Senarai Projek-Projek Rumah Kos Rendah (RKR)

Sumber: Unit Penawaran & Setinggan
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

Laman web: http://lphs.selangor.gov.my
Email: lphs@selangor.gov.my


Maklumat ni direct dari pejabat SUK ye. Sebab ptg tadi akak ada keje kat saner, baik hati dia tolong ambikkan..nk try apply jgk, kot2 le ade rezeki..jenuh jugak duk menyewa aje...sesape minat nk apply sila cepat2 sebelum kehabisan.

Boleh juga pass2 info kat sedara mara/kengkawan supaya kita semua dapat merasa duduk rumah sendiri juga kan?..

Nak tolong bagi rumah kang tak mampu, tolong bagitau hajer jugak yang saya mampu.

Perbualan Bayi Di Alam Rahim Sebelum Kelahirannya


Adalah dikisahkan, pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sekadar perkongsian.
Sweet kan?

Daging Dendeng, Asam Boi, ABC


First time try makan kat restoran ayam penyet. Menu dia ok la..ala padang ke minang ntah lah...heheh

Dek kerana Affan Tomyam belum bukak kedai, baru kami masuk tang sini. Sambal dia best jgk, tak pedas sangat. Cumanya daging dia mcm kering sket, keras sket, payah jgk nk proses pakai sudu, kalau pakai tangan senang kot, sbb tinggal ngap aje..heheh

Si kecik oder ABC, rasanya lebih tang aiskrim & vanilla. Abah plak ayaq suam aja..pasai depa 2 orang tuh dah kenyang kenduri nasi ayam kfc td..ummy aje yg kebuloq time nih, sbb tak lalu mkn ayam goreng berminyak tuh..urghh..

Cuma mcm kering sket sbb saya xoder pape sayur/kuah2, xhabis kang, makan sorg je kan?...Nnti bolehla mengulang, nk try lauk ikan pulak..ke..heheh

~Ayam Penyet Klang Sentral

Tidak lama lagi..insyaallah

Tadaa...


Gambar ihsan brother malaysia

hihihi..
Bertahun dh saya duk mengidam nak mesin jahit.
Alhamdulillah, Allah sudah makbulkan.

Tapi haruslah bukan beli secara cash, tapi bayar ansur2.
Dah boleh pergi ambik mesinnya tapi masa pulak tak mengizinkan..huhuhu..

Sabarla wahai hati.

Tak sabar nak excited sambil terkekek-kekek guling-guling..ngeee..

Pilu hati bila anganku tak jadi

Kat atas ni gambar semak.
Disebalik semak itu ada rumah papan.
Rumah papan itu rumah yang saya duk berangan nak bercucu cicit.
Ala kampung, suasana nyaman, boleh tanam cili pandan serai sebanyaknya.
Kangkung pula tinggal sentap dalam parit belakang, tepi rumah saja..

Bila dikira kos baikpulih, tempoh siap baikpulih, ruang setelah selesai baikpulih.
Saya kini pasrah. Rumah tu tak muat. Barang kami banyak gedabak2.
Sebab saiz rumah itu memang real kampung yang tak cadang tuannya pakai tv, mesin basuh, fridge bagai..heheh..sebab dia saiz resort hajer..huhuhu..
Tapi sayang sebab rumah ni memang lawa.

So, nak tak nak, kena menapak ke rumah sewa lain jugak pulak.
Kalau tak ada aral melintang bulan depan kami bermukim di tempat lain pula.
Sebab tuan rumah dah jual rumah nih, owner baru nak duduk sendiri dan kami kenalah pindah..huhuhu

Kalau ada rezeki tahun depan jugaklah baru nk merasa duduk rumah sendiri agaknya.
Huduh2 kecik2 buat slow2 je..
Takpelah kan? janji lepas panas, hujan, dan selamat.
Pemudahkanlah Yaa Allah..Amin.


Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam

Saje nk review struktur & material masjid ni sbb dengarnya kos pembinaan cecah lebih RM20mil..hihihi..

Ini actually Longkang kat sisi dewan solat utama masjid. Ada ruang lapang saya bayangkan sesuai kalau sesape nk baca2 kitab, mengaji dalam suasana yang lebih open air. Jaringan lubang longkang dicover dgn batu hiasan..saya agak utk elakkan sampah masuk & ganggu aliran air. Nanti senang maintain kan? Brilliant. Jgn ambik batunya buat main seremban ye kanak2..Besau sgt tuh..xsesuai kot buat main seremban.. 

Malah boleh elak bau yang kurang enak menerawang menghiasi ruang..agaknyalah..memandai aje..heheh

Ruang solat muslimah belah atas, ada eskalator tp sebelah sana. So, kalau menapak direct dari entrance, kena mendaki sket. Saya xsnap tangga sbb material tangga saya consider as biasa saja. Tipikal tiles utk tangga. Nothing extra comfy/extra ordinary. Sebab tiles tangga tu kalau tukang basuh/lap pakai sabun & xbilas sebersih-bersihnya..memam ah-kan lincin tangga itu..hihihi..takpe..ade wooden rail utk berpegang ye.. :)

 Ini ruang wudhuk muslimah. Pili? Yaa..pili..bagus kalau semua masjid/surau guna pili macam ni..bukan design dia, tp water flow dia yang bagus. Airnya tak laju, tak slow..sedang2 saja..jimat & rapi la air yang keluar, takdelah terpercik..sbb ada sstgh oram tu dia memam xtahu kot nak slow kan paip masa berwudhuk sampai berdesing telinga kita..hihihi..membazir air..dosa kan..

Ini longkang aliran air wudhuk, bertutup, very nice, sbb kita dah tetua nih, kenkadan selalu gak terjerumus masa ambik wudhuk..masuk longkang..heheh..tuh dah ada jaring..selamat la kaki yg suka menjerumuskan diri mereka itu..plus dia ada lantai anti-slippery type, saya consider sbg safety precaution la..bagus kan? takdelah berlendir, linchin..cumanya takde ruang berbongkah2 utk berwudhuk sambil mendudukkan diri..utk org2 tua & kelainan upaya...xtahula kot ada kat bahagian lain sbb sy xjelajah abis pum..hihihi


Ruang utama solat, lelaki kat bawah..


Ini lantai keseluruhan ruang utama laluan masjid, dari entrance..nampak tak..kesat kan? memam xlinchin..i like :)



Chandelier dia saya suka..nampak eksotik kan? 

Overall interior masjid saya describe as less deco, tp memam cantik..less is more kan? Sangat selesa..




Ruang kat sebelah dewan solat utama..luas beb..si kechik nih, sempat tawaf seround sampai peluh2 ..heheh..

Duduk2..ngaji..baca kitab..diskus hal2 agama..heheh..

Asam pedas yg ku tak mahu lupa..

..tuuu diaa..pelik kan? kenapa tertapau dlm polisterin? heheh..

Sebab sejam sebelumnya saya dah melantak kat kafeteria MOA, Putrajaya. Ada keje kt pejabat vet. Boleh tahan sodap menu tang situ. Suasana selesa. Bersih. Masakan secukup rasa. Harga pula memang sangat sangat berpatutan. Kalau kat gerai biasa (bukan restoran ye..) mau dekat RM6. Tapi saya kena td RM3 sahaja..Hihihi..

Ok, berbalik kpd kisah asam pedas ikan pari tu, sbb dah ada isi dalam perut, maka saya tapau sbb sayang nk tgk saja lauk tu tanpa menjamah. Heheh..asam pedas yg paling boleh tahan sedap yg boleh di nikmati bila hati perut mau tapi malas nak masak sendiri..yang nilah antaranya yang saya percaya. Rasanya memang tak lari2..so, toksah kejar2. Cuma tang mulut saya ni rasanya kurang masin, kurang masam dan kurang pedas sket. Tp tumisan dia pandai..(macamla kita ni pandai sgt..heheh..)


Tang atas ni pulak menu harus kot bagi abah si kecik bila melepak kat sini (ok. kebetulan sempat singgah mamam sebenarnya). Ikan kering hapak2 sket, gulai kawah. Meme sedap katanya..heheh..tu gambar setelah dia menopap nasi ke sekend trip tuh..heheh..

Kalau kebetulan ada area Sri Muda Shah Alam, boleh jengah kot..nilam kot nama kedainya..kot..heheh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...