Is The Real Muslim Will Act Like He Said? No La...

is it true?

agree ke?

haishhh....memang ramai orang yang macam ini kan?

semput la.....

kadang-kadang kena deal hari-hari dengan orang macam ni, kadang-kadang sepanjang hari...arghhhhhh.....


Tadda!....

My first icing kek ever.
Comot yang amat dengan deko yang entah hape hape..hahaha hihihi huhuhu


Aku yang paling kau sayang.

Seronok sangat dapat menatap, membelai dan mendakap seorang bayi.

 Rasa bahagia yang sepenuh hati dan perasaan.

 Tak  mungkin jemu memerhati gelagat, mentafsir apa kehendak disebalik setiap aksi..lucu..sungguh melekakan.

 Dunia ni jadi paling indah, paling membahagiakan.

  Aku yang paling beruntung, paling bahagia dalam dunia ni...

  "Tak jadi kerja tunggu si kecik nih.."

 Tapi selalu juga aku lupa, ada yang memerhati. 

Cemburu dihatinya meluap-luap.

 Mulalah dia mereka-rekakan aksi itu ini semata nak curi secebis perhatian untuk dia juga..

Mata memandang ke depan, tapi hakikatnya telinga dipasang mencuri dengar aktiviti aku dengan baby.


*******************************


..cemburu..

 "Ummy saaaayaaaang adikkk..."

 "Kakak ummy sayang tak?"

 "Saaayaaangg"

 "Ummy ciumla kakak..."


******************************


 Kebanyakan waktu, dia lebih suka mendiamkan diri, sepahkan alat tulis, sepahkan mainan..dan diam memerhati kalau aku sibuk menguruskan adiknya..

 "Ummy kakak nak pakai pampers jugak..nanti ummy belikan ye?"

 Bila adik dah tidur, kakak dengan ummy layan tv..

Avatar the legend of aang

 "Kakak sayang ummy tak?"

 "sayang..."

 "sape kakak paling sayang?"

 "ummy...lepas tu adik.."

 "kenapa sayang ummy?"

 "sebab ummy selalu buatkan kakak susu..suapkan makan...kakak sayang ummy banyak banyak.."

   Aku benar benar terpukul disitu. 

Selalu aku abaikan dia, kerapkali juga aku sisihkan dia dalam kebanyakan perkara kerana sibuk uruskan si adik.

 Aku kadang-kadang terlalu penat sebab menguruskan segala hal rumahtangga.

 Sebab adakalanya keadaan persekitaran dan emosi diluar kawalan..aku jadi stress, dia silap sikit, aku bantai marah lebih-lebih.

   Kesian kakak.

 Ummy minta maaf.

 Ummy saaayaaangg kakak..kakak baby busyuk ummy jugak..

 Tapi emosi ummy tak mampu melayan karenah kakak kerana kakak terlalu manja.


     *********************


 Dalam dunia anak anak, mereka cuma ada kita sebagai insan yang paling bermakna yang mereka ada, yang paling mereka sayang.

 Mereka cuma kenal kita, tahu kita, mahu kita..ibunya..

 Kitalah segalanya bagi mereka..

 Sebagai menghargai anugerah Allah yang tak ternilai ini, kita sama samalah mendidik mereka menjadi anak yang soleh, solehah.

 Ajarkan mereka yang baik baik sahaja.

 Kerana dengan adanya mereka, kita berpeluang menikmati kasih sayang yang tulus, murni..


   Kasihnya Allah pada kita. Kasihnya Allah pada aku.

 Beruntungnya aku seorang wanita kerana kini aku seorang ibu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...