SEMAK DEPAN MATA, SEMAK LAGI DALAM JIWA

Sumber imej: Google

I wish taman sekangkang bayi kat depan rumah tersusun & rapi macam dalam gambar.
Tapi harusla berangan aje..haha..sejak ada anak kecik ni..aktiviti jadi sangat terbatas. Ciwek amat budak ni..nak menempel aje setiap saat. Pantang jauh dari mata bunyila siren dia.. T_T

Semak samun depan rumah dah hampir aku gazetkan sebagai Hutan tropika, Hutan Simpan ke..kalau pelbagai biologinya nanti boleh aje gazet terus sebagai Taman Negara. haha..

***************

Bulan lepas dah terserempak dengan ular senduk, panjang kira-kira 1 meter gitu. Lembik lutut terserempak dalam pagar depan rumah. Ok, keliling taman perumahan ladang sawit. Jiran cakap musim ular nak bertelur, mak-mak cakap ada orang hantar santau..haha..

Lepas ambik si kakak tadika, terus melencong tempat lain. Tak berani balik rumah. Cepat aku ugut cikabe suruh tabur belerang, setel semak, kalau tak akau tak nak balik rumah. Aku straight kelik Kelate baru tahu!

***************

Petang dekat senja baru aku balik, tapi masih terasa2 gerun lagi..takutla weii..aku ada anak kecik, baby..dia bukan reti apa..kalau si kakak tu bolehla bagi amaran hati-hati..ini..semua benda ada depan mata dia nak tangkap..haha

Esoknya baru sempat jumpa jiran, bagitahu sikit2 cerita, dia sedia maklum sebab dia rumah end lot..aku lah..semak dalam pagar! Dalam hati dengan otak aku lagi semak!.

***************

Dah berapa kali jugak beritahu suruh potong rumput, dia sekejap cakap nak cari orang, sekejap cakap cakap nak simen terus. Dah berapa lama dia punya janji manis tu, dah reput. Bukan setakat berkulat, basi..haha

Dulu senang aku setel sendiri, benggali selalu round taman, RM25 untuk kawasan seluas 8x8 kaki lebih kurang..setel mesin, siap buang rumput. Nih dah lama tak nampak kelibat benggali tu..ada 2,3 orang jugak, yang ada cuma tukang jual karpet..buat ape..aku alergik..haha..

Ke benggalinya dah merajuk sebab lama sangat aku cuti bersalin? Sampai ke sudah tak mahu masuk round taman sebab penduduk lain biasa potong sendiri rumput. Gotong royong lakibini.. @ at least lakinya sendiri gunting. Aku kini dah tak mampu..susah dengan anak kecik..kalau dulu aku buat sendiri.. si ecah suruh siram pokok bunga, menyapu ke..senang...nih si baby nak suruh ape? gaul tanah? haha.

***************

Kenapa ye cikabe aku tak peduli nak setel semak. dia tak paham ke bahaya? tak malu kat orang ke? tak malu dengan Allah ke? aku dah habis telan baru tertaip kat blog nih..ciss..haha

Dia tak sayang kami ke? Ke dia tak sayang aku? Sedih...
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...