AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS




Bahan utama: 
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) 

Bahan 'dressing' ayam: 
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 ½ sudu teh garam halus

Bahan lain:
Sedikit air untuk kisar bahan
Sedikit mentega

Cara-cara menyediakannya: 
1. Campurkan kesemua bahan 'dressing' dengan sedikit air dan kisarkan. 
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. 
3. Perap selama satu setengah jam (perap semalaman untuk rasa yang lebih lazat). 
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan sedia untuk dibakar atau dipanggang. 
5. Panggang selama satu setengah jam atau sehingga ayam dimasak dengan sempurna. 
6. Semasa membakar, selepas setengah jam pertama sapukan minyak dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering dan 'moist'. 
7. Untuk hidangan sempurna, hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar ataupun boleh juga dihidangkan bersama nasi mentega.

Sumber: Yahoo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...