Cabaran memisahkan tempat tidur...kami dengan si kakak..huhu

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak."

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

(Surah An-Nur: 58-59)

Saya ada dua orang anak, seorang umur  tahun, seorang lagi umur 1 tahun.
Sulit juga nak memisahkan tempat tidur mereka. Sebab dah selama ni kami tidur sama-sama.

Tambahan pula anak yang kedua ni menyusu badan sepenuhnya.

Si kakak takut tidur sendiri. Jadi kami beramai-ramai tidur kat ruang tamu, depan TV.
Hopefully takdelah masalah gelombang yang mengganggu otak semasa tidur tu..sebab TV jenis LED, dan kami memang jarang On TV..haha..

Kemudian kami akan beransur2 pindah masuk tidur dalam bilik. Ummy, abah, & adik sahaja..tapi syarat kena siapkan tempat tidur yang kiut, cun & pinkish utk kakak dulu..haha..

Hopefully menjadi la..sebab risau kan..anak dah besar, dah padai..amit2..

**********************
Sungguh kurang sopan main terjah masuk ke dalam bilik tidur utama, apalagi masuk tanpa izin..
Itu aurat kami, tuan rumah, itu privacy kami.
Kita dalam bilik sedap2 berkemban, nak hilangkan panas berpeluh lepas buat kerja rumah..tup-tup..ada yang masuk menerjah..hoooiiii

Memang naik angin...

Baru ni, si kakak yang terlebih ramah dah jemput kawan dia masuk rumah.
Kawan dia tu lebih tua dari dia, dah darjah 2 kot.
Selamba dak je masuk dalam bilik kita..dahlatengah menyusukan si adik..berkemban..Allah..

Mengucap panjang saya time tu...
Terus saya soal..kenapa masuk dalam bilik? Tak bolehla..keluar la..tak baik...
Tapi dia buat derk aje..mata sibuk melilau sekitar bilik..amboii...ini budak...

lepas tu, boleh pulak dia tanya..makcik..nak tidur kat sini boleh tak?
Bolehla..malam ni je...
Hah?!Apakehel...
Bahaya betul anak perempuan zaman sekarang..huhu..amit-amit..

Terus saya jawab, tak boleh, tak elok anak dara tidur rumah orang rata-rata.
Rumah awak depan tu aje...buat ape nak overnight bagai pulak..apakehel?
(depan rumah kami, rumah teres sama taman, sama lorong.. huhu...T_T)

Ala...ala..ala..rengek2 pulak tak puas hati..bahaya betul budak ni..
Malam tu terus saya ceramah si kakak..bla bla..
Lagipun kami mak-mak nye bukan akrab pon, tak perlu kot rapat sangat sampai macam tu.
Macam tak best je..huhu..
Dahle mulutnya pot-pet pot-pet macam orang tua..
Si kakak pot-pet pot-pet jugak, tapi merapu yang etah hape..
Tapi budak ni lain macam..memang macam orang tua yang bizi body, suka tanya yang bukan-bukan termasuk hal personal..hal tak patut diketahui oleh budak..apakah?!

***********************

Dari situ, saya bula la ceramah secara berjadual dekat si kakak..jangan itu.. jangan ini...
Mana elok, mana tak elok...tapi rumit sungguh..sebab hari-hari..ada aje cerita, lagu, yang baru yang bukan-bukan dia bawak balik dari sekolah.

Sejak kes pencerobohan tu saya dah tak benarkan langsung si kakak bawak masuk kawan dalam rumah. Cuma dibenarkan setakat main dalam pagar di luar rumah aje.

Rimas la..dah le rumah kami tak luas mana..nak bergelewat pulak..huhu..
Kalau anak beranak sendiri tu lain cerita..haha..freestyle je..

************************

Tapi kan setiap kali datang main kat rumah, sibuk pulak budak tu duk suruh si kakak ambik nombor telefon saya..sebab nanti nak suruh mak dia mesej, nak bagitahu dianak tidur kat rumah kami...Apakah?!

No way..kalau sampai tahap nak push-push gitu..lagilah tak berani mekk...
Hal ni dah serius jugak, sampai tahap kami dah bincang laki bini..suami cakap NO WAY.
Cuma  sebab nak buh dalam belog ni saya dah ringkaskan & ringan kan aje jalan ceritanya.
Malas kot taip banyak-banyak.
Yang sikit-sikit nipon dah berjela aje rupanya..haha... :P

Tak elok galakkan anak-anak, terutamanya perempuan tidur merata macam tu. Didikan yang tak manis secara ketimuran, malah secara Islamik juga..
Plus zaman ni zaman fitnah..nanti kan tak pasal-pasal pulak kalau jadi pape..cirit anak orang ke..demam ke..mengigau ke..ha..berani?

***********************

Itulah, kita kadang-kadang tak tahu macam mana attitude anak kita bila dengan orang, dengan kawan sekolah, dengan cikgu, bila kat rumah orang.

Kalau stail saya, saya tegur ON The SPOT..kalau si anak ada buat tak senonoh.

Never practice yang..' Ala..budak-budak..bukan tahu ape..."

Sebab tak tahulah kita sebagai ibu bapa kena tujukkan yang betul dan yang salah..kan?


**sebenarnya story dah lari main tajuk kan? kikiku

SEMAK DEPAN MATA, SEMAK LAGI DALAM JIWA

Sumber imej: Google

I wish taman sekangkang bayi kat depan rumah tersusun & rapi macam dalam gambar.
Tapi harusla berangan aje..haha..sejak ada anak kecik ni..aktiviti jadi sangat terbatas. Ciwek amat budak ni..nak menempel aje setiap saat. Pantang jauh dari mata bunyila siren dia.. T_T

Semak samun depan rumah dah hampir aku gazetkan sebagai Hutan tropika, Hutan Simpan ke..kalau pelbagai biologinya nanti boleh aje gazet terus sebagai Taman Negara. haha..

***************

Bulan lepas dah terserempak dengan ular senduk, panjang kira-kira 1 meter gitu. Lembik lutut terserempak dalam pagar depan rumah. Ok, keliling taman perumahan ladang sawit. Jiran cakap musim ular nak bertelur, mak-mak cakap ada orang hantar santau..haha..

Lepas ambik si kakak tadika, terus melencong tempat lain. Tak berani balik rumah. Cepat aku ugut cikabe suruh tabur belerang, setel semak, kalau tak akau tak nak balik rumah. Aku straight kelik Kelate baru tahu!

***************

Petang dekat senja baru aku balik, tapi masih terasa2 gerun lagi..takutla weii..aku ada anak kecik, baby..dia bukan reti apa..kalau si kakak tu bolehla bagi amaran hati-hati..ini..semua benda ada depan mata dia nak tangkap..haha

Esoknya baru sempat jumpa jiran, bagitahu sikit2 cerita, dia sedia maklum sebab dia rumah end lot..aku lah..semak dalam pagar! Dalam hati dengan otak aku lagi semak!.

***************

Dah berapa kali jugak beritahu suruh potong rumput, dia sekejap cakap nak cari orang, sekejap cakap cakap nak simen terus. Dah berapa lama dia punya janji manis tu, dah reput. Bukan setakat berkulat, basi..haha

Dulu senang aku setel sendiri, benggali selalu round taman, RM25 untuk kawasan seluas 8x8 kaki lebih kurang..setel mesin, siap buang rumput. Nih dah lama tak nampak kelibat benggali tu..ada 2,3 orang jugak, yang ada cuma tukang jual karpet..buat ape..aku alergik..haha..

Ke benggalinya dah merajuk sebab lama sangat aku cuti bersalin? Sampai ke sudah tak mahu masuk round taman sebab penduduk lain biasa potong sendiri rumput. Gotong royong lakibini.. @ at least lakinya sendiri gunting. Aku kini dah tak mampu..susah dengan anak kecik..kalau dulu aku buat sendiri.. si ecah suruh siram pokok bunga, menyapu ke..senang...nih si baby nak suruh ape? gaul tanah? haha.

***************

Kenapa ye cikabe aku tak peduli nak setel semak. dia tak paham ke bahaya? tak malu kat orang ke? tak malu dengan Allah ke? aku dah habis telan baru tertaip kat blog nih..ciss..haha

Dia tak sayang kami ke? Ke dia tak sayang aku? Sedih...
 

EKZEMA: saya & anak 1 tahun merana!

Stress gila bila ekzema menjadi-jadi.

Anak bongsu saya Ahnaf, sekarang dah satu tahun, dah mula ekzema sejak lahir. Saya sendiri lupa pulak bila, masa sekolah menengah kot.

Sebab dulu okay aje main kucing, pakai barang besi macam gelang, rantai, subang tu..
Naik sekolah menengah menjadi penyakit pulak. Saya salahkan sistem imun badan saya yang lemah, dirosakkan merkuri..haha

Masa sekolah rendah adalah tampal gigi berlubang tu. Pastu hilang pulak tampalan tu..tertelan agaknya. Pastu saya Google la bahaya tertelan tampalan tu, ada dulu terbaca, zaman tu saya takde blog lagi. Dalam tampalan gigi tu, yang kelabu tu, ada bahan tu. Tu yang efek dia, sistem imun badan kita jadi lemah.

Sekarang penampal tu dah kaler lain, macam putih sket gitu kan?
Sakit aje hati ni..dah tercemar oleh logam berat tu..sabar ajelah.

Tengah belek-belek web cari pelembap yang sesuai untuk kami, dah makan suplemen, Vitamin E Shaklee..okay, moleks..kulit licin lemun.

Pastu saya mula masuk pejabat, berkarpet, penuh. Mula gatal2 balik, kulit jadi kering bersisik sikit. So, nak tak nak kena ikhtiar pakai pelembap jugakla..huhuhu

Tapi tolongla..saya memang stok malas berlosyen bagai tu. Rimas. Vitamin E masih telan, cuma masalah tu ada tapi under control la..stresss..

Jumpa pulak 1 solusi, maybe berkesan, saya ingat nak cuba. Nanti dah cuba seminggu saya feedback macam mana kejadiannya pada kami 2 beranak ye?

Minyak Zaitun. Sunnah tu. ^_^ wish me luck!

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS




Bahan utama: 
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) 

Bahan 'dressing' ayam: 
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 ½ sudu teh garam halus

Bahan lain:
Sedikit air untuk kisar bahan
Sedikit mentega

Cara-cara menyediakannya: 
1. Campurkan kesemua bahan 'dressing' dengan sedikit air dan kisarkan. 
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. 
3. Perap selama satu setengah jam (perap semalaman untuk rasa yang lebih lazat). 
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan sedia untuk dibakar atau dipanggang. 
5. Panggang selama satu setengah jam atau sehingga ayam dimasak dengan sempurna. 
6. Semasa membakar, selepas setengah jam pertama sapukan minyak dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering dan 'moist'. 
7. Untuk hidangan sempurna, hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar ataupun boleh juga dihidangkan bersama nasi mentega.

Sumber: Yahoo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...