Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak."
Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Surah An-Nur: 58-59)
Saya ada dua orang anak, seorang umur tahun, seorang lagi umur 1 tahun.
Sulit juga nak memisahkan tempat tidur mereka. Sebab dah selama ni kami tidur sama-sama.
Tambahan pula anak yang kedua ni menyusu badan sepenuhnya.
Si kakak takut tidur sendiri. Jadi kami beramai-ramai tidur kat ruang tamu, depan TV.
Hopefully takdelah masalah gelombang yang mengganggu otak semasa tidur tu..sebab TV jenis LED, dan kami memang jarang On TV..haha..
Kemudian kami akan beransur2 pindah masuk tidur dalam bilik. Ummy, abah, & adik sahaja..tapi syarat kena siapkan tempat tidur yang kiut, cun & pinkish utk kakak dulu..haha..
Hopefully menjadi la..sebab risau kan..anak dah besar, dah padai..amit2..
**********************
Sungguh kurang sopan main terjah masuk ke dalam bilik tidur utama, apalagi masuk tanpa izin..
Itu aurat kami, tuan rumah, itu privacy kami.
Kita dalam bilik sedap2 berkemban, nak hilangkan panas berpeluh lepas buat kerja rumah..tup-tup..ada yang masuk menerjah..hoooiiii
Memang naik angin...
Baru ni, si kakak yang terlebih ramah dah jemput kawan dia masuk rumah.
Kawan dia tu lebih tua dari dia, dah darjah 2 kot.
Selamba dak je masuk dalam bilik kita..dahlatengah menyusukan si adik..berkemban..Allah..
Mengucap panjang saya time tu...
Terus saya soal..kenapa masuk dalam bilik? Tak bolehla..keluar la..tak baik...
Tapi dia buat derk aje..mata sibuk melilau sekitar bilik..amboii...ini budak...
lepas tu, boleh pulak dia tanya..makcik..nak tidur kat sini boleh tak?
Bolehla..malam ni je...
Hah?!Apakehel...
Bahaya betul anak perempuan zaman sekarang..huhu..amit-amit..
Terus saya jawab, tak boleh, tak elok anak dara tidur rumah orang rata-rata.
Rumah awak depan tu aje...buat ape nak overnight bagai pulak..apakehel?
(depan rumah kami, rumah teres sama taman, sama lorong.. huhu...T_T)
Ala...ala..ala..rengek2 pulak tak puas hati..bahaya betul budak ni..
Malam tu terus saya ceramah si kakak..bla bla..
Lagipun kami mak-mak nye bukan akrab pon, tak perlu kot rapat sangat sampai macam tu.
Macam tak best je..huhu..
Dahle mulutnya pot-pet pot-pet macam orang tua..
Si kakak pot-pet pot-pet jugak, tapi merapu yang etah hape..
Tapi budak ni lain macam..memang macam orang tua yang bizi body, suka tanya yang bukan-bukan termasuk hal personal..hal tak patut diketahui oleh budak..apakah?!
***********************
Dari situ, saya bula la ceramah secara berjadual dekat si kakak..jangan itu.. jangan ini...
Mana elok, mana tak elok...tapi rumit sungguh..sebab hari-hari..ada aje cerita, lagu, yang baru yang bukan-bukan dia bawak balik dari sekolah.
Sejak kes pencerobohan tu saya dah tak benarkan langsung si kakak bawak masuk kawan dalam rumah. Cuma dibenarkan setakat main dalam pagar di luar rumah aje.
Rimas la..dah le rumah kami tak luas mana..nak bergelewat pulak..huhu..
Kalau anak beranak sendiri tu lain cerita..haha..freestyle je..
************************
Tapi kan setiap kali datang main kat rumah, sibuk pulak budak tu duk suruh si kakak ambik nombor telefon saya..sebab nanti nak suruh mak dia mesej, nak bagitahu dianak tidur kat rumah kami...Apakah?!
No way..kalau sampai tahap nak push-push gitu..lagilah tak berani mekk...
Hal ni dah serius jugak, sampai tahap kami dah bincang laki bini..suami cakap NO WAY.
Cuma sebab nak buh dalam belog ni saya dah ringkaskan & ringan kan aje jalan ceritanya.
Malas kot taip banyak-banyak.
Yang sikit-sikit nipon dah berjela aje rupanya..haha... :P
Tak elok galakkan anak-anak, terutamanya perempuan tidur merata macam tu. Didikan yang tak manis secara ketimuran, malah secara Islamik juga..
Plus zaman ni zaman fitnah..nanti kan tak pasal-pasal pulak kalau jadi pape..cirit anak orang ke..demam ke..mengigau ke..ha..berani?
***********************
Itulah, kita kadang-kadang tak tahu macam mana attitude anak kita bila dengan orang, dengan kawan sekolah, dengan cikgu, bila kat rumah orang.
Kalau stail saya, saya tegur ON The SPOT..kalau si anak ada buat tak senonoh.
Never practice yang..' Ala..budak-budak..bukan tahu ape..."
Sebab tak tahulah kita sebagai ibu bapa kena tujukkan yang betul dan yang salah..kan?
**sebenarnya story dah lari main tajuk kan? kikiku
No comments:
Post a Comment