Sekian lama menanti nak beli mesin jahit, dah downgrade pulak, Singer tu mahal lagi, ni harganya boleh tahan jugak..takde ke sesape kesian kat saya? Bukan tak simpan duit, simpan, tapi ada saja hal yang mendorong saya gunakannya dahulu. Hingga hasrat hati terpendam begitu sahaja begitu lama. Suami pulak kerjanya asyik membangkang, parti apa tak tahu pulak, heheh.
Kenapa la susah sangat kaum lelaki nak faham, betapa banyaknya manfaatnya alatan ini, jimat kos upah jahit, jimat belanja beli baju baru, nanti anak pula nak masuk sekolah, jimat....padahal belum tentunya padai jahit..keh keh keh...
Yaa Allah, Yaa Rahman, makbulkanlah impian hambamu ini, ameen ameen ameen yaa robbal 'alamin.
No comments:
Post a Comment