Petua hilangkan/kurangkan bau hapak fridge


Muahahaha..malu? taderk maknanya dik..ekekeke..
Biasalah, sesape pun musti mengalami situasi yang seakan ini kan? Especially kalau dah rajin sangat menyimpan stok makanan yang tak habis, balachan, doyan..
Ada beberapa petua yang saya praktikkan, ada juga petua yang mama saya selalu gunakan. Cuba2lah ye, jangan malu2 segan2 pula..ekekeke

Petua 1: Arang
~kalau fridge kat rumah, mama selalu biarkan seketul arang untuk menyerap bauan dalam tu yang entah hape2 dah baunya bercampur aduk. Menjadilah kot..natural lah pulak bau fridge mama tu.

Petua 2: Vanilla
~ada juga kalau mama rasa nak peti sejuk dia berbau wangi2 dia suka gunakan tisu dapur buh dalam bekas kecil (piring/mangkuk) dan tuang sedikit esen vanilla. Kalau ada buah vanilla tu pun elok lagi agaknya. biar dia mewangikan suasana dalam fridge tu ye? Mama suka guna vanilla especially setiap kali selepas dia bersihkan fridge/ice box dia..

Petua 3: Roti
~ini petua yang adik saya ajarkan. pandai pulak dia bab jaga urusan rumahtangga nih..saya pun main bantai aje..caranya ialah dengan meletakkan sekepin roti sandwich yang masih lembut dan fresh tu dalam fridge. jangan letak roti yang dah berkulat ye..tak pasal2 kena food poisoning pulak nanti. biarkan aje roti tu sampai kering keras. saya dah cuba, memang jadik la...credit to yana. pastu tak tahu pulak bila nk kena buang balik roti keras kering tu. agak2 nya kalau dah menyampah sangat nengoknya, buang ajelah ye?...


Tips mengelakkan fridge berbau:
~jangan simpan makanan lebihan tanpa berpenutup. buh dalam bekas yang ada penutup, barulah baunya tak merebak.
~sentiasa pastikan fridge dalam keadaan bersih, jadualkan pembersihan fridge supaya sentiasa segar. Ala lap2 dengan kain lembap aje. kain bersih+switch off fridge+buang sisa makanan/sayur busuk/sayur kering
~jangan biarkan sisa yang tertumpah, sebaiknya segera bersihkan.
~pastikan produk makanan yang berbau eg. balachan, tempoyak, doyan, etc. disimpan di dalam bekas yang kedap udara supaya tidak mengganggu ketenteraman jiran2 dia kat dalam fridge tu.

ok, kalau sahabat2 semua ada lagi lain2 petua selain yang saya tulis kat atas tu, sudi2kanlah kongsi  dengan kami ye?..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...