS

Imej: Bragg.com

Petua ni saya dapat setelah menyedut ilmu kengkawan pesbuk yang menggunakan Apple Cider Vinegar (ACV) ni untuk merawat ekzema..untuk detox actually..

Tapi saya ni living di kawasan hulu..susah jumpa brand ni, jumpa yang lain pulak kat farmasi..hihi..

Selain digunakan untuk detox sayuran dan buahan..(diluted)..ACV ni juga rupanya berfungsi untuk menghilangkan bau pada bekas. Especially yang plastik tu la kan..

Macam ESP kan..bila lama-lama terbiar (dasar pemalas) dia akan jadi keladak..even dah cuci sampai berkilat macam baru..tapi bau HAPAK KOHONG tu maintain di situ..eeuuww..hihi..

So, mekning tak ingat la baca kat mana pasal other usage ACV ni..diluted dan biarkan semalaman memenuhi bekas tu..

Meme hilang bau hapak kohong tu..sungguh..suka sangat..baru aje duk berkira-kira nak beli Shaker baru..meme la ada banyak kat kedai..tapi nak yang ada cap SHAKLEE jugerkk..kikiki..

Nanti sesape yang ada anak menyusu botol, botol susu dengan puting tu HARUS bau hapak kohong jugak kan? haha..cer try..leceh nak menggodek ACV? cer guna cuka sintetik tu je dulu.jadi ke idok? agak-agak ajelah sukatan tu, jangan sampai jadi jeruk sudah..sesudu besar : sebesen air memadai kot..hehe

kat tesco & giant ado kot jual..rasa mcm pernah tengok..nanti kelik klate nak cari jugak BRAGG nih..hihi..

*tadi cuci botol air si kakak dengan si adik..(air masak saya isi dalam botol yang ada straw tu) pastu semalam beli straw brush..dulu dah beli tapi dah MIA..haha..
pastu cuci straw ru..dalam straw tu keluar keladak itam..huhu..gelinye..padahal dah korek2 sokmo dengan  celur air panas tu..korang kalau nak order straw brush tu boleh, nnti mekning tolong belikan..1 RM5 je..siap postage RM10 la..hihi..
setakat ni straw halus pon muat sebab tebal dia mcm 2,3 mm aje gitu..
SMS@WhatsApp 011-2514 0783

*korang yang berminat nak upgrade kualiti kewanitaan boleh roger mekning..barang baik ada..herbs based gitu..kot-kot la makan suplemen semedang ni too mainstream kan? kiki..mekning kena maintain suplemen sebab still BF, nak BF sepenuhnya sampai Ahnaf 2 tahun la..bg zat gumuk2 sihat2..hihi..so, meanwhile..mekning montel sikit tak kisahla kot..sama comel ibu dengan anak..kan? heheh...

Sini > http://mybeautyvalley.blogspot.com/search/label/PLATINUM%20LADYXARA%20WHITE%20JUICE

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) 2015

Okay, umum dah tahu pasal BR1M kan..ini sharing sedikit maklumat berkenaan BR1M yang 2015..
 

Imej: Malaysian Insider

Pembahagian bukan secara sekaligus, sebaliknya secara berperingkat..macam ni..

 

Klik pautan ini untuk tujuan kemaskini & permohonan: https://ebr1m.hasil.gov.my/



Pastikan laman web yang tertera macam itu ye..
Nanti dia tanya soalan macam nombor telefon yang didaftarkan, nombor IC pasangan, poskod, bandar..itu bagi kes kemaskini maklumat, bagi permohonan baru takde hal..

Yang ada pertambahan ahli keluarga pun perlu kemaskini..nanti kita akan diminta menghantar salinan dokumen berkenaan ke LHDN terhampir. 

Selepas siap kemaskini, cetak maklumat tu nanti senang nak kepilkan untuk dihantar kepada pejabat, dan juga untuk tujuan simpanan peribadi.

Kali ni nampaknya ada ruangan baru untuk diisi iaitu ruangan pewaris.

Borang BR1M ni diberikan percuma dan tanpa sebarang yuran pemprosesan ye..kalau ada yang mintak bayaran itu bukan apa..agaknya dia mintak duit kopi dengan minyak motor dia aje kot..kikiki (husnudzon)
     

SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2015



Nanti duit BR1M tu, boleh la laburkan..beli cincin belah rotan time emas tengah murah..3 kali pembayaran..maknanya 3 bentuk la cincin nye nanti yer dok? hihi..

Lain tahun kita hapgred jadi gelang maih plok..
Bukan apa..itu sebagai pelaburan..simpan dalam bank kejap kang pegi cucuk buat beli belah.. kalau emas..berat la sikit nak lebur reta tu dok?
Mana tahu nanti boleh buat topap renew roadtax, ganti tayar keta ke..huhu..

^_^ Semoga bermanfaat 

Gila Pensel

Assalamualaikum.

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa entry kali ni..sebab temanya shopping alatulis untuk anak sekolah. Bukan kembali ke sekolah sebab belum sekolah pon lagi..baru nak melangkah ke alam persekolahan.

Pejam celik rupanya baby bucuk achamm ecah dah nak masuk darjah 1...
Tak sangka kan? Anak dah nak masuk umur 7 tahun..ummy dia maintain cun aje..haha...

Ni nak cerita pasal keseronokan beli belah peralatan sekolah anak..tapi mwkning dah tak sudi masuk sekolah balik ye..yucks! Bukan geli..gelu...
haha...lesu la..dah berbelas tahun kot sekolah..dah pandai banyak pon..cukupla untuk ikhtiar hidup..hehe..


Alatulis beli kat kedai RM2 je..jimat sangat..tak sampai RM50 pun..tu pon lengkap kaler pensel, pen berwarna, gam, gunting, pensel sedozen sorang..oh..ye..belikan triple set sebab nak hadiahkan untuk anak buah sekali...bukan apa..sebab mekning terlebih eksaited membeli alatulis..huhu..

Zaman mekning sekolah dulu semput je..setiap alatulis ada warning...bla bla bla..mama nye pot pet pot pet..hehe..yelah nak suruh cermat jaga barang..jimat, zaman dulu kami bukan orang senang, sekarang baru rasa lega sikit, tapi tak delah mewah tu..

Itu pasai la shopping kedai RM2 je..hehehe...

Nanti kang kalau hilang takdelah sakit hati sangat kan?
Tapi pensel beli yang elok la, ejas pensel cap PSI tu..
Tapi test yg kedai RM2 tu pon boleh tahan jugak..


********

Cerita berkaitan title..
Dah memilih pensel tu..terjumpa pensel yang wood free ni..



siyes..mekning jakun sangat..sukaaaa....
2 kotak je jenis yang wood free tu..ala ala pencinta alam sekitar gitu..keh keh keh..lagi 1 berlambak tu yang sedia ada..cap stedler..
Yang 1 kotak tu untuk art..sebab tahap kehitaman dia tu bertingkek-tingkek..nak sketch2 gitu..hehe...

Dulu bolehla beli yang real art pensel..tapi dah lama tinggal..kot karat skill tak mao hilang, takdelah sadis sangat kan? Kan? Kan?

Haish..sabor ajelah..hehe

TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2015

Bismillahirrahmanirrahim.

Semangat si ibu dah print siang-siang kalendar sekolah anak-anak kan?
Maklumlah..senang nanti nak rancang kegiatan keluarga a.k.a holiday..hihihu...

Nanti boleh setting siap-siap alarn untuk satu tahun terus..boleh gitu? haha..dasattt..



Tengoklah..alangkah semangatnya si ibu..siap kalendar cuti umum setahun bagai lagi..tampal siap2 kat dinding..senang..kan? 


Semoga bermanfaat ^_^

Kredit sumber: Blog Cikgu Hijau

JIKA ANAK DEMAM.



Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Dah baca tlg share tau…maklumat ni mungkin membantu ibu yg lain…^_^

Sumber: Tips wanita & info keluarga

LELAH & KELIRU


Banyak kekalutan melanda dalam diari hidup lately.

Berbagai-bagai drama. Fitnah, penafian, pengabaian..terlalu banyak.

Di mata outsider kami kelihatan sangat perfect, dicemburui...tapi hakikatnya Allah sahaja lah yang Maha Mengetahui.

Penat bilamana manusia yang paling kita percayai menghancurkan kepercayaan. Lebih mempercayai fitnah orang luar yang baru dikenali berbanding kita yang sudah sekian lama saling mengenali.

Lesu, lemah longlai...

Tapi tak mampu nak cerita detail...sebab terlalu peribadi..cuma nak menasihati sahabat-sahabat semua, kebenaran supaya jangan meletakkan kepercayaan 100% kepada manusia itu sangat benar. Tak kiralah siapapun manusia tu.

Kembali bergantung harap sepenuhnya hanya pada Allah...akhirnya memberikan kembali kekuatan hati..mampu bertabah kembali setelah sekian banyaknya airmata dicurahkan untuk mereka yang tidak menghargai.

Semuanya hak Allah. Apa yang kita ada hari ini termasuklah diri kita sendiri juga hanyalah pinjaman semata-mata.

Berserah sepenuhnya kepada Dia & redho..itu sahaja penawar terbaik untuk jiwa yang sedang meruntuh.

#i am a muslimah wannabe

Sedih bila maruah, aurat, harga diri, dan privasi di pandang ringan oleh mereka yang bertanggungjawab melindungi kita dunia & akhirat.

Cabaran memisahkan tempat tidur...kami dengan si kakak..huhu

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak."

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

(Surah An-Nur: 58-59)

Saya ada dua orang anak, seorang umur  tahun, seorang lagi umur 1 tahun.
Sulit juga nak memisahkan tempat tidur mereka. Sebab dah selama ni kami tidur sama-sama.

Tambahan pula anak yang kedua ni menyusu badan sepenuhnya.

Si kakak takut tidur sendiri. Jadi kami beramai-ramai tidur kat ruang tamu, depan TV.
Hopefully takdelah masalah gelombang yang mengganggu otak semasa tidur tu..sebab TV jenis LED, dan kami memang jarang On TV..haha..

Kemudian kami akan beransur2 pindah masuk tidur dalam bilik. Ummy, abah, & adik sahaja..tapi syarat kena siapkan tempat tidur yang kiut, cun & pinkish utk kakak dulu..haha..

Hopefully menjadi la..sebab risau kan..anak dah besar, dah padai..amit2..

**********************
Sungguh kurang sopan main terjah masuk ke dalam bilik tidur utama, apalagi masuk tanpa izin..
Itu aurat kami, tuan rumah, itu privacy kami.
Kita dalam bilik sedap2 berkemban, nak hilangkan panas berpeluh lepas buat kerja rumah..tup-tup..ada yang masuk menerjah..hoooiiii

Memang naik angin...

Baru ni, si kakak yang terlebih ramah dah jemput kawan dia masuk rumah.
Kawan dia tu lebih tua dari dia, dah darjah 2 kot.
Selamba dak je masuk dalam bilik kita..dahlatengah menyusukan si adik..berkemban..Allah..

Mengucap panjang saya time tu...
Terus saya soal..kenapa masuk dalam bilik? Tak bolehla..keluar la..tak baik...
Tapi dia buat derk aje..mata sibuk melilau sekitar bilik..amboii...ini budak...

lepas tu, boleh pulak dia tanya..makcik..nak tidur kat sini boleh tak?
Bolehla..malam ni je...
Hah?!Apakehel...
Bahaya betul anak perempuan zaman sekarang..huhu..amit-amit..

Terus saya jawab, tak boleh, tak elok anak dara tidur rumah orang rata-rata.
Rumah awak depan tu aje...buat ape nak overnight bagai pulak..apakehel?
(depan rumah kami, rumah teres sama taman, sama lorong.. huhu...T_T)

Ala...ala..ala..rengek2 pulak tak puas hati..bahaya betul budak ni..
Malam tu terus saya ceramah si kakak..bla bla..
Lagipun kami mak-mak nye bukan akrab pon, tak perlu kot rapat sangat sampai macam tu.
Macam tak best je..huhu..
Dahle mulutnya pot-pet pot-pet macam orang tua..
Si kakak pot-pet pot-pet jugak, tapi merapu yang etah hape..
Tapi budak ni lain macam..memang macam orang tua yang bizi body, suka tanya yang bukan-bukan termasuk hal personal..hal tak patut diketahui oleh budak..apakah?!

***********************

Dari situ, saya bula la ceramah secara berjadual dekat si kakak..jangan itu.. jangan ini...
Mana elok, mana tak elok...tapi rumit sungguh..sebab hari-hari..ada aje cerita, lagu, yang baru yang bukan-bukan dia bawak balik dari sekolah.

Sejak kes pencerobohan tu saya dah tak benarkan langsung si kakak bawak masuk kawan dalam rumah. Cuma dibenarkan setakat main dalam pagar di luar rumah aje.

Rimas la..dah le rumah kami tak luas mana..nak bergelewat pulak..huhu..
Kalau anak beranak sendiri tu lain cerita..haha..freestyle je..

************************

Tapi kan setiap kali datang main kat rumah, sibuk pulak budak tu duk suruh si kakak ambik nombor telefon saya..sebab nanti nak suruh mak dia mesej, nak bagitahu dianak tidur kat rumah kami...Apakah?!

No way..kalau sampai tahap nak push-push gitu..lagilah tak berani mekk...
Hal ni dah serius jugak, sampai tahap kami dah bincang laki bini..suami cakap NO WAY.
Cuma  sebab nak buh dalam belog ni saya dah ringkaskan & ringan kan aje jalan ceritanya.
Malas kot taip banyak-banyak.
Yang sikit-sikit nipon dah berjela aje rupanya..haha... :P

Tak elok galakkan anak-anak, terutamanya perempuan tidur merata macam tu. Didikan yang tak manis secara ketimuran, malah secara Islamik juga..
Plus zaman ni zaman fitnah..nanti kan tak pasal-pasal pulak kalau jadi pape..cirit anak orang ke..demam ke..mengigau ke..ha..berani?

***********************

Itulah, kita kadang-kadang tak tahu macam mana attitude anak kita bila dengan orang, dengan kawan sekolah, dengan cikgu, bila kat rumah orang.

Kalau stail saya, saya tegur ON The SPOT..kalau si anak ada buat tak senonoh.

Never practice yang..' Ala..budak-budak..bukan tahu ape..."

Sebab tak tahulah kita sebagai ibu bapa kena tujukkan yang betul dan yang salah..kan?


**sebenarnya story dah lari main tajuk kan? kikiku

SEMAK DEPAN MATA, SEMAK LAGI DALAM JIWA

Sumber imej: Google

I wish taman sekangkang bayi kat depan rumah tersusun & rapi macam dalam gambar.
Tapi harusla berangan aje..haha..sejak ada anak kecik ni..aktiviti jadi sangat terbatas. Ciwek amat budak ni..nak menempel aje setiap saat. Pantang jauh dari mata bunyila siren dia.. T_T

Semak samun depan rumah dah hampir aku gazetkan sebagai Hutan tropika, Hutan Simpan ke..kalau pelbagai biologinya nanti boleh aje gazet terus sebagai Taman Negara. haha..

***************

Bulan lepas dah terserempak dengan ular senduk, panjang kira-kira 1 meter gitu. Lembik lutut terserempak dalam pagar depan rumah. Ok, keliling taman perumahan ladang sawit. Jiran cakap musim ular nak bertelur, mak-mak cakap ada orang hantar santau..haha..

Lepas ambik si kakak tadika, terus melencong tempat lain. Tak berani balik rumah. Cepat aku ugut cikabe suruh tabur belerang, setel semak, kalau tak akau tak nak balik rumah. Aku straight kelik Kelate baru tahu!

***************

Petang dekat senja baru aku balik, tapi masih terasa2 gerun lagi..takutla weii..aku ada anak kecik, baby..dia bukan reti apa..kalau si kakak tu bolehla bagi amaran hati-hati..ini..semua benda ada depan mata dia nak tangkap..haha

Esoknya baru sempat jumpa jiran, bagitahu sikit2 cerita, dia sedia maklum sebab dia rumah end lot..aku lah..semak dalam pagar! Dalam hati dengan otak aku lagi semak!.

***************

Dah berapa kali jugak beritahu suruh potong rumput, dia sekejap cakap nak cari orang, sekejap cakap cakap nak simen terus. Dah berapa lama dia punya janji manis tu, dah reput. Bukan setakat berkulat, basi..haha

Dulu senang aku setel sendiri, benggali selalu round taman, RM25 untuk kawasan seluas 8x8 kaki lebih kurang..setel mesin, siap buang rumput. Nih dah lama tak nampak kelibat benggali tu..ada 2,3 orang jugak, yang ada cuma tukang jual karpet..buat ape..aku alergik..haha..

Ke benggalinya dah merajuk sebab lama sangat aku cuti bersalin? Sampai ke sudah tak mahu masuk round taman sebab penduduk lain biasa potong sendiri rumput. Gotong royong lakibini.. @ at least lakinya sendiri gunting. Aku kini dah tak mampu..susah dengan anak kecik..kalau dulu aku buat sendiri.. si ecah suruh siram pokok bunga, menyapu ke..senang...nih si baby nak suruh ape? gaul tanah? haha.

***************

Kenapa ye cikabe aku tak peduli nak setel semak. dia tak paham ke bahaya? tak malu kat orang ke? tak malu dengan Allah ke? aku dah habis telan baru tertaip kat blog nih..ciss..haha

Dia tak sayang kami ke? Ke dia tak sayang aku? Sedih...
 

EKZEMA: saya & anak 1 tahun merana!

Stress gila bila ekzema menjadi-jadi.

Anak bongsu saya Ahnaf, sekarang dah satu tahun, dah mula ekzema sejak lahir. Saya sendiri lupa pulak bila, masa sekolah menengah kot.

Sebab dulu okay aje main kucing, pakai barang besi macam gelang, rantai, subang tu..
Naik sekolah menengah menjadi penyakit pulak. Saya salahkan sistem imun badan saya yang lemah, dirosakkan merkuri..haha

Masa sekolah rendah adalah tampal gigi berlubang tu. Pastu hilang pulak tampalan tu..tertelan agaknya. Pastu saya Google la bahaya tertelan tampalan tu, ada dulu terbaca, zaman tu saya takde blog lagi. Dalam tampalan gigi tu, yang kelabu tu, ada bahan tu. Tu yang efek dia, sistem imun badan kita jadi lemah.

Sekarang penampal tu dah kaler lain, macam putih sket gitu kan?
Sakit aje hati ni..dah tercemar oleh logam berat tu..sabar ajelah.

Tengah belek-belek web cari pelembap yang sesuai untuk kami, dah makan suplemen, Vitamin E Shaklee..okay, moleks..kulit licin lemun.

Pastu saya mula masuk pejabat, berkarpet, penuh. Mula gatal2 balik, kulit jadi kering bersisik sikit. So, nak tak nak kena ikhtiar pakai pelembap jugakla..huhuhu

Tapi tolongla..saya memang stok malas berlosyen bagai tu. Rimas. Vitamin E masih telan, cuma masalah tu ada tapi under control la..stresss..

Jumpa pulak 1 solusi, maybe berkesan, saya ingat nak cuba. Nanti dah cuba seminggu saya feedback macam mana kejadiannya pada kami 2 beranak ye?

Minyak Zaitun. Sunnah tu. ^_^ wish me luck!

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS




Bahan utama: 
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) 

Bahan 'dressing' ayam: 
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 ½ sudu teh garam halus

Bahan lain:
Sedikit air untuk kisar bahan
Sedikit mentega

Cara-cara menyediakannya: 
1. Campurkan kesemua bahan 'dressing' dengan sedikit air dan kisarkan. 
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. 
3. Perap selama satu setengah jam (perap semalaman untuk rasa yang lebih lazat). 
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan sedia untuk dibakar atau dipanggang. 
5. Panggang selama satu setengah jam atau sehingga ayam dimasak dengan sempurna. 
6. Semasa membakar, selepas setengah jam pertama sapukan minyak dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering dan 'moist'. 
7. Untuk hidangan sempurna, hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar ataupun boleh juga dihidangkan bersama nasi mentega.

Sumber: Yahoo

JADILAH SI BIJAK, MELABURLAH DALAM BIDANG HARTANAH!



uPPss...

Headline dah rupa salesman aje..haha.

Tapi saya serius. Nak nasihat pembaca [blog saya yang hampeh] ni untuk melabur dalam bidang hartanah. Tak kiralah beli tanah ke, beli rumah ke, rumah kedai ke..as long as it is count as real estate.

Kenapa?

Sebab bidang ni sepatutnya dan memang selamanya selama ini tidak susut nilai. Tapi jangan la beli tanah paya, tanah lombong, tepi tebing sungai yang nak runtuh pulak ye..karang geran ada, tapi tanahnya dah jauh nun ke tengah laut..huhu sadis.

Peliknya orang kita ni, asal ada duit lebih sikit nak bergaya..bukan bergaya setakat pakai baju baru tu..tukar kereta baru..

Saya bagi contoh kereta sebagai satu cadangan yang paling obvious.
Yelah, naik pangkat cepat2 jual kereta sedia ada pastu gi loan kereta baru yang lebih BESAR. Hehe...
Boleh aje..tak kisah terpulang anda la..tapi apa ertinya gaji makin tambah tapi komitment bulanan juga akan turut bertambah..kan? kan?

Pastu bilanya nak ada extra cash in hand kalau duk pegang etika lagutu?

Even yang dah ada kereta cash pon, kalut eh nak tukat rim sukan la, cat badan la..bla bla bla..tak lalu nak taip banyak sangat..hehe

Sayang le duit tu..bukan sayang suh cium2 peluk ketat2..tapi investla kepada yang lebih bermanfaat..setel hutang yang mana ada ke..atau UPkan duit saku mak ayah ke..tabung haji, cecepat daftar haji tu..bagusnya..

Terpulangla macam mana, sebab banyak sangat cara yang lebih bermanfaat nak tulis malas. HAHAHA..


kbye. ;P

SELAMATKAN AL-AQSA, BEBASKAN PALESTIN

Kita insan kerdil yang tak mampu menghulurkan tenaga empat kerat nak membantu muslimin muslimat di sana.

Tetapi selemah bantuan yang mampu dihulurkan ialah melalui derma ikhlas.
Ikhlas juga saya nak mengajak sahabat2 turut membantu sedikit sebanyak yang termampu.

Berikut lama web rasmi Aman Palestin, sebuah badan kebajikan yang berkerja sepenuhnya untuk menggerakkan pelbagai bentuk bantuan kepada saudara2 kita di Palestin.


Tabung khas juga diwujukan untuk mengutip bantuan dari kita pelbagai lapisan masyarakat untuk turut sama membantu dalam kerja kebajikan untuk Palestin.


Segala dana sumbangan dan derma boleh disalurkan ke akaun2 berikut:

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Islamic Bank:21245760004907
Bank Rakyat:22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam:1202-9010-0598-95
Bank CIMB:8600460353


*************************************************
Selain itu, kita juga boleh menderma secara sms..lebih cepat dan mudah dan semua peringkat umur dan lapisan masyarakat boleh turut serta.


Caranya ialah:

Taipkan

                                 PALESTIN RM5  

dan hantarkan kepada

                                      39111


*******************************************************
Derma tak seharusnya RM5, boleh derma sebanyak RM 1, 3, 5, @ 10 tetapi mengikut kemampuan kita...


Semoga bermanfaat.. ^_^

SAWANG CLEANING..HAHA

Gila banyak benda aku nak story..

Alhamdulillah, line internet dah mula mendatangi kediaman aku..baru je verangan nak pasang unifi..

"maaf cik, area cik tu kami xcover.."

Huhu..sodih pilu...

Aku perlu jugak story skit hal yang aku simpan sorang2 supaya aku tak meroyan tak tentu hala..haha

Tahniah, korang la mangsa membaca bebelan aku..terima kasih..aku terharu..kikiki..


********

Aku dah pindah kan, dulu duk area Shah Alam, Sec, U5, line tenet..tengok youtube mcm tgk tv..lancar aje..huhu..pakai postpaid Umobile plan yang 68 hengget tu..dapat kuota bandwith 5GB..
Tapi selalu memang kena topap sebab menggila layan youtube..haha..

Bukan menggila mengarut tu..aku layan tutorial..jahit tu, jahit ni..hari-hari aku layan tu..sampai nak terkeluar rasa biji mata nih ha..haha

(padahal masa tu aku bukan ada mesin jahit pon..minat aje yang ada..)

Tapi sejak pindah kampung ni, meme hancorr..sesia aku bayar bulan2 tapi line dalam rumah meme NIL..takdok mekkk...huwaaa...kena keluar depan sket..ke kawasan adakedai2, masjid baru ado line..paroks..

Terus aku terminate Umobile. Beli simkad maxis..sbb itulah satu-satunya yang wujud 2 bar dalam rumah ni..haha..waima celcom pon meme outt teruss.. :"(

Itu pun kadang2 mari angin dia hilang macam tu aje line yang seciput tu..tgh cakap2 tetiba..oo..aku cakap sorang2..sokmo gitu..stress aku...
Loni ok dah.. ^_^ sebab line tenet pon kekadang ado 3 bar..H..tapi kene parking tepi tingkap la..dasat pon, Alhamdulillah...

Citer pasal impian nak beli mesin tu aku asa mcm dah byk tahun aku duk story kat belog nih kan? haha..aku meme setia meminati bidang jahit menjahit ni..even aku tak pandai jahit..aku nak jugak..nak beli cash gedebuk xmampu, so, samada beli ansuran @ ambik free aje kat kedai tu..boleh? haha

Aku dulu ada join loan ASB tu..awal tahun dapat korek riban jugak dividen dia, ingat boleh sambar mesin jahit cash sebijik, NV50, idaman hati aku..

Sekali, ke lain pulak duitnya..sakit hati aku..2 tahun jadi gitu ASB aku tu..
Meme frust nunggeng nyo la..hohoho..mcm santa kelaut plak..

Sudahnya, terbaca artikel bersepah2, fatwa lagi..ASB hukumnya begitu-begitu..hmm..aku pon 2,3 bulan lepas kosongkan terus akaun tu, sebagai resort utk menutup akaun ASB forever & ever & ever & ever..molek jugak sebelum ni xmenjadi beli mesin jahit idaman hati..kot2 la kan..kurang sikit keberkatannya..hehe..

********
Nanti aku story cemana dapat miliki NV50 tak lama dahulu..& terkini sudah ada 3034D juga..yahuuu...
eh..Alhamdulillah...syukur sangat2..suka sangat2..
Aku parking mesin atas meja makan aje..sebab belum ada proper meja jahit..gasak la..sku punya sukalah..meja makan rumah aku, mesin jahit aku..haha..ko rasa semak ko toksah la tengok..yang pasti aku suka tengok..kuikuikui..

Nak sahur sat..ngaji ke..hehe..bulan poso kot..dunia sket2 sudahla..akhirat kene banyak2..tu yang abadi..yang ni sementara aje..pinjaman semua..

Salam.

Welcomes...Jom berwangi-wangian

Perfume Original. New. (Tester Unit).

Murah tak munasabah.....
Limited stok. Sape bayar dulu dia dapat dulu.

Untuk pesanan & pertanyaan...please 
sms@whatsapp ==》011 2514 0783






Currently available:

YSL Babydoll, 100ml
Salvatore Ferragamo, Incanto Charm, 100ml (normal retail priced @ RM380)
Givenchy Bloom, 50ml
Kenzo Flower, 50ml
L'instant Guerlain, 100ml
Jardin d'interdit,  50ml
Davidoff Coolwater, 125ml
CK Free, 100ml
Dior Homme Cologne, 100ml
Kenzo Armour My Love, 100ml
Giorgio Armani Acqua di Gioia, 65ml
Calvin Klein, Eternity Aqua, 100ml (normal retail priced @ RM340)
Bvlgari Omnia Coral, 65ml (normal retail priced @ RM295)

No HIDDEN COST!

FREE POSTAGE


Surviving motherhood: ummy tampal kain koyak

Hihihi...

pandai sangat lari2 pakai baju sekolah...
nah..tembus kau,

ummy dh belikan kain 1 meter nk jahit baru...
tetiba abah bg idea bernas..tampal aje..

hehe..lenkali pandaila jalan lek lok ye nak..
kalau rasa lain macam pakai kain tampal2..
epik sket..imbau kenangan zaman dedulu,
biasakan mak2 tampal2 baju anak ni..

yelah nih dh bulan 5, xlama je lagipun nk abbess sekolah
kalau sekolah rendah takpe jugok..
boleh repeat next year,
ni kang baru tadika..rugi mek...ekeke..

ibu2 kena belajar sifat kupit kupitan sket, baru jimat ekonomi rumahtangga..

Is The Real Muslim Will Act Like He Said? No La...

is it true?

agree ke?

haishhh....memang ramai orang yang macam ini kan?

semput la.....

kadang-kadang kena deal hari-hari dengan orang macam ni, kadang-kadang sepanjang hari...arghhhhhh.....


Tadda!....

My first icing kek ever.
Comot yang amat dengan deko yang entah hape hape..hahaha hihihi huhuhu


Aku yang paling kau sayang.

Seronok sangat dapat menatap, membelai dan mendakap seorang bayi.

 Rasa bahagia yang sepenuh hati dan perasaan.

 Tak  mungkin jemu memerhati gelagat, mentafsir apa kehendak disebalik setiap aksi..lucu..sungguh melekakan.

 Dunia ni jadi paling indah, paling membahagiakan.

  Aku yang paling beruntung, paling bahagia dalam dunia ni...

  "Tak jadi kerja tunggu si kecik nih.."

 Tapi selalu juga aku lupa, ada yang memerhati. 

Cemburu dihatinya meluap-luap.

 Mulalah dia mereka-rekakan aksi itu ini semata nak curi secebis perhatian untuk dia juga..

Mata memandang ke depan, tapi hakikatnya telinga dipasang mencuri dengar aktiviti aku dengan baby.


*******************************


..cemburu..

 "Ummy saaaayaaaang adikkk..."

 "Kakak ummy sayang tak?"

 "Saaayaaangg"

 "Ummy ciumla kakak..."


******************************


 Kebanyakan waktu, dia lebih suka mendiamkan diri, sepahkan alat tulis, sepahkan mainan..dan diam memerhati kalau aku sibuk menguruskan adiknya..

 "Ummy kakak nak pakai pampers jugak..nanti ummy belikan ye?"

 Bila adik dah tidur, kakak dengan ummy layan tv..

Avatar the legend of aang

 "Kakak sayang ummy tak?"

 "sayang..."

 "sape kakak paling sayang?"

 "ummy...lepas tu adik.."

 "kenapa sayang ummy?"

 "sebab ummy selalu buatkan kakak susu..suapkan makan...kakak sayang ummy banyak banyak.."

   Aku benar benar terpukul disitu. 

Selalu aku abaikan dia, kerapkali juga aku sisihkan dia dalam kebanyakan perkara kerana sibuk uruskan si adik.

 Aku kadang-kadang terlalu penat sebab menguruskan segala hal rumahtangga.

 Sebab adakalanya keadaan persekitaran dan emosi diluar kawalan..aku jadi stress, dia silap sikit, aku bantai marah lebih-lebih.

   Kesian kakak.

 Ummy minta maaf.

 Ummy saaayaaangg kakak..kakak baby busyuk ummy jugak..

 Tapi emosi ummy tak mampu melayan karenah kakak kerana kakak terlalu manja.


     *********************


 Dalam dunia anak anak, mereka cuma ada kita sebagai insan yang paling bermakna yang mereka ada, yang paling mereka sayang.

 Mereka cuma kenal kita, tahu kita, mahu kita..ibunya..

 Kitalah segalanya bagi mereka..

 Sebagai menghargai anugerah Allah yang tak ternilai ini, kita sama samalah mendidik mereka menjadi anak yang soleh, solehah.

 Ajarkan mereka yang baik baik sahaja.

 Kerana dengan adanya mereka, kita berpeluang menikmati kasih sayang yang tulus, murni..


   Kasihnya Allah pada kita. Kasihnya Allah pada aku.

 Beruntungnya aku seorang wanita kerana kini aku seorang ibu.

LELONG! English Cotton

Saya nak letgo kain english cotton berikut murah2..
Harga RM50 SEPASANG free pos.
Just nak dapat balik modal..

English cotton saya beli borong, dah habis anak beranak saya promote..hehe..

Bidang 60 inci, panjang 3.5 meter..
Comel juga buat jubah..

Kena basuh dulu ye sebelum hantar jahit.
Sebab kain cotton ni mengembang mengecut juga kalau basuh..
Kang ukur lain..siap nak pakai jd gedobos..
Ada juga turun warna sikit pwrtama kali basuh..
Tapi next wash okay je..

Minat boleh
Sms@whatsapp 01125140783



Kenapa Sibuk Nak Biz?

Mana ada sibuk...
Biz saya buat sambilan sahaja.
Sambil2 main tenet, sambil2 jaga anak, boleh jana side income.
Tak mampu nak tumpu sepenuhnya terhadap bisnes.
Cukuplah, penat la, saya tak setegap rakan2 ibu WAHM yang lain.

Inilah penyebab utama kenapa shop blog saya sampai la--- xsiap siap jugak.. Ehehe..
Malas ke?
Memang malas..sikit..

Yelah kan bersepah2 info produk sama customer boleh google aje, terpulang la kan nak beli dgn sape.. Dengan saya ke, dengan orang lain ke..

Rezeki itukan Allah yang tentukan..
Tak mampu jugak nak finish blog sebab line internet rumah saya agak terbatas.
Itu pasal saya strictly request sms atau whatsapp saja.
Sbb kalau pm memang sakit skit la..

Pendapatan bisnes sambilan ini in sha Allah saya nak setel hutang study.. Yelah.. dah hutang berbeban, pastu duk umah sape nak bayar..huhuhu... laki memang janji nak tolong setel, tapi..hmmm...

Harapkan org lambat la, baik saya setel sendiri sbb dlu saya yang makan..ngee...


♥SEDIKIT KISAH BIZ SAYA..
========================
Try biz tekstil, ok lah, tp a bit slow...dah tu pilihan kain tertakluk kpd pembekal.
Tak best la, sebab kalau xterjual, bukan pilihan hati kita, so, mcm unfair la..sedangkan kita ambil stok tu cash kot...

Kepada pembekal produk line fashion & apparel. Honestly, saya syorkan kalau jual borong kain tu, bagus sangat dah, tp let the retailers choose their own choice.

Barulah adil, duit mereka kot..so, I think hak tu 50-50 la, kan?

Sebagai pemborong, hak anda ialah harga.
Sebagai peruncit pulak, hak anda ialah kebebasan memilih produk mengikut citarasa.

WIN WIN SITUATION gitu...

Kita sebagai seller ni for sure ada jugak sedikit sebanyak instinct design yang bakal jadi pilihan market target kita. Bila dah dikekang, macam terbelenggu gitu, memang agak difficult sket la nak buat sales.

Kasihan peruncit, menggadai, mengorek, pecah segala tabung semata nak borong kain. Ingat boleh jana pendapatan sampingan, boleh la bantu naikkan taraf hidup sikit, bantu suami, bagi anak2 makan sedap sikit, jalan2 makan angin sekali-sekala..

Saya pun korek tabung anak jugak. Duit raya anak, malangnya, sangkut, jem tang kain. Ingat boleh jadikan membukit, bolehla ummy register haji ke, apa ke..huhuhu.. *holah..pahni ummy gati dgn duit jual kek pise deh...

Inilah pengalaman saya dalam pada duk dendiam lelama nih, openya dh banyak kerugian.. Baru kome tahu kan? Kehkehkeh..

Saje, bukan nak mengeluh, just sebagai panduan & iktibar kpd sahabat2 kat luar sana supaya boleh pertimbangkan ape yang patut sebelum membuat keputusan.

==========

♥Semoga Allah mempermudahkan segala urusan keduniaan bagi kita semua, supaya urusan akhirat kita tidak tergadai. In sha Allah. Amin.

Lemak MANIS ala Amboi Amboi

Perasaan aku ajeke, memang macam gitu.. Sejak MINUM ESP shake dgn meal shakes nih, susu bau macam manis2 ala2 candy gitu.. Bau manis2, rasa manis yang melekit tu.. Selalunya bau mcm2, tau2 ajela kan.. #dh kena quit ESP sementara sbb susu baaaaannnnyyaaakkkk...wawawa.. Bengkak susu nih, I tak mengepam, acaner? Ruginya, ESP best, bykkk syioookkk #seb baik masuk Yala Tomyam mlm td pakai breast pad baru, klu x memang sesia aje tayang susu bocor kat org. Kukikukikuki BANTU TAMBAH SUSU IBU, WORKING FULLY BREASTFEEDING MUMS, PAM SUSU ANDA DENGAN GUMBIRA..

Sejenak, santapan rohani.

Bacalah mesti seronok.. KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dgn:
          - Kemunculan Imam Mahdi
          - Kemunculan Dajjal
          - Turunnya Nabi Isa (AS)
          - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
          - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
          - Pintu pengampunan akan ditutup
          - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
          - Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
          - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
          - Pemusnahan/runtuhnya Kabah
          - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
          - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
          - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
         
          Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
         
Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang  terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
         
          Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
         
          Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat.          Kerugian meninggalkn solat:
          Subuh:
          Cahaya wajah akan pudar.
          Zuhur:
          Berkat pendapatan akan hilang.
          Asar:
          Kesihatan mulai terganggu.
          Maghrib:
          Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
          Isya':
          Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
          Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
          Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
         
          Nasihat Kubur:          🔊
         
          1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
         
          2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI. ..
         
          3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca 📖 AL-QUR'AN.
         
          4). Aku adalah tempatnya binatang2 🐍 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
         
          5). Aku yg menyepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
         
          6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, 😲 bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
         
          7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
         
          Kirim 📩 ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
          Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
          Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
          Saat kamu membacanya, ia gelisah.
          Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
          Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
          Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
          Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
         
          Syaitan berbisik;
          "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...
         
          Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..
         
          Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
          1. Waktu
          2. Kata-kata
          3. Kesempatan


♥Alhamdulillah,  Kau berkati kami dengan kesihatan, maka permudahkanlah kami menjalankan ibadah demiMu Yaa Allah.  Bimbinglah kami menuju ke jalan yang diredhaiMu, berkati & rahmatilah kami seluruhnya Yaa Allah.

Permudahkanlah rezeki bagi kami & kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi berkat. Amin.


Jom atasi gangguan kesihatan, kekalkan kesihatan.
VITAMIN KUALITI TERBAIK, VALUE OUR RINGGIT!

UPDATE BR1M 2014

jangan lupa kepada yang mampu untuk update maklumat bank secara online aje..
kelayakan dah di upkan kepada bawah RM4000 sebulan..maklumat lanjut boleh lawat web hasil



jangan terpaut kat website scam sudah,
nak lagi selamat..walk in aje ke pejabat hasil ye..hehe
download & print borang & isi secara manual



rezeki jangan ditolak...

dah dapat duit BR1M kang..meh beli vitamin dengan saya..hihihi...

Ayam Panggang Rosemary


Poyo aje..hihihi..

hasil mentelaah berbagai verse ayam panggang via gugel
campak2 aje la ape yg ada..

resepi saya
bawang merah
bawang putih
halia
lada hitam
lada putih
rosemary kering
madu
garam

utk garnish
minyak zaitun
rosemary kering
bawang besar, tomato, capsicum,carrot..etc...

tumbuk segalanya, perap 1 jam, semalaman lagi baik, ikut suka.
sukatan macam biasa..suka hati ler
xperlu strict sgt, kalau ada bahan2 yg short kat fridge tu, campak aje ape yg ado..
madu: gula, gula merah
minyak zaitun: minyak masak, butter, merjerin, minyak bijan, minyak baby jangan ye..haha..

tak semestinya panggang, kukus pun boleh..
kalau nak bg gelap2 sket lepas kukus kang, grill la kejap..

ecece..macam pandai aje..






Caramel Almond Crunch

Beli je lerr..xdan lg nk try buat sdri.. Tapi yg ini in sha Allah xtengik ye, sbb tukang buatnya ibu yg bekerja. Buat sebelah malam, siang nya kang dapatla.. Fresh gitu..rangupp.. Aumm., Snack sihat utk kakak yg dh start tadika hari ni... Opkos utk ummy jugak le..hehe Nk oder, sila direct owner dia ye, tolom promote je nih ha..hehe
LIKE MY PAGE

Orientasi Tabika Kakak

Betapa cepatnya masa berlalu. Hari ni dah masuk tahun baru 2014. Kakak dah mula sekolah, adik penat tunggu sesi taklimat sampai tertido..heheh Maknanya aku pun dh semakin dimamah usia. Kekalutan pagi sbb asyik snooze alarm, tak sempat siapkan apa2 sarapan. Mujur ada Shaklee. Hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...