Axilla: Tissue paper & Angry Bird WAS here! (=_=)

Wahahaha..macam agak canggih ke aneh saja title entry ini kali sih. Heheh.

Usai solat Maghrib tadi, feeling ngantuk yang amat..mata memberatkan dirinya untuk mencelik. Badan pula se/lesu dan lesu dan lesu...

"Adik, Ummy nak tido jap. Ummy ngantuk, penat. Nanti Ummy bangun balik.".
"OK". Tepat dan cepat saja jawabnya dan seperti biasa juga, aku tak percaya..Heheh.

Setelah berhempas-pulas hampir setengah jam, akhirnya aku terpengsan juga.
Berhempas-pulas? Maksudnya?

Ada saja percubaan dan attack dari si budak nih, nak tukar bantal lah, nak tunjuk gambar dalam buku dia lah, datang nak bersembang hal pentinglah, nak suapkan ubatlah (dia jadi doktor & misi) dan banyak lagi...huhuhuhu.....hu.....

Finally, aku terbangun oleh satu rasa risau...apa agaknya dikejekan budak nih?


Ya, plastik uncang DAIM sudah separuh terkoyak. Hohoho.... Dan nyaris saja isi kandungnya (DAIMs) tu jadi bahan 'masakan'nya. (hampir menerima ajal sama seperti kertas tisu yang di 'convert' jadi salji, bawang, ubat, sayur...)

Usai sesi 'pendidikan'. Lagi saya baring sekejap ,menghilangkan kelelahan dan kesakitan kejiwaan...heheh...
Hampir terlelap lagi..ada lagi...




Angry Bird warna kuning (patung dari cup cake RM3.50 tu)




+






Sehelai kertas tisu



..dia selimutkan angry bird tu dan..

dan....

dan....

dia selitkan dicelah 'axilla' saya. Apa Axilla?

The axilla (or armpitunderarm, or oxter) is the area on the human body directly under the joint where the arm connects to the shoulder. It also provides the under-arm sweat gland. (Wiki)

Ya...celah ketiak mak a....

aduyai.....huhuhuhu....

"Dia sejuk nih, adik selimutlah dia, dia baby adik. Nak tido dah nih". Ujar My 'Aisyah..

Credit all image: Google

P/S: Yana, u gave us DAIM, means u teach us to EAT DAIM. But u forget to teach us how to stop eating it...heheh..bak lagi..pandai sangat ajonyer..heheh

Peluang budak: TV

Royalty-Free (RF) Clipart Illustration of a Childs Sketch Of A Boy Watching A Dog Show On Tv by Prawny

Takde peliknya title entry kali ni. Heheh. Sebenarnya, sudah 2 minggu rumah ni tanpa TV. Ada. Tak rosak (ok, antenna saja patah riuk dikeje budak) Kabel saya tanggalkan, simpan dalam laci solek, remote sahaja diletak depan TV. Kabel antenna (sisa) saya sorok juga.

Kemaruk juga budak nih pada awalnya. Lama2 dia okey saja. Tak kisah pun. Sempat juga tengok dia siapkan tulisan sambung dot-dot huruf B & b satu page. Ye, selama 2 minggu baru siap. Si kecik ni sangat mudah terganggu dengan persekitaran dia. Tak tahulah sekolah kekgi macam mana. Risau jugak nih..

Kalau nak siapkan dalam sehari boleh sangat. Saja maknya malas nak tunggu sangat. Bagi can dia memain sket. Tahun depan nak skolah dah. Kena tunggu satu2, puji dan komen tulisan dia satu2, lajulah dia menulis. Makan kipas jugak budak nih...heheh.

Seronoknya dia bila tengok saya sambungkan balik TV dia. Ya, yang itu Tv dia. Melompat2, yay-yay, padahal satu chanel je pun, buruk pulak tu. Al-Hijrah. Heheh. Itu saja chanel yang tersisa selepas antena dipatah riuknya, saja-saja, takde keje. Tak kuasa nak beli lain. Nak bayar siaran swasta? Tak ada maknanya ye..baik pi duk sedekah rumah anak yatim walaupun 40-50 hengget je sebulan.

"Esok adik boleh tengok Wonder Pet! Yay!"
..alamak...yang tu TV9, camno nih? aish...

Petua kurangkan dan hilangkan sakit kerongkong


Saya dapat petua ni dari adik (adik orang lain..buke adik sayo..eheheh) yang kerja kat farmasi. Agaknya dia pun naik rimas selalu jumpa saya datang beli ubat batuk dan sakit kerongkong. Amboi..org datang hantar duit takkan rimas kowt? hehehe..Dua, tiga orang jugalah yang syorkan termasuk doktor kat beberapa klinik yang sedia saya lawat, sebab sakit kerongkong jugak. Heheh.

Caranya, bancuh garam halus dengan air suam, gargle, ludah keluar air garam tu, jangan bilas. Biarkan kemasinan enak itu duduk dalam tekak. Ulang sekerap yang anda mahu, sebab saya cuma tahu petua, cara tak tahu pula, tapi saya gargle setiap dua/tiga jam sekali..Alhamdulilah, ada peningkatan.


gambar url aje..ekekeke..tak kuase mak nk pose cenggituh..

Sehari sahaja menderita sakit tekak berbanding sebelum ini sampai seminggu..azab..kat dunia baru nih..belum lagi kena minum air dengan makan makanan neraka lagi. Nauzubillahiminzalik...

Tak tahu pula penjelasan saintifik tentang keberkesanannya. Apa yang mempengaruhi kekurangan kerengsaan tekak itu.

Rutin harian kami yang baru


Dan kini setiap hari, setiap kali on lappy, inilah tugas saya yang baru, tolong tunggu tengok budak kecik nih bagi makan ikan dia, takut mati katanya, kesian dia lapar. huu...

Aduhai..mujurla ikan alam maya. Kalau ikan alam benar, jenuh eh nak cuci tank. Don't likee..

Adik & iCITY


Cahaya malam di iCITY. Sibuk sangat si kecik ni nak ke sana. Mujurnya time kami pergi tempoh hari, orang tak ramai, parking bersepah. Musim hujan dan musim sekolah. Heheh..

Lawa tak pic tu? Seyes saya suka gambar cenggini. Tak tahu nape...

Dah lama pun trip ni, baru boleh upload sebab chrome hampeh, baru teringat nak try ie. Aritu tak leh buka fb, tak perasan & tak sangka pulak blog pun tak leh hupload pic..

Blog anakku


Dia masih menyusu botol, pun dia juga nak ada blog sendiri. For surela saya yang taipkan ayat dia..aduhai...layankan aje..inilah kerja ofis rumah, dia pun nak kerja jugak. heheh...

Ada bran? Cabar minda anda dengan mindtwisting cerpen by my girl..klik sini >>> Buat la ape pun

Kereta baruka? Rumah sendirika?

Hahaha..lama tak update blog, bila mari angin nak menulis aja memanjang.

Suami sibuk duk nak beli kereta baru, yelah, selama ni kami pakai used car saja. Sebab tak dan weh nak kumpul downpayment, tak qualify pulak tu nak buat loan, dulula.

Sekarang ni, Alhamdulillah, InsyaAllah, dah pandai main dengan duit, sikitlah. Dah mula bank in income properly supaya ada STATEMENT income dalam penyata. Yelah. kita yang bukan orang berduit sangat ni kenalah bagi black & white properly supaya boleh approved apa2 loan. Kalau makan gaji lain, ada payslip, KWSP, mudah.



Ni gambar saya google saja kat tenet, sampai lani, tak tahu ngapa takleh upload gamba kat blog. kat fb bleh saja.. langtaklah. Papepun, suami sibuk suh beli kereta ni, O downpayment, nak statement je, plus 6-12month postdated cheque utk ansuran bulanan.

Huh!..Fuh!..cantiknya, dan selesanya..dan oh mahalnya juga..heheh..
Beruntungnya sesape yang mampu pakai dan dah pakai. Rasanya dah lama juga model ni release kan? Memang terhingin jugak..tapikan apakan dayakan? Mahai..lagipula, saya aim nak ada rumah sendiri dulu baru beli kereta. Muktamad. Titik. Noktah.

Suami still kempen2..selesa, nak jalan jauh, maintenance, bla, bla, dan bla..

Saya pun sudahkan dengan mudah saja..

"Tok soho weh pakai keto baru ko, mahal ko, kalu duk umoh sewo gak...pah ceroh duk bayar rumoh ore."


Ngeh.Ngeh.Ngeh.

Kami bincang sebelum solat isyak, lepas jemaah Isyak kat masjid, dia pun cakap, nanti kita beli rumahlah..nak beli yang dah siap ke? Nak buat sendiri?

Terpulang. tengok keadaan..tapi saya prefer buat sendiri. Save a lotttt...

Tambah lagi satu wishlist: Mesin jahit kompak & portable, jenis Brother NV50




Sekian lama menanti nak beli mesin jahit, dah downgrade pulak, Singer tu mahal lagi, ni harganya boleh tahan jugak..takde ke sesape kesian kat saya? Bukan tak simpan duit, simpan, tapi ada saja hal yang mendorong saya gunakannya dahulu. Hingga hasrat hati terpendam begitu sahaja begitu lama. Suami pulak kerjanya asyik membangkang, parti apa tak tahu pulak, heheh.

Kenapa la susah sangat kaum lelaki nak faham, betapa banyaknya manfaatnya alatan ini, jimat kos upah jahit, jimat belanja beli baju baru, nanti anak pula nak masuk sekolah, jimat....padahal belum tentunya padai jahit..keh keh keh...

Yaa Allah, Yaa Rahman, makbulkanlah impian hambamu ini, ameen ameen ameen yaa robbal 'alamin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...