Resign

Ye. saya nk resign..kenapa?

Hijrah.


Kerana mencari yg halal itu merupakan fardhu & sgt2 dituntut oleh Islam.
Kerjaya saya skrg ni hanyalah sbg kerani, tapi setelah sekian lama mengesyaki status dan ragu terhadap halal & haram perniagaan yg dijalankan, kini saya pasti..jadi saya harus pergi...huhuhu..

Ianya jelas HARAM


Semoga perjalanan hijrah saya ini dipermudahkan oleh Allah s.w.t.
Semoga Allah memberkati jihad iman, jihad kecil saya ini.

Amin.
yay!..erkk..aiseh! hehehe

m(~_~)m yg itu saya punya..

~gambar sekadar hiasan

Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.

Hati ni sememangnya Allah s.w.t. jadikan sebegini tabah utk sy. Alhamdulillah.
Peritnya bila dengar org mengomen lebih2 dan mengondem tentang diri kita. Pedih dlm hati Allah s.w.t. saja yg tahu.
Ye, sy bukan kerja pangkat besar, bukan pegawai kerajaan kelas A, bukan yg bagus2 mcm tu semua. Tapi tak beerti sy ni tak ada hati & perasaan. Siapa yg tak mahu semua tu? Pangkat? Harta? Kemewahan?

  • Pangkat? Saya tak mahu yg ini.
  • Harta? Nak.
  • Kemewahan? Tak perlu. Mencukupi adalah memadai. Selebihnya saya nk berikan kepada yg kekurangan supaya yg kekurangan jd mencukupi. Supaya diri saya yg mencukupi ni xjadi berlebihan.
Bukan semua org mampu memiliki yg bagus2, mahal2, baru2..sy pun tak mampu.

Alhamdulillah, recently suami hadiahkan kereta utk kegunaan ulang-alik ke tempat kerja. Rumah dgn ofis xjauh pun, jln kaki 5 minit je, jln kg plak tu. Tapi, sbb dia concern & mahu berikan keselesaan & tutup mulut org2 keliling yg xberapa sedap didengar, dia belikan sy kereta tu. Mmg agak lewat, baru sekarang dpt merasa pakai kereta sendiri. Selama ni semua keinginan sy cuma pendam dlm hati. Takpe, sbb sy tahu Allah Maha Mengetahui. 

Almaklumlah, kalau dh kereta second hand. Ada ajelah yg tak cantik mana2. Bunyi2. Tapi saya tak kesah, sbb suami dh bgtau, ada rezeki sikit nnti dia nk mekap sikit2. Lama2 nnti dh mcm baru balik.

Saya redha. Saya lg suka sebenarnya. Sbb xperlu nk menghabiskan puluhan ribu utk kenderaan. Nk guna sementara hidup kat dunia ni je pun. Bukan boleh bawak masuk kubur pun pe? Balen duit yg puluhan @ ratusan ribu tu kan ke dh boleh buat mcm2? 

Ok.

~gambar sekadar hiasan

Apa motif pakai kereta baru? Selesa. Ye.
Mahal? Stylish? Kualiti? Confidence. Ye. ok..nk konfiden dgn sape? Org? Oh, diri sendiri? m..adakah anda konfiden nk ngadap Allah s.w.t. nnti? 

Maher Zain kn dh peringat kat kita: Is Allah satisfied? 
~is it really necessary to have that? jgn sekadar berlagu saja..org tu sampaikan pesanan..peringatan, sebarkan dakwah...tak faham ke?

Sudahkah kita lupa pada konsep wasatiyyah?

Kita sebagai hamba Allah s.w.t. seharusnya mengamalkan konsep bersederhana dlm menjalani kehidupan seharian.
Sekarang ni, kita seakan2 berlumba2 nk tonjolkan serba mewah, serba bagus...wujud perasaan riak disitu. tak baik. Allah s.w.t. cukup benci dgn hambanya yg bersikap riak. Ye, saya sendiri pun ada juga perasaan itu, tapi segera alih perasaan TERUK tu kpd simpati. Mcm mana?

Contohnya.

Ada suatu masa tu saya berpeluang naik kereta yg agak mewah, nilai dia masa itu kurang lebih RM1mil. Masa tu, pandang org kat luar tingkap semacam je. Ceh, berlagak gila saya masa tu..tapi alhamdulillah, dgn sendirinya muka saya rasa terbakar, merah padam, malu dgn diri sendiri sbb pandang rendah pada org lain. Terus saya istighfar dan alihkan riak tu pada rasa simpati kat org lain. Ada yg terpaksa berhujan sbb motosikal mana ada cover...sian, ada yg bawak anak kecik. sedihnya kalau saya ada di tempat dia masa tu. Yg pakai kereta tak semegah pun bergerak atas jalan tersipu2...agak2 sempat ke tak dia sampai ke rumah @ tempat kerja...ade duit ke tak nk repair kalau rosak nnti...

Disinilah peranan kita sebagai ummah. Ukhuwah Islamiah. Ukhuwah itu sebenarnya sedia terjalin atas dasar saudara seagama. Dimanakah simpati dan perikemanusiaan?. Kalau kita zakatkan harta, sedekah sebanyak yg termampu, mungkin pemandangan pilu dan kesian mcm tu tak meluas lg kat muka bumi ni.

Dan, kemampuan saya yg sekadar mampu memiliki kereta terpakai tu pun tak sepatutnya dipertikai @ dikeji. Yg buruk & bunyi2 tu lah hak saya. Hadiah pemberian suami saya. Kemampuan kami. And most of all..kami tak hutang bank pun! Takde nk mintak sape2 jd guarantor pown pe? Pakai keta bagus2, tapi hujung bulan sakit palo nk byr finance buat pe? Kalau betul mampu, sepatutnya palo tu xdelah nk sakit2? kan?.

Sorylah kalau entry kali ni ada menyingung sape2. Tak niat pun. Sekadar nk Share hati ni yg tersinggung already...hehehe..



Jampi Boobs? keh keh keh..

Assalamualaikum.

Sy baru je lepas terbaca tentang keghairahan terkini wanita2 yg nk tampil cantik. Guna kaedah urutan buang syaitan lah pulak...Zaman sekarang ni macam2 cara org gunakan semata2 nk kelihatan cantik.
Rasanya tak perlulah buat semua yg mengarut2 tu. cukuplah dengan kecantikan & keindahan dari dalam hati, pemakanan sihat & berzat..pasti org yg zahirnya kulit tak cerah pun tampil berseri2 sbb aura dalaman dia sendiri yg tolong pancarkan kecantikan diri yg sebenar. Sejati.

As muslim, cukuplah dengan solat wajib 5 waktu sehari semalam tu, Al-Fatihah dlm bacaan setiap rakaat sebenarnya memberikan zat yg Maha Suci Allah shj yg tahu..wudhuk yg sempurna bukan shj membersihkan diri dari hadas kecil, malah turut memberikan kesegaran dan menyerikan wajah. Tak caya? Pekata try sendiri..hehehe..

Yg paling mustahak sekali, kepeluan utk tampil cantik sesangat tu. Utk tatapan siapa ye? Kalau ada request dr husband sendiri, hmm boleh la dipertimbangkan. Tp kalau niat asal utk tampil cantik nk tunjuk2 kat org lain, baik tak payah. Niat tu sendiri dh tak 'molek'. Kecantikan fizikal tu bukan kekal, cantik dalaman (hati) tu yg kekal insyaallah...

Perlu di ingat selalu pada diri kita sendiri, jasad ini hanyalah pemberian sementara oleh Allah s.w.t., nnti, sebaik meninggal, jasad ini akan hancur di dlm tanah, yg tinggal hanyalah roh..yg roh tu sepatutnya kita sibuk cantikkan..

p/s: org yg selalu bersolat, baca al-Quran, berzikir..selalu igt Allah s.w.t., dia susah di rapati jin & syaitan? Tak perlulah nk buat semua tu kan? kan? hehehe
Tapi mmg ada sstengah kes ada jin setan ni sengaja cari dia..tu baru kena perubat..kan? ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...