Lapar bihun goreng Singapore

Seyes saya ada masalah. Jam pukul 1:30AM.
Setelah sejam lebih bergolek2 atas katil..hampa.
Masih taknak tido juga. Perut semakin seronok berkeroncong. Dang..thought gonna lost some weight this time. But seems like gonna gain some more...hopefully, baju kurung nanti muat aje dahlah..naya kena ber-T dgn batik sarong je..ekekeke..

Hm...milo panas plus collagen powder pun ok gak..(nk try collagen powder boleh oder kat saya ye?)

Oh bihun kelmarin ada lagi dalam fridge, harap2 masih edible. Takkan nak bermaggi kot..
Ye..i'm just fine eating cold food.ehehehe..
Sbb sangat tak cerewet cengginilah saya sangat mudah gain weight..huh       m(~.~)m

Nah, resepi copy paste dari my resepi...ekekeke..buh lah lauk kalau nk feeling rich gak..k...


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 bungkus bihun
  • 2 biji telur saiz A
  • 5 ulas bawang merah,4 ulas bawang putih,secubit lada hitam,5 biji cili kecil (ditumbuk)1 ulas bawang besar,2 biji cili merah besar,sedikit daun sup,daun bawang (dihiris)
  • sedikit kubis,sawi,lobak merah (dihiris halus)
  • sedikit gula,garam,ajinamoto
  • sedikit minyak masak

Cara-cara

  1. rendamkan bihun sehingga lembut
  2. goreng telur sehingga hancur dan asingkan
  3. tumiskan bahan2 yang ditumbuk sehingga gareng
  4. masukkan sedikit air
  5. masukkan sayur yang telah dihiris
  6. masukkan sidikit gula,aji, garam secukup rasa
  7. masukkan bihun yang telah direndam
  8. kacau sehingga bihun lembut dan masak
  9. akhir sekali taburkan telur yang digoreng sehingga hancur,daun sup,daun bawang, cili besar merah dan bawang besar yang dihiris

3 comments:

  1. dah lama tak mkn bihun singapore.
    sedap kan..selalu beli kt pasar mlm je dulu kat penang.mmg cukup ghasa..

    done white.my :D

    ReplyDelete
  2. bihun singapore ni menu kebulur kami, kalu time tu xlalu nk ngap megi. hahaha..sbb paling mudah nk sedia, tinggal tumbuk bawang putih dgn lada hitam ajepun..kalu malas defrost lauk, kami letak telur mata aje..lepas tu pakat2 mengebom angin hahaha..

    ReplyDelete
  3. cara memasak bihun yang sederhana.... :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...