Jangan suka ukur orang, nanti orang ukur kita balik..nanti Allah pun ukur kita juga...

Pengajaran yang mahu saya kongsikan bersama sahabat2 blogger dan pembaca budiman.

Kita jangan suka mengukur pendapatan orang lain malah membandingkan dengan pendapatan kita pula. Terutamanya dalam soal perniagaan. Bila pengeluar mengukur keuntungan yang bakal diperolehi oleh pemasar, malah mengenakan syarat dan arahan tetap terhadap harga sesuatu produk/khidmat sudah lain jadinya. Harga yang berjaya dipasrkan sudah tentu terpulang kepada kreativi dan untung rugi nasib pemasar pula. Disini saya lebih membahaskan tentang produk/khidmat yang harganya tiada had. Harga yang tidak ditetapkan. Pemasar pula lebih menjurus kepada konsultan yang bertugas sebagai perunding urusan jual beli sehingga produk/khidmat itu selesai. Sangat tidak wajar, memberi kata putus berapa keuntungan yang patut diperolehi, kerana pemasar bergerak atas daya usaha dan kreativiti sendiri. Bukan bergaji. Untung ruginya juga bergantung kepada berjaya/gagal urusan jual beli itu. Bila gagal mendapatkan pasaran, tiadalah gajinya. Bila berjaya, barulah ada gajinya. Maka, adakah adil pendapatannya ditetapkan? Kos ditanggung sendiri, lamakah, jauhkan, makan, minum, penginapan, perjalanan...

Usahakanlah supaya kita tidak mudah berputus asa terhadap sesuatu usaha bilamana setelah penat dan lelah mengusahakannya, tetapi tidak berhasil. Tidak akan ada kejayaan selagi kita tidak menempuh kegagalan. Setiap kegagalan itu mengajar kita cara untuk kita berjaya.


         NO PAIN NO GAIN BABE! hahaha..quote zaman sekolah nih...
       
  next time kita try jadi yang nih

        GAIN WITHOUT PAIN BABE! YAHUU... hihihihi...


Supaya bila kita berjaya, kejayaan itu akan lebih kita hargai dan akan lebih berhati2 dan bijaksana dalam bertindak pada masa akan datang.

p/s: hati bila selalu dan mudah dengki itu maksudnya hati itu sangat kotor dan busuk. bersihkanlah. istighfarlah. bersangka baiklah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...