Bila ramalanku benar belaka..lagi..

C?
Berbulan sblm start puasa, I did remind u..lets just grab something now, or else, u'll be toooo busyyyy, no more time to spare for uuussss..hahahaha

Ya.
Mmg saya tgh menulis dalam keadaan sakit hati.
Tapi ini dah reda skett.
Sbb dah buka fb dulu..semua post org, kat wall org saya dah menyebok g 'like', komen..hahaha...

Sangat 'frust' bila sesuatu yg kita dah ramal benar2 berlaku..kalu yg best takpe gak..nih yg tak best..
Aneh juga..kenapa macam tepat2 aje..

....

Tak tahulah..gifted barangkali...ececece..poodaahhh..
Sebenarnya, kekuatan ramalan nih bersumber juga..sumber itu tak lain tak bukan..kekuatan/kedalaman daya pemahaman dan kaji diri..diri sendiri bukan...tak tahu..tapi diri orang lain ye...

Especially bila org tu rapat dgn kita, kita boleh ramal tingkah laku, gerak geri dan hasil tindakan dia itu nnti..bukan soal hebat atau tak..soalnya aku dah agak daaahhh..kah kah kah..aku gelakkan diri sendiri lagi..kah kah kah...

Bila kita cakap..haa...kan saya dah kata...bla bla bla..baliknya kita dituduh tahyul, bongkak..kebetulan aje betul2 berlaku..

Pehh..bukan sekali dua beb..banyak kali beb..each time yg aku ckp tu botuiii...te...
Ko ckp aku plak tahyull..main ramal2..ni bukan paranomal-matik yanggg...nih matematik...kebarangkalian..

Hehehe..padahal aku bukannya pandai sgt pun bab tu...ekekeke..tp seyes, mmg matematik je nih.

Then nk reverse faulty to kat aku pulak..pooodaaahhhh...blah la..

AKU DAH BOSAN
AKU DAH BOSAN
AKU DAH BOSAN.....

Hehehe..

Astarghfirullahal 'adzhim....



Anak Ummy...

Just after the Iftar

Ummy: Adik, ummy nk g ber** kat atas jap.
Adik: Ok, nnti ummy turun balik tau..jangan tinggal anak ummy kat sini...si anak ummy nih..
Suddenly I stopped stepping on the stairs.
Ummy: Mana anak ummy nyo? anak ummy juruh..(teasing her)
Adik: Nih, anak ummy nih..adik juruh..adik kemas mainan...
Okay..whatever la dik..back off to the 'bank'

Yesterday

Ummy: Adik. kemas mainan, pakai seluar!
She's coming out from the toilet, happily jumping feeling like the most freedom in the world is hers, because of not wearing her undies..yet...
Adik: Takpo..mok long takdok...hi hi hi...

Hoi..mok long...ecah takut ko mok long jah nih...

Thank me Ummy....


Hari ini anak saya dah memberikan saya satu pengajaran..pelajaran...

Memang kami yang ajarkan supaya selalu berterima kasih, bila dapat apa2, bila dibantu buatkan apa2..

Tapi baliknya saya yang kena..hehehe

Saya minta dia hulurkan sikat rambut yang kebetulan berada dekat dengan dia..

Dia segera hulurkan...tanpa berkata apa2 saya cuma terima sikat tu, langsung menyikat rambut sendiri...hadapan dresser...

Anak gadis saya tu malah menegur saya, "Ummy, cakaplah kat adik terima kasih adik..."

erk...ehehehe.."Yelah, terima kasih adik..."..."Ummy ni, kenalah cakap terima kasih kat adik lain kali tau..pastu adik boleh cakap sama-sama Ummy.."

Oh, ok..hehehe...macam nak jadi mak ketam aje pulak saya ni..huu...



Petua amalan ibu mengandung...V(^_^)v

Salam..


Since most of my sibling kini bakalan jadi mak beby..so, lenguh jugak mulut cik akak ni nak habaq mai byk2 kali..yelah toksah habaq? takleh lah..nak jugak pi habaq...


Bukan gempak sangat pun, eheheh..just my recommendation based on what my doc used to recommend me earlier..


Crucial stage: 1st Trimester...of course la


Supplement:
1. Folic acid. Mandatory


info copy pasta:


Folic acid is an important B vitamin that supports heart health. Women who consume healthful diets with adequate levels of folic acid may reduce their risk of having a child with birth defects of the brain or spinal cord. Folic acid intake should not exceed 250% of the DV(1,000mcg)


harus makan tiap2 hari..sgt2 penting utk perkembangan otak & sistem saraf tunjang baby...so, baby lahir nnti akan sangat pintar, cepat & mudah belajar..malah merangsang perkembangan baik bagi keseluruhan sistem tubuh badan baby...





2. Obimin/Pramilet/other types of multivitamin supplement.


Harus ambil tiap2 hari sbb zat dari makanan yg kita makan setiap hari tidak mencukupi untuk membantu proses pembesaran baby, even utk support diri kita juga..kan makan untuk berdua? hehehe
saya dulu guna pramilet sbb obimin rasa hanyir dia kuat. Asal masuk mulut aje muntah balik..bila switch guna pramilet baru ok..



3. CalMagZinc
Nah..copy pasta sket..

Calcium, Magnesium and Zinc plus Vitamin D help build healthy bones and teeth. This important trio +D also helps to maintain normal heart and muscle functions

hehehe..doc cakap haritu utk make sure tulang baby kita terbina dgn sempurna..nnti third trimester kita kena count baby kick kan? so, sgt senang nk kira sbb baby tendang kuat..hihihi..lagipun doc tu juga da ckp yg nnti bila baby kita dah lahir, dia tegap badannya, mudah membalik, kuat angkat kepala, cepat merangkak dan berjalan..hihihi..my 'aisyah mmg sgt advance..even nurse klinik desa pun kagum tgk perkembangan fizikal dia..

4. Maternal formula

Sekarang sudah banyak pilihan nak minum susu cap ape, susu bukan untuk ibu mengandung pun ok aje..cuma kalu formula utk ibu mengandung ini dia spesel sikit...dulu saya tukar2..2 jenis aje yg ujud waktu tu pun..hehehe..anmun dgn enfa..tak lalu minum susu? saya kenkadang borimm jgk..bancuh lah dgn koko (milo/vico/van houten), atau bancuh dgn hohohorlicks..eheheh...


okay, dosnya kena refer doc la, sbb bergantung pula pada tahap kesihatan dan keperluan masing2...


Petua sampingan:

pantang: tgk tv/movie/iklan yg gambar bukan2, music (totally no!), berita yg tragis..tak yah baca berita langsung lg bagus..saya dulu..katun pun xtgk..just tgk AFC aje..hehehe..tp part siang potong tu toleh ke lain le..gerun...
jgn mengata orang/anak orang nakal..nnti dapat anak extra nakal..jangan makan pedas2 nnti kena asid reflux..pedih ulu hati..
jgn minum minuman karbonat, berkafein, jauhi asap rokok, asap kenderaan, segala asap...
jauhi jajan dan gula berlebihan takot terkena diabetes masa pregnant..naya, nnti beby overweight & oversize..hehehe
mama baby...jgn mudah terbawa2 oleh emosi..just think positif..sbb ada sstgh ibu2 mengandung bukan sahaja mengidam yg bukan2..malah berkelakuan bukan2 dan suka memikirkan yang bukan2...jangan ye, nnti efek baby...



plz do: minum air masak secukupnya..utk flush keluar toksin via urine=urea sbb baby belum bleh kencing berak dlm perut..so bergantung pada maknya..nnti barulah kulit baby cantik, mulus bersih sbb bendalir dalam badan selalu di tapis...dan kotoran segera dikeluarkan
bykkan makan sayuran & buah-buahan, sgt perlu jaga diet serat, nnti sembelit, menjadi toksik pada baby...ye..
solat haus jaga, zikir sepanjang masa, tadarus al-quran...supaya baby dlm kandungan juga terbiasa dan tenang dgn bacaan al-quran..malah sikap positif juga sudah boleh mula dibentuk sedari dalam kandungan lagi...
jaga bahasa kita, percakapan, tingkahlaku..janganlah berkelakuan buruk takot nnti baby yg lahir tu mudah terikut2 perangai buruk..susah dibentuk..
mmglah kena salahkan ibu mengandung...
utk bapa pula, selalulah berikteraksi dan berkomunikasi dgn mama baby & baby tu sendiri, supaya bila baby lahir kelak, dia tidak akan terasa asing dgn bapanya sendiri sbb sudah mengenali dan mengecamnya sejak dari dalam kandungan lagi..







TINN TINN...baby's coming....!


yahuu...another baby is coming soon!
okay, bukan dari saya..tapi dari adik saya..
and she's just married for ~2 month..hahaha..bunting pelamin adik I...

supposed to be another baby, earlier, tapi maknya belum confirm lagi..kata peot tak pernah prob tp dah delay 3 bln..self urine test, negative, tapi yg beli kat farmasi tu bukan accurate sgt..kena pi check jgk kat doc..kan?  mane tahu, paras hormon gonad (hcG) dia low sgt..kan? kan?

so, next year will be double trouble...


ups..ntah2 triple trouble?
kot2 another sister bakalan langsung nikahnya ini tahun juga? haruslah dapat bebi juge..kikikiki..mek na....hehehe


kot kak longnya pun preg juga..ahahahaha..tahun depan punya raya ana kopak..ma.....

 Most of all...Alhamdulillah...InsyaAllah..semoga semua selamat dan dipermudahkan..

Ya Ukhti: Bacalah, fahamilah, hayatilah, activatekanlah...JOM!



13








13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


2. Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.


3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)


4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah


7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
(Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)



8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)


10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah)


11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya
(Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar)

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)


12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59)

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita 
(Shahih Muslim No.4921)


Sila SHARE jika anda sayangkan ibu, isteri, adik, kakak dan kaum wanita keluarga anda..
P/S: saya pun share juga dari FB..hehehe..kopi pasta jah..ambo buke ilmuan, sekadar pencari ilmu sajo

plus, bab mekap, saya pun mekap jugak, tapi kita keep it simple, ala kadar saja ye? setakat nk tak bagi nampak macam orang sakit (pale) saja..jangan sampai jadi macam orang 'sakit' hehehe...

keep it natural..natural beauty..
remember..less is more...




Apekah? Sodih eden...


Berikut adalah pointer(diploma/ijazah) bagi pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.
3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%

(Nota: Kadar Pengurangan adalah berubah dari semasa ke semasa dan tertakhluk pada pihak MARA)





Aku taulah PTPTN pun kasik jadi biasiswa bila pointer melecun, aku tahu aku tak mampu yang itu..tapi yang balen2 tu..huuu....

Siyes botuah sangat2 korang yang dapat loan/sponsor MARA...baik aku la..hutang sebanyak harga seJIBIK VIVa...






Actually tadi blogwalking blog sorang adik yang kiut miut nih..Fiqaliqa Fashionista (sori dik kalu silap eja, sbb hati meremuk nih)..then baca post dia yang nih...uhuk..uhuk..uhuk...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...