Apa Hukum Permainan Money Drop?


Wallaweyy...seronok tgk org menang duit ketul2 semata menjawab beberapa soalan..yelah soalan mmg rambang, untung tahu jawapan menanglah..

Hehehe..

Sy sendiri pun pernah layan jgk game show ni sekali ke dua kali tah lupe..tapi mmg xlayan sangat, sbb game show mcm ni boleh letak diri kita dalam alam khayalan. Nk senang & kaya cepat semudah itu sahaja, tak payah usaha lebey2, mulalah nak berangan, jadilah malass..takut merosakkan diri sendiri aje nanti..

Ala..mcm fenomena Doraemon dgn Nobita tu..kan malas sekolah, malas study, kerja semua setel dgn poket 3D Doraemon tu hah..hahaha..

Bila sy google hukum permainan ini mcm2 jawapan & pandangan yg kita boleh dapat.

Ada yg cakap dibolehkan, ada yg cakap haram..pendapat masing2 ke pendapat ulamak ke fatwa majlis ke tak pastilah. Sbb sy google sekadar nk tahu market jawapan daripada persoalan itu saja.

Peserta rancangan katanya tidak dikenakan sebarang bayaran @ yuran @ cagaran untuk menyertai game ni, tapi..ha..ada tapi nya la pulak...

Bila berjaya menjawab soalan pertama, menanglah wang berikat2 tu kan?..perghh..

Lepas tu, kalau menang, nak jawab soalan kedua lah pulak, peserta bukan diberi habuan wang yang lain sekiranya dapat menjawab dengan betul..sebaliknya peserta perlu mencagarkan wang yang telah dimenangi kepada jawapan yang dirasakan betul..ha...

Kan?..Nampak tak?..

Mula2..memang tak berupa judi, sbb bila peserta menjawab soalan dengan betul, menang duit sebagai hadiah. Duit yang dimenangi tu lebih berupa durian runtuh..I panggil harta karun je..hehehe..bahagikanlah kpd 3 bahagian, 1 sedekah, 1 simpan, 1 belanja..masyukk weyh..

Tapi..kemudian, peserta kena letak balik duit tu sebagai cagaran soalan kedua (dan seterusnya), itu yang menjadikan game ini sebagai satu bentuk perjudian. Peserta menaruh untung rugi nasib dia kat situ, tak kiralah bila dia pasti atau tidak dengan jawapan, sbb dia memang sedang memperJUDIkan untung rugi nasib berdasarkan pengetahuan dia masa tu.

Tak sama dengan konsep 'Who Want to Be A Millionaire'. Sbb konsep game tu, jumlah wang hadiah yang dimenangi akan bertambah jika dia menjawab dengan betul..kan? Tapi jadi judi jugalah bila dia tidak pasti dengan jawapan tapi cuba nasib menjawab soalan diberi, bila betul, jumlah wang yang bakal dimenangi akan berganda, tapi jika salah..huhuhu..judi juga kan?

Ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja, tapi silalah berbahas supaya nanti ada tindakan sewajarnya supaya masyarakat Islam tidak terjebak ke arah perjudian. Hairan juga, kenapa dibenarkan pula game berunsurkan perjudian ini disiarkan secara meluas..tak ada yg perasan ke atau matlamat yang sudah pun menghalalkan cara? Kalau kuiz tu lainlah..berlumba2, beradu kekuatan tenaga fizikal @ mental..namanya peraduan, pertandingan..ini per'apa'? pertaruhan? bukan sama ke maksud dgn perjudian ke?

Nampak tak? Halus saja kan permainan tipu daya syaitan ni? Sape punyalah idealah ni..nak buat ape2 memandai2 ikut kepala sendiri sedangkan effect tindakan itu mempengaruhi masyarakat! Kalau Kalau nak hantuk kepala sendiri yang sakit kepala sendiri juga takpe..ini orang ramai..naif2 saja semuanya..ke?

Janganlah kita lupa, Allah s.w.t. dah beri panduan hidup & peringatan kat kita, awal2 lagi, via Rasulullah s.a.w. lebih 1400 tahun duu lagi ha..baginda malah meninggalkannya untuk kita semua umatnya supaya berpegang teguh padanya hingga akhir zaman, hingga ianya diangkat semual ke langit. Yakni mukjizat baginda iaitu Al-Quranul Karim.

Silalah buka, baca & tafsir surah An-Nas.



Nauzubillahiminzalik..semoga kita terhindar dari melakukan dosa besar. Wallahu'alam.

2 comments:

  1. a`aa kan..saya selalu gak terfikir mcm tu.
    mmg halus permainan ini.semuanya kerana DUIT ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. halus kaedahnya, kita kadang xsedar..selalu terjebak sbb kurang rajin mengusul persoalan hukum..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...