PETUA HILANGKAN BAU PADA BEKAS

Imej: Bragg.com

Petua ni saya dapat setelah menyedut ilmu kengkawan pesbuk yang menggunakan Apple Cider Vinegar (ACV) ni untuk merawat ekzema..untuk detox actually..

Tapi saya ni living di kawasan hulu..susah jumpa brand ni, jumpa yang lain pulak kat farmasi..hihi..

Selain digunakan untuk detox sayuran dan buahan..(diluted)..ACV ni juga rupanya berfungsi untuk menghilangkan bau pada bekas. Especially yang plastik tu la kan..

Macam ESP kan..bila lama-lama terbiar (dasar pemalas) dia akan jadi keladak..even dah cuci sampai berkilat macam baru..tapi bau HAPAK KOHONG tu maintain di situ..eeuuww..hihi..

So, mekning tak ingat la baca kat mana pasal other usage ACV ni..diluted dan biarkan semalaman memenuhi bekas tu..

Meme hilang bau hapak kohong tu..sungguh..suka sangat..baru aje duk berkira-kira nak beli Shaker baru..meme la ada banyak kat kedai..tapi nak yang ada cap SHAKLEE jugerkk..kikiki..

Nanti sesape yang ada anak menyusu botol, botol susu dengan puting tu HARUS bau hapak kohong jugak kan? haha..cer try..leceh nak menggodek ACV? cer guna cuka sintetik tu je dulu.jadi ke idok? agak-agak ajelah sukatan tu, jangan sampai jadi jeruk sudah..sesudu besar : sebesen air memadai kot..hehe

kat tesco & giant ado kot jual..rasa mcm pernah tengok..nanti kelik klate nak cari jugak BRAGG nih..hihi..

*tadi cuci botol air si kakak dengan si adik..(air masak saya isi dalam botol yang ada straw tu) pastu semalam beli straw brush..dulu dah beli tapi dah MIA..haha..
pastu cuci straw ru..dalam straw tu keluar keladak itam..huhu..gelinye..padahal dah korek2 sokmo dengan  celur air panas tu..korang kalau nak order straw brush tu boleh, nnti mekning tolong belikan..1 RM5 je..siap postage RM10 la..hihi..
setakat ni straw halus pon muat sebab tebal dia mcm 2,3 mm aje gitu..
SMS@WhatsApp 011-2514 0783

*korang yang berminat nak upgrade kualiti kewanitaan boleh roger mekning..barang baik ada..herbs based gitu..kot-kot la makan suplemen semedang ni too mainstream kan? kiki..mekning kena maintain suplemen sebab still BF, nak BF sepenuhnya sampai Ahnaf 2 tahun la..bg zat gumuk2 sihat2..hihi..so, meanwhile..mekning montel sikit tak kisahla kot..sama comel ibu dengan anak..kan? heheh...

Sini > http://mybeautyvalley.blogspot.com/search/label/PLATINUM%20LADYXARA%20WHITE%20JUICE

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) 2015

Okay, umum dah tahu pasal BR1M kan..ini sharing sedikit maklumat berkenaan BR1M yang 2015..
 

Imej: Malaysian Insider

Pembahagian bukan secara sekaligus, sebaliknya secara berperingkat..macam ni..

 

Klik pautan ini untuk tujuan kemaskini & permohonan: https://ebr1m.hasil.gov.my/



Pastikan laman web yang tertera macam itu ye..
Nanti dia tanya soalan macam nombor telefon yang didaftarkan, nombor IC pasangan, poskod, bandar..itu bagi kes kemaskini maklumat, bagi permohonan baru takde hal..

Yang ada pertambahan ahli keluarga pun perlu kemaskini..nanti kita akan diminta menghantar salinan dokumen berkenaan ke LHDN terhampir. 

Selepas siap kemaskini, cetak maklumat tu nanti senang nak kepilkan untuk dihantar kepada pejabat, dan juga untuk tujuan simpanan peribadi.

Kali ni nampaknya ada ruangan baru untuk diisi iaitu ruangan pewaris.

Borang BR1M ni diberikan percuma dan tanpa sebarang yuran pemprosesan ye..kalau ada yang mintak bayaran itu bukan apa..agaknya dia mintak duit kopi dengan minyak motor dia aje kot..kikiki (husnudzon)
     

SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2015



Nanti duit BR1M tu, boleh la laburkan..beli cincin belah rotan time emas tengah murah..3 kali pembayaran..maknanya 3 bentuk la cincin nye nanti yer dok? hihi..

Lain tahun kita hapgred jadi gelang maih plok..
Bukan apa..itu sebagai pelaburan..simpan dalam bank kejap kang pegi cucuk buat beli belah.. kalau emas..berat la sikit nak lebur reta tu dok?
Mana tahu nanti boleh buat topap renew roadtax, ganti tayar keta ke..huhu..

^_^ Semoga bermanfaat 

Gila Pensel

Assalamualaikum.

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa entry kali ni..sebab temanya shopping alatulis untuk anak sekolah. Bukan kembali ke sekolah sebab belum sekolah pon lagi..baru nak melangkah ke alam persekolahan.

Pejam celik rupanya baby bucuk achamm ecah dah nak masuk darjah 1...
Tak sangka kan? Anak dah nak masuk umur 7 tahun..ummy dia maintain cun aje..haha...

Ni nak cerita pasal keseronokan beli belah peralatan sekolah anak..tapi mwkning dah tak sudi masuk sekolah balik ye..yucks! Bukan geli..gelu...
haha...lesu la..dah berbelas tahun kot sekolah..dah pandai banyak pon..cukupla untuk ikhtiar hidup..hehe..


Alatulis beli kat kedai RM2 je..jimat sangat..tak sampai RM50 pun..tu pon lengkap kaler pensel, pen berwarna, gam, gunting, pensel sedozen sorang..oh..ye..belikan triple set sebab nak hadiahkan untuk anak buah sekali...bukan apa..sebab mekning terlebih eksaited membeli alatulis..huhu..

Zaman mekning sekolah dulu semput je..setiap alatulis ada warning...bla bla bla..mama nye pot pet pot pet..hehe..yelah nak suruh cermat jaga barang..jimat, zaman dulu kami bukan orang senang, sekarang baru rasa lega sikit, tapi tak delah mewah tu..

Itu pasai la shopping kedai RM2 je..hehehe...

Nanti kang kalau hilang takdelah sakit hati sangat kan?
Tapi pensel beli yang elok la, ejas pensel cap PSI tu..
Tapi test yg kedai RM2 tu pon boleh tahan jugak..


********

Cerita berkaitan title..
Dah memilih pensel tu..terjumpa pensel yang wood free ni..



siyes..mekning jakun sangat..sukaaaa....
2 kotak je jenis yang wood free tu..ala ala pencinta alam sekitar gitu..keh keh keh..lagi 1 berlambak tu yang sedia ada..cap stedler..
Yang 1 kotak tu untuk art..sebab tahap kehitaman dia tu bertingkek-tingkek..nak sketch2 gitu..hehe...

Dulu bolehla beli yang real art pensel..tapi dah lama tinggal..kot karat skill tak mao hilang, takdelah sadis sangat kan? Kan? Kan?

Haish..sabor ajelah..hehe

TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2015

Bismillahirrahmanirrahim.

Semangat si ibu dah print siang-siang kalendar sekolah anak-anak kan?
Maklumlah..senang nanti nak rancang kegiatan keluarga a.k.a holiday..hihihu...

Nanti boleh setting siap-siap alarn untuk satu tahun terus..boleh gitu? haha..dasattt..



Tengoklah..alangkah semangatnya si ibu..siap kalendar cuti umum setahun bagai lagi..tampal siap2 kat dinding..senang..kan? 


Semoga bermanfaat ^_^

Kredit sumber: Blog Cikgu Hijau

JIKA ANAK DEMAM.



Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Dah baca tlg share tau…maklumat ni mungkin membantu ibu yg lain…^_^

Sumber: Tips wanita & info keluarga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...