KHASIAT BISMILLAH ENAM...



Kalau dikira ayat...Bismillah...maka ia juga
disebut Bismillah Tujuh...

Banyak buku amalan yang menyebutkan mengenai
kelebihannya...maka saya cuma bataskan kepada
beberapa kelebihan mengikut pengalaman diri
dan rakan-rakan...

1.Pembenteng Kejahatan Jin...

Malam itu...saya bersama enam orang rakan
lain duduk berdepan dengan seorang ibu yang
sedang dirasuk jin jantan 'Islam'...

Jin yang besikap sangat angkuh dan bermuka-
muka itu berkata "...malam ini saya sangat
gembira kerana mendapat kawan-kawan baru..."

...lalu ia menunjuk ke arah setiap orang dari-
pada kami...kecuali saya...

"...yang ini... ?" adik saya meminta kepastian
sambil menunjuk ke arah saya...

Jin itu berpaling ke arah lain dengan gaya pe-
nuh kebencian dan kesombongan...dan saya pasti
tahu rahsianya...iaitu hanya saya seorang yang
mengulang-ulang membaca Bismillah Enam...

Jin itu sebelumnya telah meminum segelas air
Yasin malam Jumaat dengan penuh tenang serta
bangga...dan berkata "...bagi segelas lagi...".

Tapi nampaknya ia tak dapat menyembunyikan an-
tinya dengan kesan bacaan Bismillah Enam...

Bismillah Enam ini biasanya disebut sebagai
ayat panas...iaitu panas...dan Insya Allah...
jika dengan izin Allah...boleh digunakan un-
tuk membakar jin...( kalau anda mengamalkan-
nya...anda kepanasan...atau merasa sebarang
tindakbalas...maka samada ada jin atau
angin bisa dalam badan anda...)

Caranya samada dibaca...dan lebih kuat kesan-
nya jika dah sebati...atau dibaca pada air
minum...dan boleh juga dipercik pada empat
penjuru rumah atau sesuatu ruang...

Rakan-rakan berpengalaman...apabila mereka ma-
suk ke dalam sebuah restoran...kebetulan pada
meja sebelah ada beberapa orang lelaki sedang
duduk...dan salah seorangnya terkenal sebagai
bomoh...

Bomoh itu tiba-tiba tampak gelisah dan tak se-
nang duduk...

Cuma beberapa minit...bomoh itu kemudiannya me-
mbayar makanan...dan keluar daripada restoran.

2.Budak lelaki dan Saka...

Seorang budak lelaki diajar membaca Bismillah
Enam dengan bacaan merangkak...
dan cuma sekali...tiba-tiba budak lelaki itu
meraung dan mengamuk...kemudian diketahui
datuknya ada jin harimau...

...maka ia kemungkinan besarnya adalah dari-
pada tindakbalas 'satu makhluk' yang bersem-
bunyi dalam badannya...

3.Pelias...

Ia sesuai dibaca pagi petang sebagai amalan
harian...sekali....3 kali atau lebih baik jika
dapat dibaca 7 kali...

Bila ianya sebati...atau anda biasa membacanya
ketika akan keluar dari rumah...teori secara
auranya...iaitu...apabila anda berniat ke suatu
tempat...aura anda dah sampai ke tempat terse-
but ketika itu juga...

Maka ketika itu...apa sahaja amalan yang dibawa
bersama aura tersebut akan mula brtindak...

kalau kawasan tersebut ada jin...samada jin be-
bas...atau jin dalam badan...maka jin tersebut
sudah mula merasa kesan panasnya...

Maka anda akan sampai pada kawasan tersebut...
samada kawasan itu telah dijauhi oleh jin...
atau orang yang merasa pengaruh jin dalam ba-
dannya...setakat mana di izinkan Allah...

Begitu juga bagi binatang-binatang berbisa ser-
ta binatang buas...

Malah rakan-rakan ada yang berpengalaman...ka-
lau berburu pun...akan sukar bertembung dengan
mana-mana binatang termasuk jenis yang menjadi
buruan...dan sangat sesuai kalau anda bertugas
dalam kawasan hutan seperti juru ukur...
Jabatan Hutan atau sebagainya...

...kecuali kalau tahu petua...sebaliknya boleh
digunakan untuk memudahkan perburuan...Wallohu
a'lam...

4.Bismillah Enam Dan Ular Hitam...

Kediaman saya terletak di pinggir kebun pisang
dan kawasan paya...bermata air...serta batu-batu
besar yang sesuai sebagai sarang atau tempat me-
ncari makanan bagi ular...

....mungkin itu antara sebabnya dah beberapa ka-
li berlaku kejadian ular hitam masuk rumah...

Biasanya ular yang menyelinap masuk akan segera
melarikan diri sebaik saja ternampak sesiapa
datang...

Ia biasanya berlaku...mungkin kerana ular itu
mencari katak di bawah rumah...kemudian mera-
yau...sesat dan masuk ke dalam rumah...

Petang itu lepas Solat Asar...saya duduk di-
ruang bilik belakang...dan kebetulan baru ha-
bis membaca Bismillah Enam sebanyak 7 kali...

Mungkin kebetulan...tapi tiba-tiba muncul ke-
pala seekor ular hitam dari sebuah lubang tepi
dinding...betul-betul di hadapan saya...

Ular itu perlahan-lahan merayap masuk ke-
ruang dalam...

Saya menepuk lantai untuk mengejutkannya...

Tapi kali ini ular itu tak melarikan diri...
sebaliknya terhenti sekejap...kemudian mula
menjalar masuk...

Saya mencapai sebatang pembaris kayu yang ke-
betulan ada berhampiran...dan mengetuk kepala
ular tersebut perlahan-lahan...

Ular itu terhenti...tapi tidak menampakkan se-
barang tindakbalas rasa terancam ataupun men-
gancam...ia antara seperti jinak...atau bing-
ung...tidak seperti mana sepatutnya sebagai-
mana ular liar...

Kemudian perlahan-lahan ular itu menarik ba-
dannya...dan masuk semula ke dalam lubang...
kemudian menghilangkan diri...

Cuma seperkara saya perhatikan...sejak ular
itu masuk...hingga keluarnya...ular itu lang-
sung tak melihat ke arah saya...

Sehingga sekarang...saya tak tahu...samada
ular itu nampak saya atau tidak...

Nampaknya...ia berlawanan dengan sifat Bis-
milah Enam yang dikatakan sebagai 'pelias'
atau penjauh binatang berbisa...tapi...

Ustaz pernah memberitahu kami bertahun sebe-
lumnya...sesiapa yang tetap dan bersungguh-
sungguh mengamalkan Bismillah Enam...boleh
jadi ia akan menghadapi ujian dengan ular
...wallohu a'lam...

(...ada satu kawasan antara kediaman saya de-
ngan rumah lama keluarga yang dikatakan men-
jadi laluan jin yang pernah dipanggil dan di-
beri makan pada masa sebelum Islam...dan ia
masih menjadi laluan jin yang sama sehingga
sekarang...

...seorang anak buah saya pernah memberitahu
bahawa ia selalu terserempak dengan bangkai
ular pada kawasan tersebut...dan ia merasa
pelik mengenainya...

Kadang-kadang saya terfikir...adakah ular ma-
suk rumah itu ular sebenar...atau ada antara-
nya adalah gangguan...? )

5.Teori Aura Dan Kejahatan Manusia...

Apa yang berlaku sekarang seperti amuk...

...jenayah...dari seringan-ringannya...hi-
ngga keseberat-beratnya seperti pembunuhan
...penipuan...buli...mencuri...merompak...

...menganiaya kerana 'suka-suka'...ponteng
sekolah...tak mahu berkerja...dan sebagai-
nya...

...saya yakin sebahagiannya adalah daripada
gangguan dan hasutan jin saka...jin ilmu...
jin sihir dan sebagainya...dan malah...
kadang-kadang ia melibatkan rasukan samada
nyata...atau tersembunyi...

Biasanya bakal mangsa itu selain pilihan or-
ang tersebut...juga ada pengaruh daripada
jin penghasutnya...

Semakin kuat pengaruh jin pada sesorang...ma-
ka semakin banyak pilihan mangsa itu...adalah
daripada jin itu sendiri...

Maka antara ciri-ciri pilihannya...orang yang
lemah semangat...tak ada pendinding diri...
dan lebih-lebih lagi kepada orang yang ada
angin bisa atau gangguan jin dalam badan...

Selain daripada faktor pilihan...ada beberapa
caranya bagaimana seseorang pengamal terhindar
daripada gangguan berkaitan...

Kesan Kepada Jin Pendamping...

Iaitu apabila anda berniat untuk ke suatu tem-
pat...maka jin pada tempat tersebut dapat men-
gesan aura anda...malah 'kepanasannya' sekali.

Maka anda akan sampai pada tempat tersebut da-
lam keadaan tanpa sebarang gangguan...kerana
jin dah lari meninggalkan kawasannya...

Kalau jin itu dalam badan seseorang manusia...
maka orang itu mungkin akan merasa gelisah ta-
npa sebarang sebab...dan kalau pengaruh jinnya
cukup kuat...malah orang itu juga mungkin akan
meninggalkan tempat tersebut...

kadang-kadang orang dampingan jin itu mula ra-
sa gelisah sebaik sahaja anda muncul...

Namun pada hakikatnya...jin pendamping itu yang
merasa gelisah...takut...bingung atau sebagai-
nya...

Maka dalam keadaan sedemikian...jin yang biasa-
nya menghasut 'tuannya' kepada kejahatan akan
cuba mengelak diri daripada 'cari pasal' den-
gan anda...dan anda terpelihara daripada seba-
rang niat jahat seseorang dari sebab hasutan
jin pendampingnya...

...malah...ada keadaannya...jin yang mendam-
pingi seseorang merasa segan atau hormat pada
anda...maka orang dampingannya juga merasa
sedemikian...sedangkan ia sendiri tak tahu
akan sebabnya...

Kadang-kadang pula gangguan jin itu tak cukup
kuat untuk mendorong seseorang 'lari' ber-
samanya...maka jin itu akan meninggalkan 'tu-
annya' sebaik sahaja anda datang...

Maka orang dampingan jin tadi...yang biasanya
sentiasa mencari jalan untuk menganiaya orang
akan merasa tenang dan tenteram...tak terniat
untuk membuat kejahatan kepada anda...kerana
penghasutnya dah lari...

...dan sebagainya...

6.Penangkis Dan Penawar Racun...

Kejadian paling 'popular' pada Ustaz (guru) dan
rakan-rakan adalah kejadian di mana gelas minu-
man pecah atau berkecai tiba-tiba...tak kira
samada gelas itu berisi air panas atau minuman
berais...

Ia berlaku di restoran...juga rumah sendiri...
di mana sebagaimana yang dinyatakan...ia menun-
jukkan minuman itu beracun...terutama racun
yang dikirim melalui angin...

Tapi boleh jadi pula ia ada bahan pelaris sihir
untuk menarik serta mengikat pelanggan ke per-
mis tersebut...

Ini mungkin sebabnya...gelas plastik seorang ra-
kan tumbang sehingga 4 kali tukar gelas di sebu-
ah warung...

...dan yang paling tak popularnya adalah peng-
alaman saya makan mee sup di sebuah restoran
pada awal malam...

Masa makan..sedap saja rasanya...tapi kemudian
perut mula terasa menolak makanan tadi...
dan jam 11 malamnya...semua termuntah keluar
...baru rasa lega...

Tak lama kemudian...restoran tersebut ditutup
kerana kes keracunan makanan pada pelanggannya.

Jika dengan izin Allah...kalau anda termakan
atau terminum hidangan beracun juga...Insya
Allah...menjadi tawar dan tak memudaratkan.

7.Penawar air Laut...

Sebenarnya banyak kelebihan Bismillah enam ini
tapi saya cuma dapat huraikan mana-mana yang
berkaitan pengalaman guru...rakan-rakan dan
diri sendiri...

Ustaz pernah ke laut bersama seseorang...dan
kebetulan tak bawa air minum...

Maka dalam keadaan yang agak mendesak itu...
seseorang itu mengikat tali ke bentuk satu bu-
latan...kemudian diletak atas air laut...

Seseorang itu membaca Bismillah Enam...dan us-
taz bertitahu...air dalam bulatan tali itu
rasanya tawar dan boleh diminum...

AIR BISMILLAH ENAM...

Iaitu antara cara nak buat air Bismillah Enam
iaitu...

1.Tarik nafas dalam-dalam sambil berzikir Allah
...allah dalam hati 7 atau 11 kali...

Tahan nafas...dan pada ketika itu baca Fatihah
1 kali dan Bismillah Enam 1 kali...

Tiup perlahan-lahan ke tempat sakit...kemudian
ke air...niat jadi penawar...dan guna minum
serta sapu sedikit pada muka...

2.Baca pada air...Fatihah 1 kali...Salawat 3
kali...Bismillah Enam 7 kali...dan 3 Qul...

Guna minum..sapu muka dan tempat sakit...dan
boleh guna mandi atau renjis penjuru-penjuru
ruang dalam rumah...

Air ini...Insya Allah bersifat panas...dan
membakar dengan izin Allah...

Boleh juga di masukkan ke dalam botol...
dan sembur kabus pada badan...juga sesuatu
ruang untuk buat pagarnya...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

Sumber

Nyanyian Serambi

Nyanyian Serambi (Ramli Sarip)


Keluar pagi balik petang
Adakala sampai malam
Cari rezeki bawa pulang
Buat orang yang tersayang
ooo bersabarlah

Wajahmu dimana mana
Senyum kasih mesra kasih
Cinta murni kan bersemi
Bersama ketulusan budi
ooo bersemilah

Lama kucarik rahsia kaseh
Rindu kaseh untuk berkaseh
Senang senang duduk di serambi
Senandung lagu puisi
Zikir zaman nyanyian zaman

Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung
Biar emas setinggi gunung
Kan ku peluk rimbun ampun
Rahmat yang Maha Agung


JerawaTTTTT...m(_._)m


Jerawat kat DAHI: Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.

Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak. 


Jerawat kat HIDUNG: Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.


Jerawat kat DAGU: Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah. 


Jerawat kat PIPI: Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.


Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan): Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.


P/S: Tips untuk kulit sihatAnda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.


Sumber


~ohh...saya memang byk masalah..huh..

Globally..effectively


Wajarkah?
Berbaloikah?

Sekian lama sekadar menjadi pemerhati, malah sekali-sekala turut mencelah memberikan sepotong dua pendapat terhadap perkembangan isu semasa secara global.

Kini saya tertarik untuk mencelah malah menulis sedikit pendapat peribadi saya terhadap agenda globalisasi yang masih giat berlangsung malah sangat mendapat tempat di dalam negara kita juga.

Protes.
Ya, saya setuju juga untuk melancarkan protes dalam penentangan terhadap penerbitan filem yang mencemar imej Islam. Malah saya secara peribadi berpendapat supaya badan Islam yang berhak membawa kes ini ke tahap yang lebih serius, bukan main-main sahaja macam sign/like page protes itu ini..

Buang masa.

Kenapa kita perlu bazirkan masa, tenaga, wang ringgit dan idea untuk buat protes yang ala2 lalat?
Let's make it real..kita protes betul2..

Caranya? Macam mana?
Entahlah..sbb kalau sekadar nak berlonggok ramai2, kibar bendera, bawak sepanduk..macam sangat2..buang masa..letih saya menengoknya, apalagi orang yang melaluinya..lagilah letih...

Kita sepatutnya bertindak secara lebih agresif dalam menjayakan misi protes ini...
Bukan jadi militan ye? Belum tahap itu lagi, tapi masih jihad..
Cumanya secara halus...
Contohnya, boikot barangan & perkhidmatan la..apalagi..

Kita patut aim gergasi ekonomi yanga akan jadi paling gelabah bila umat Islam nak boikot..apa? siapa? kat mana?
Itu tak lah pula saya tahu..sbb saya bukan ahlinya..tapi memanglah bila kita aim boikot sesuatu jenama secara global dan menyeluruh dan sepenuhnya..nnti mmg syarikat itu akan gelabah sbb sales merudum..hehehe..mereka juga pasti akan ikut beriya2 nak tolong kita umat Islam ini supaya menghentikan aktiviti tidak bermoral & tidak beretika itu..

Kita tak ada hak ke nak sue mereka2 tu? sue the country sekali sbb membenarkan penerbitan filem yg ntah hape2 tuh?


So, maybe it's just about time to make it globally & effectively..for real.

1000 tahun


Seribu Tahun Lyrics

Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia
Rela ku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia
Chorus
Ada kah engkau yakin ini cinta
Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Seram: Hantu roomate zaman matrix

Kisah ini ialah coretan pengalaman yang benar2 terjadi padaku. Kira2 11 tahun yg lalu.



Kisah benar ini berlaku lama dahulu. Masa tu dah habis SPM, sambung matrikulasi di sebuah negeri yang sangat jauh dari tempat kelahiranku.
Selama ni memang tak pernah dapat belajar sekolah jauh2 sangat, melainkan sekolah berasrama semasa form 1, tu pun kat pekan aje, negeri kelahiran jugak al maklumlah, result UPSR bukan main gempak jugak la..hihihi

Memang sedih jugak nak kena berpisah dengan mama dan adik-adik. First timer babe, kena duk jauh..600-700km jgk le jauhnye..huhuhu..sedih...

Sedih2 gak, tapi best pun best gak pe? boleh jenjalan..hihihi..memang macam hampeh sket aku nih kan?

Bermulalah episod perkenalan dengan sahabat2 baru yang memang best..kami datang dari pelbagai latarbelakang, macam2 jugak le loghat yang sempat diceduk..hihihi
Masa tu ekonomi famili i tgh gegawat jugak. Masa outing setakat pegi pekan beli biskut, sabun dgn milo jelah. Kalau yg berduit banyak blehla across town, bleh g jenjalan ke kampung sesama sendiri. Except i la, i takde fulus..duk diam2 kat hostel aje...hihihi

Sebilik kami kongsi 4 orang. Bilik tingkat 4, paling atas, menghadap hutan. Blok kami terbahagi kepada dua sayap. left & right wings. Kami duk right wings, left wings empty. Each wing plak ada 6 bilik..hihihi..cuma 4 bilik sahaja yg ter'occupied'..hihihi..kurang rakyat, bilik ayaq besaq, mmg syiokk...
Kami level 4 tu mmg rapat antara satu sama lain. Mcm family..best sesangat..pintu bilik pulak sentiasa terbuka untuk memudahkan urusan keluar masuk..sesuka hati kami..hihihi...mmg tak ada jenayah..seyes..peace sesangat..

Nak dijadikan cerita, ada satu weekend itu, tarikh bila mmg tak boleh brain dah. Lupa byk. Tapi kisah ni mmg i tak bleh lupa..harus aku ingat..sampai matila kot..ceh...haru eh
Majoriti budak level tu balik kg, balik umah sedara la, malah ketiga2 roomate ku yang tersayang juga balik rumah nenek roomate kami kat Labu, N9...dan patut agak la..mmg aku stay kat hostel je..no money to travel ma..boleh beli nasi pun dah cukup baik pe? hihihi..fulus tarak. Maka, aku dgn baiknya menolak saja pelawaan sahabat itu. Tinggallah aku sesorang kat bilik..budak bilik depan pun suma blah kg jgk..tinggal 2 orang yang bilik sebelah (dipisahkan oleh tangga), plus sorang lagi kat depan bilik depa tu..suma tinggal 4 horang aje kat level 4 tu...

Malam tu, aku tido awal..penat basuh kain banyak..2 baldi besar, hand wash okay...huhuhu..tak boleh sidai dalam bilik, nnti banjir ampaian, 'adik2' dgn 'kakak2' aje yg allowed. So, menurunilah dan mendakilah anak tangga ke ground level, sbb ampaiannya dibelakang, maka jemurannya harus berpesta dibelakang hostel tu..huhuhu..uhuk uhuk

Mengusung la naik turun tangga tu..seb baik pemandangan belakang hostel tu sejuk sangat..hijau semata2..nyaman..macam holiday pun ade jugak time2 hujung minggu camtu..

Penat. Kain kering tak berlipat longgok aje atas kerusi & meja study..hehehe..mmg aku ni stok tak berapa nk pakai meja kerusi tu..Lampu bilik semua tutup melainkan lampu bahagian ampaian bilik, kaler oren babe, hehehe..takderk keje aku pi balut lampu kalimatang tu dengan plastik hamper..kreativiti orang kurang keje..sat aje parking kepala kat bantal dah..krohhh...

Tiba2..tgh2 syok tido tu, aku dengar ada orang duk pulas2 tombol pintu bilik. Bising betul. Sakit hati. Aku sentap jugak nih, mahu naik hangin..ko nak masuk pakai kunci la..kalau takde kunci ketukla bg salam..ceh
Pastu aku pejam balik, macam terpukau2 aje nk juga tidoq..ngantuk yang pelik tuh..

Tup2..

Keletuk. Bunyi tombol punya punat tu timbul..pintu bilik pun dah slow2 terbuka.

Ceh..ada kunci, buat gempak, buka la leklok..kacao betul..antara pejam celik aku cuba usha sape si mangkok tuh..bikin panas babe!

Eh, sape yg ada kunci bilik ni? 3 orang roomate aku yg len suma pi Labu?..eh eh eh...???

Perampuk kah? Ayoyoyo..perogol kah? Ammaaa..

Seyes, time tuh aku langsung terlintas kejadian2 jenayah..

bukan mistik..

mulalah nk brain nak hempok pakai ape..radio? adoyy sayang wey..baru beli tu..kasut tak ganaz, plak..penyapu jauh..kerusi kang tak sempat aku angkat dia angkat aku dulu..ceh..radio ke..

Aku pejam balik sambil curik2 intai dalam pejam tu..

hihihi..seyes..masa tu tak mengantuk langsung dah.

Segar. Berdebar. Jantung macam dah terpelanting keluar ikut tingkap..hahaha..berpeluh2..

Cool..jgn gerak...ready nk sambar radio kasi hempuk kapla dia..

Pintu buka mmg slow gila..ada bunyi kriokk sket..

hah, ni time nk buat aksi nih. heroine in action..cewah..

aku nampak..eh? Apake? Ait? Pelik..seyes pelik.

Pukul berapa nih? Takkan dah balik? 

Aku tido banyak hari ke?

ke depa ni tak jadi pi Labu?

Tapi ni kan malam? Balik nek ape?

Pelik..aku still diam..purak2 tidoq jugak..

Pikiaq2..apakehel nih?

Sah. Bukan penjenayah. Rupanya roomate aku..ceh..buat tokojut mak je. tapi nape tak bagi salam? Aku scan nampak baju dia pakai tu baju seragam kolej kami..dia jalan slow2..takde beg..muka tak nampak, takut nk tgk sebenarnya sbb situasi itu sangat men'cuak'kan..hihihi

Kenapa zu sorang aje? Mana beg? kenapa jalan slow motion plak?..poyo je...

apasal kat tangan ada beg plastik kosong cap gedung harian?

pelik eh..pegang sebelah tangkai plak tu..ada masalah ke?

Mana sal? nad? Inikan tengah malam..kenapa zu sorang2? Ntah2 ada sesuatu yg terjadi dalam perjalanan tadi!..Ya Allah!

Hah! eksiden ke? Habis tu kenapa zu balik sorang? mana yg lain?

kenapa zu balik mcm tu..mmg tak boleh jadi nih..ntah2 hantu dia kot? ntah2 dia dh mati eksiden tadi...ma.....

..takut nk tgk muka dia..wa...

takoottt gile..seyes..sampai penat tahan perasaan..aku pejam mata terus..tak tahula apajadi..aku tido balik ke pengsan sbb lepas tu aku tak ingat..pengsan kot sbb shock dan letih berdebar yang amat sangat..hehehe..ceh..

.....

Lepas tu aku rasa badan ni bergoyang2..katil single, badan rapat ke sisi katil masa tu, bahu ngan lengan pun hampir terjun katil. Aku rasa ada sesuatu duk menolak2 lengan aku dengan kuat. Berulang2 kali..sampai goyang2 satu badan sampai aku duk dalam tido+jaga. Aku cuba buka mata. hampeh azbeztoz tol lah..sapelak kacao aku tgh2 malam nih..tgh2 syiokk tdoq plak tuh...

Tapi dalam pada duk usaha nak celik tu....

Pastu teringat...

...tadi kan nampak zu?

erk..hantu zu!

La..betul ke? bukan mimpi je ke? apesal la aku ada kat sini lagi! Bongok!!!!

hantu zu: ely..bangunla ely..bangunla...

Aku pejam. Aku diam..time ni dah segar balik..berdebar..aku dapat rasa peluh2 kat dahi..damm..nnti hantu tu tahulah aku tipu tidoq..

hantu zu: ely..bangunla..bangunla..tengokla saya..tengokla saya...

Adake patot suh aku tgk dia? suh aku tgk muka hodoh dia? (agaknye hodohlah) mmg tak boleh blah btol lah hantu nih..

Dalam hati..aku cuba baca ayat2 suci..tapi satu pun tak boleh ingat..teruk betul..tetiba aje processor aku lowya..memory aku blank..

Sekian lama, akhirnya dalam tercungap2 aku berjaya takbir!

Allahuakbar!!!

Serta merta aku boleh menggagahkan diri utk bangun dari katil..dia ada kat tepi katil aku, pakai uniform kolej biru hijau tu..kepala tak bertudung..nampak bersimpuh mcm sopan konon kat sebelah katil aku..ceh..

Muka dia mmg aku tak scan..gila? nk tengok muka dia buat ape? Tapi dari susuk tubuh dan suara mmg mcm zu...ceh..berupa2 ye?

Aku terkam keluar ikut pintu yg sedia ternganga..lantakla..aku tinggal bilik terlopong camtu je..selipar sape nak sarung itu jam ha? hahaha..

Aku terus cabut bilik member sebelah (sebelah tangga) kena lintas toilet..damm..jauh plak..

Mujurnya pintu bilik member tu terlopong, dua2 bilik yg saling berhadap still terang benderang. Ada bunyi radio slow2 je sound dia, dari bilik depan bilik ida.

aku: ida, ko tak tido lagi ke? (tecungap2, berpeluh2)

Ida khusyuk duk ngadap nota, earphone kat telinga. Ok mmg takleh kacao. nnti kena basuh. Jam kat meja dia dah pukul 3.30 pagi..

sebelah katil ida, budak kecik duk study sambil tido.ke tido sambil study..ntah aku pun tak ambik port dah sbb dalam otak duk pk kejadian gila yg baru sahaja menimpa aku..huhuhu..depa ni..
mujur depa ni ada..kalao tak aku nak lari ke mana?

ida mcm tak mau tau aku dari mana & kenapa..jam2 segini dia lagi mau hadap nota dia. Terus dia juihkan mulut dia bagi isyarat suh aku lepak aje kat bed dia. MAksud dia, tidoq diam2 tang situ..jgn nk buat hingaq..aku nk study hard neh..

.....

Aku letih. Kering jugak tekak. Tapi dalam kepala mcm2 spekulasi duk berlegar2..diaorang eksiden ke? ke ada hantu berupa roomate aku? ke aku mimpi aje? takkan la mimpi mcm real sgt..tadi lari keluar mana ada buka pintu..tadi nk tido dah kunci pintunya..sape buka kalao betul itu semua cuma mimpi..aku blank..mmg tak boleh brain..

Esoknya..bangun tido buat mcm biasa aje..sbb deme tu sibuk study..sivik..aku mmg malas..a.k.a. kurang rajin..hehehe

.....

Kisah tu aku diamkan aje..kalu cite, maunya suma nk tukar bilik..

dahla roomate kesayangan aku manja2 belaka..huh..buat penat aku aje pulak nnti nk memujuk..

mujur perasaan takot ilang camtu aje..sbb aku ni mmg ketegaq agaknya..hehehe

entah2 tanpa aku sedari aku dah sakitkan hati sesuatu? sbb aku mmg suka merayau2 especially next wing yg xberpenghuni. aku suka lepak situ sbb tangga wing tu paling dekat dgn hutan..hijao..sejuk mata..nyaman..aku suka

Kisah ngeri ni aku cuma citer kat kengkawan & family lepas aku habis study situ..hehehe...

aku adalah alasan tersendiri kenapa simpan selama tu..

V(^_^)v...

Penipu yang suka menipu memang berbau malahan kelak akan turut tertipu..hahaha

screwed la..bila kita tergamak menipu orang lain demi kepentingan diri sendiri...
title entri ni memang sengaja dibuat panas membakar..(yeke) sebab sengaja nak bakar hati dan perasaan orang yang terasa tu..

yelah.

i admit it. actually i ni pengocut sket. tak gamak nak straight to the point. kot nnti terpingsan ko dengar aku basuh kat telinga tu.

tak baiklah menipu, even on behalf ketenteraman dan keamanan sejagat. biar pahit maung sekalipun..berkata benarlah..manis netting pun tak guna sayang kalu itu palsu..

tak pernah dengar ke?

BIARPUN PAHIT NAMUN AKAN MANIS JUA AKHIRNYA


MANIS KUSANGKA MADU RUPANYA RACUN BERBISA

janganlah sudi2kan diri menipu orang yang paling sayang kita even demi orang yang tersayang

hahaha..berbelit? lantaklah..

pokoknya jangan menipu.be truth.always.

sbb takut suatu hari nanti, penipuan kita yang indah permai itu akan terbongkar dan menyusahkan diri sendiri. and that's for sure. and you'll lost the respect. and that's another thing for sure.

Jangan suka ukur orang, nanti orang ukur kita balik..nanti Allah pun ukur kita juga...

Pengajaran yang mahu saya kongsikan bersama sahabat2 blogger dan pembaca budiman.

Kita jangan suka mengukur pendapatan orang lain malah membandingkan dengan pendapatan kita pula. Terutamanya dalam soal perniagaan. Bila pengeluar mengukur keuntungan yang bakal diperolehi oleh pemasar, malah mengenakan syarat dan arahan tetap terhadap harga sesuatu produk/khidmat sudah lain jadinya. Harga yang berjaya dipasrkan sudah tentu terpulang kepada kreativi dan untung rugi nasib pemasar pula. Disini saya lebih membahaskan tentang produk/khidmat yang harganya tiada had. Harga yang tidak ditetapkan. Pemasar pula lebih menjurus kepada konsultan yang bertugas sebagai perunding urusan jual beli sehingga produk/khidmat itu selesai. Sangat tidak wajar, memberi kata putus berapa keuntungan yang patut diperolehi, kerana pemasar bergerak atas daya usaha dan kreativiti sendiri. Bukan bergaji. Untung ruginya juga bergantung kepada berjaya/gagal urusan jual beli itu. Bila gagal mendapatkan pasaran, tiadalah gajinya. Bila berjaya, barulah ada gajinya. Maka, adakah adil pendapatannya ditetapkan? Kos ditanggung sendiri, lamakah, jauhkan, makan, minum, penginapan, perjalanan...

Usahakanlah supaya kita tidak mudah berputus asa terhadap sesuatu usaha bilamana setelah penat dan lelah mengusahakannya, tetapi tidak berhasil. Tidak akan ada kejayaan selagi kita tidak menempuh kegagalan. Setiap kegagalan itu mengajar kita cara untuk kita berjaya.


         NO PAIN NO GAIN BABE! hahaha..quote zaman sekolah nih...
       
  next time kita try jadi yang nih

        GAIN WITHOUT PAIN BABE! YAHUU... hihihihi...


Supaya bila kita berjaya, kejayaan itu akan lebih kita hargai dan akan lebih berhati2 dan bijaksana dalam bertindak pada masa akan datang.

p/s: hati bila selalu dan mudah dengki itu maksudnya hati itu sangat kotor dan busuk. bersihkanlah. istighfarlah. bersangka baiklah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...