Saya dapat petua ni dari adik (adik orang lain..buke adik sayo..eheheh) yang kerja kat farmasi. Agaknya dia pun naik rimas selalu jumpa saya datang beli ubat batuk dan sakit kerongkong. Amboi..org datang hantar duit takkan rimas kowt? hehehe..Dua, tiga orang jugalah yang syorkan termasuk doktor kat beberapa klinik yang sedia saya lawat, sebab sakit kerongkong jugak. Heheh.
Caranya, bancuh garam halus dengan air suam, gargle, ludah keluar air garam tu, jangan bilas. Biarkan kemasinan enak itu duduk dalam tekak. Ulang sekerap yang anda mahu, sebab saya cuma tahu petua, cara tak tahu pula, tapi saya gargle setiap dua/tiga jam sekali..Alhamdulilah, ada peningkatan.
gambar url aje..ekekeke..tak kuase mak nk pose cenggituh..
Sehari sahaja menderita sakit tekak berbanding sebelum ini sampai seminggu..azab..kat dunia baru nih..belum lagi kena minum air dengan makan makanan neraka lagi. Nauzubillahiminzalik...
Tak tahu pula penjelasan saintifik tentang keberkesanannya. Apa yang mempengaruhi kekurangan kerengsaan tekak itu.
No comments:
Post a Comment