Daging Tumis Ala MyMaMa MuaHH..(Masak Merah)

Special request.

Sorry, no preview available, YET. kekgi dah buat lagi baru snap cecantik post tang sini yea?

Bahan2
daging potong 1 cm (lagi tebal lagi lama reneh)   > basuh, toskan

bwg merah                           >
bwg putih                             >                tumbuk/blend
bwg kuning (if available)       >
halia                                     >

cili boh/cili giling (sy prefer rebus cili kering > blend)
asam gelugor (asam jawa pn ok kot)
gula
garam
mak aji (kalau mahu)
minyak utk menumis
                               

  >> mcm biasa juga, sukatan sila anggar saja, sbb saya main campak hajer..


Cara2
1. panaskan kuali, panaskan minyak, tumis bwg 2/3 jenis dgn halia sampai harum, kemudian masukkan cili boh/cili giling. tumis sekejap sampai cili & bwg tu garing sket.
2. kemudian masukkan daging, asam gelugor, gula, garam, aji& masukkan air secukupnya.
3. reneh sampai empuk, tambah air dari masa ke masa jika perlu. anggarkan kuantiti garam gula tu sbb nnti kalau terlebih manis xsedap pulak, cukup sekadar nk redakan rasa pedas cili sahaja. garam pun sama, masukkan secara berperingkat2 supaya bila tumisan kering nnti tdak terlebih masin pula.
4. kami sekeluarga prefer daging tumis yg sedikit pekat dgn cili boh & bawang, pedas, masin sederhana, manis tidak lebih hingga menghilangkan manis daging dan rasa masam2 sedikit efek asam gelugor mmg sangat masyukkk..
5. pastikan asam tu jenis yg kualiti sbb kebanyakan asam keping kering kat pasaran cuma rasa masam kelat bergetah, kalau ganti asam jawa pun guna yg masam sedap saja..asam extra adabi tu ok lah jugak..


Selamat mencuba & selamat menjamu selera.

: Bekalan piknik terbaek makan dgn nasi panas..huhuhu..even sesuai as bekal perjalanan jauh sbb tumis lama kan..tahan basi...


Khasiat Halia:



Umum tahu khasiat halia sebenarnya. Halia bersifat diuretik. I.e. meningkatkan kadar pengeluaran air dari tubuh. Selalunya via urin (kencing).

Maka sebab itulah halia menjadi herba asas masakan kegemaran saya since zaman belajar tinggi2 konon dulu lagi..hihihi

Dulu selalu kena field trip, jungle tracking, wallaweyy..cramp sindrimautaula..huhuhu..

So, saya suka kupas2 halia, basuh bersih2, tumbuk pecah2 sket kalau xde tapis teh nnti senang nak kasi out sama dia..hahaha..

Selalunya join dgn teh susu la..sekarang dh upgrade sket..teh halia tarik..hahaha..mcm dewasa sket kan?

Kalau xde pape minuman nk join kan halia tu, sy telan semedang aje air halia suam tu..pedas sket je rasa dia..yg penting sakit kasi blah..

Cramp ni sebenarnya disebabkan oleh lebihan asid urik dalam muscle kita. So, bila kita pee..urik itu akan nyah dari muscle via sistem urinari kita as urin. That's why halia sgt mujarab utk mengurangkan kesan cramp muscle tu, tapi kena minum air la juga kan? Nnti dehydrated pula. Btw, halia juga saaangat bagus utk nyah angin dalam badan...ooo..yea...

Better keep in handy losyen pati halia pape jenama pun sbb sama saja, sbb bila2 lenguh2 kaki tgn buat keje rumah, bleh aje sapu kasi hilang lenguh2 tu. Buh tang tayar spare tu pun, boleh aje tolong kasi kempiss sket..hehehe..

Biasanya saya mmg akan oder air teh halia tarik bila outstation i.e. perjalanan jauh-panjang-penat, harus cramp sakit2 badan kalau skip petua ni..tapi bila minum, Alhamdulillah, badan senantiasa bertenaga & segar saja, even dah duduk dalam kereta 12 jam lamanya..

Selain itu, biasakan juga minum halia masa musin hujan/sejuk sbb bagus sangat utk pastikan badan kita sentiasa selesa. Nnti takde lah teruk sangat efek penuaan gigil2, sakit2 badan bagai tu..huhuhu

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM


Seyesly, sy mcm terkelu juga bila baca ni..



Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

"Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea.""Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."
"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]

kredit: Mohamad Sidik


Salam Ukhuwah..~


Sumber Kopipasta


PERKAHWINAN...bukan utk setahun dua..

Semua mengharapkan perkahwinan mereka cukuplah sekali sahaja untuk seumur hidup.
Amatlah tidak wajar sekiranya kita sekadar mengharap sahaja.
Sebaliknya kita seharusnya turut sama mengusahakan ke arah itu.
Ya. Usaha. Mana ada hal dalam dunia ini terjadi tanpa usaha? Ada ke?

Bilamana there's prob arise between spouse, istighfar, fikir kembali, then review her/his good side rather than her/his bad side.

Tak kiralah apa puncanya sekalipun. Setiap hal & masalah tercetus pasti ada punca pencetusnya.
Masing2 husband & wife ada kelebihan & kekurangan. Kan?
Kerana kita saling kekurangan, kelebihan masing2 saling melengkapi antara satu sama lain.
Kita bukan maksum. Kesalahan & kesilapan ialah lumrah manusia.

Rumahtangga perlu banyak kesabaran, perlu tempoh untuk matang, perlu tolak ansur, perlu kepercayaan, harus ada kesetiaan, saling kerjasama, bertimbang rasa, sikap prihatin, kasih sayang, perbincangan, nasihat & paling utama ILMU.

Ilmu tidak akan datang sendiri, kita kena cari. Malas kuliah? Ceramah? Bacalah buku..
Kalau malas baca sekarang, takpe, beli dulu buku ke arah itu..
Sedikit demi sedikit saban hari..lama2 pandailah juga kan?

Beri masa & peluang kpd rumahtangga untuk hidup.
Jangan terburu-buru digegar arasy Allah..
Jauhkan diri dari bisikan syaitan.

Lunturkan amarah & benci & sakit hati yg membuak2 itu dengan wudhuk sekurang2 nya.
Sebaik2nya solat sunat taubat.
Semudah-mudahnya ialah istighfar.
Kerana mungkin tanpa kita sedari, ada sesuatu terkurang dalam hubungan kita suami-isteri & rumahtangga kita.

Mungkin juga kerana kita jauh dari Allah?
Mungkin juga kita sedikit terlupa & terlalai darinya?

Kita tidak akan pernah sesekali menemui sebarang ketenangan & kebahagian tanpa Dia.
Dia jawapan bagi segala2. Allah itu mencukupi. Allah mencukupkan.
Islam sudah beri panduan sewajarnya buat kita jalani alam rumahtangga sebaik-baiknya.
Jadikanlah rumahtangga kita didunia ini sebagai tangga untuk ke rumah kita disyurga sana.

Perbaiki iman kita, jaga Allah, insyaallah, Dia akan menguruskan & menjaga selebihnya urusan hidup kita.
Malah, Dia akan memastikan segala-galanya lancar buat kita sekeluarga.

Jangan mudah & terburu2 berputus asa, kerana putus asa itu sifat yang paling Dia benci.
Dia Maha Kaya, Maha Berkuasa, Maha Megetahui..mengapa menidakkan zatNya?
Sukarkah bagiNya mengadakan sesuatu buat kita hambaNya? Tidak bukan?

Bilamana kita mengaku kalah & membiarkan diri kita tertewas, 'mereka' itu yg akan bergelak ketawa meraikan kemenangan.
Mereka itu siapa?
Mereka itulah yg telah membisikan kejahatan dalam hati kita, mereka syaitan.

Tiada manusia yg dilahirkan sebagai salah, sebagai jahat, sebagai gagal.
Tiada istilah terlambat bahkan kiita sebenarnya sentiasa ada masa & peluang utk memperbaiki diri selagi masih bernafas.

Senjata utama yang paling ampuh memperbaiki diri & mereka yg kita sayangi ialah DOA. InsyaAllah.
Cubalah, tak rugi pun mencuba..
Untung lagi ada..hihihi..

Senjata rahasia kegemaran saya:
Astarghfirullahaladzim..sebanyak2 mungkin, sepanjang masa kalau boleh..&
Laahaulawalaa quwwatailla billahil 'aliyyiladzim..

Rasulullah saw. bersabda,
 “Lahaula wala quwta illa billah adalah salah satu khazanah syurga.” (HR Bukhari dan Muslim)

Berusahalah, berdoalah & bertawakallah.
Bersabarlah. Percayalah akan ada hikmahnya.

macamla aku baik sangat..
macamla aku bagoos sangat..
ye..berpesan2 kpd kebaikan, berpesan2 kpd kesabaran itu kan baik..
baik konon je ni pun

~pesanan & nasihat supaya aku ttp sabar & tabah..
dunia ini hanya sementara, make it simple, live it healthier, be wealthier hereafter
Insya Allah..Amin.

Penting! Solat dimana-mana, bila-bila masa.



Bismillah.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Betapa pentingnya solat salam kehidupan seorang muslim.

Tahukah sahabat2 ada cara yang khusus untuk tetap solat berjemaah ketika menghadapi peperangan?

Malangnya jarang pula kita didedahkan tentang solat semasa tempoh genting seperti peperangan & berjaga2 kerana peperangan.

Seharusnyalah kita menerima pendedahan umum even negara kita bukan negara yg berperang atau akan berperang, tapi esok lusa belum pasti. Manalah tahu dapat seru jadi askar pengaman ke? Kena bom tetiba ke?

Mana sempat nk kursus solat bagai nih? Kan?

Jom layan ilmu solat yang jarang didedahkan kat kita. Saya pun baru tahu la-ni jer pun..hihihi...


SEMBAHYANG KHAWF (KETIKA TAKUT)

Sembahyang khawf ialah sembahyang fardhu yang didirikan ketika berlaku peperangan. Ia istimewa daripada sembahyang lain disebabkan beberapa rukhsah (kemudahan) yang diberikan terutamanya ketika berjama‘ah.
Sembahyang khawf mempunyai dua keadaan berdasarkan keadaan peperangan yang berlaku, iaitu:
1. Keadaan berjaga-jaga dan peperangan belum tercetus.

2. Ketika peperangan tercetus, saf-saf bertaburan dan suasana membimbangkan.

KEADAAN BERJAGA-JAGA DAN PEPERANGAN BELUM TERCETUS

Bagi keadaan ini terdapat dua cara yang berbeza dengan sebab perbezaan kedudukan musuh:
1. Ketika musuh berada dan terkawal pada arah qiblat dan peperangan belum lagi tercetus. Imam hendaklah menyusun tentera kepada dua saf, empat atau lebih dan bersembahyang bersama-sama dengan mereka. Apabila imam sujud, saf yang berada di belakang imam hendaklah turut sujud bersama dengan imam. Manakala yang baki hendaklah menjaga rakan-rakan mereka yang sedang sujud daripada gerakan musuh. Apabila imam dan saf yang sujud bersamanya bangun, maka saf yang berdiri tadi hendaklah sujud sehingga mereka bersama dengan imam ketika duduk tasyahhud. Selepas itu semuanya memberi salam bersama dengan imam. Inilah cara sembahyang yang dilakukan oleh Rasulullah dalam peperangan Asfan.

2. Ketika musuh bertebaran, bukan berada di arah qiblat dan peperangan belum lagi tercetus. Cara sembahyang yang disunatkan dalam keadaan tersebut ialah seperti berikut:

a) Tentera yang bersembahyang dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pertama berdiri ke arah musuh kerana mengawal dan menjaga orang-orang Islam dan kumpulan kedua pergi menunaikan sembahyang secara berjama‘ah bersama-sama imam.

b) Imam bersembahyang bersama dengan kumpulan kedua hingga selesai satu raka‘at. Apabila imam berdiri pada raka‘at kedua, para ma’mum hendaklah berniat mufaraqah (bercerai daripada imam) dan mereka menyempurnakan raka‘at kedua secara sendiri. Kemudian mereka pergi ke tempat kumpulan pertama yang sedang berjaga.

c) Kumpulan pertama yang berjaga datang pula mengikut imam dan imam semestinya berdiri lama pada raka‘at kedua sekadar kumpulan pertama sempat berdiri bersamanya. Imam bersembahyang dengan mereka pada raka‘at kedua yang merupakan raka‘at pertama jika dinisbahkan kepada ma’mum. Apabila imam duduk untuk tasyahhud, mereka bangun menyempurnakan raka‘at kedua sehingga mereka duduk dalam keadaan imam masih membaca tasyahhud. Kemudian imam memberi salam bersama-sama mereka.

KETIKA PEPERANGAN TERCETUS, SAF-SAF BERTABURAN DAN SUASANA MEMBIMBANGKAN

Apabila berlaku keadaan tersebut, maka tidak ada cara tertentu untuk ditunaikan sembahyang. Bahkan setiap orang menunaikan sembahyang mengikut keadaan yang mengizinkan mereka mendirikannya sama ada dalam keadaan berdiri, menunggang, berjalan kaki atau berhenti, sama ada menghadap qiblat atau tidak. Ruku‘ dan sujud dilakukan dengan isyarat atau dengan menggerakkan kepalanya sebagai isyarat kepada ruku‘ dan sujud dengan menjadikan sujud lebih rendah daripada ruku‘.


Sumber

Berikut link video penjelasan solat dalam keadaan khauf:





Bantulah Saudara Kita! JOM!


Bismillah.

Saya suka nk ajak sahabat2 semua supaya turut sama membantu muslim di Palestin.
Mungkin ada di kalangan kita yg terbatas wang ringgit. Takpe. Saya faham
Tapi terbaik & pasti semua mampu ialah bantuan secara 'halus'.
Bilamana membaca rentetan peristiwa serangan ke atas Palestin, bulu roma saya meremang.
Allah menguji kita di sini, mahukah kita meminjamkan sebahagian harta & wang ringgit kita buat mereka di sana bagi pihak Allah?
Mahukah kita meminjamkan sedikit masa kita yg kebanyakannya kita sia-siakan begitu sahaja? Luangkan untuk mendoakan mereka di sana.
Macam mana mereka? Makan? Minum? Tidur?
Sedang bila2 masa sahaja mereka mungkin akan kehilangan ahli keluarga, malah kehilangan jiwa sendiri.

Akaun sumbangan derma boleh didapati melalui link berikut:
       
         :: Aman Palestin (FB Page)

         :: Website Aman Palestin Malaysia

Selain itu, usaha secara peribadi yang lebih besar nilainya pastinya:

         :: Doa

         :: Bacaan Yaasin

         :: Tasbih, Tahmid & takbir sepanjang masa...insyaAllah.

a.k.a. pelaburan amanah saham kehidupan yang kekal abadi di akhirat.
(p/s; pelaburan kat dunia kejap saja, entah2 xsempat merasa kita dh jalan dulu kan?)

Ada SYAITAN dikalangan MANUSIA!!! ha???

Baru lepas nonton berita.

Pemberita yg baca berita buat muka..ha???..erk???..hehehe

Berita tu ttg ANTARA intipati kandungan utama Muktamar sebuah parti terhadap parti lain.


Face the fact babe!..hehehe..

Tapi kan...betul lah jugak yg dikata kan?

Tak cayer yg saya cut&paste tang bawah ni?

Takpe, siler buka buku tafsir..tak boleh hurai @ faham? cari guru yg arif & bergurulah..WA.

Semoga berjaya & selamat dunia akhirat. Amin.


Sumber

Daging Masak Kicap (Gulai Kicap)

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahukbar.

Permulaan pagi tahun baru Hijriah ini Allah s.w.t. merahmati kami dengan hujan berkat. Suasana aman & nyaman sekali.

Mudah-mudahan setiap hari mendatang sempena tahun ini kita semua sentiasa dirahmati & diberkati dengan rezeki yg berkat, amal yg soleh & akhlak serta akidah yg semakin baik.

Semoga kita semua bahagia, berjaya & terpelihara hidup di dunia & akhirat. InsyaAllah. Amin.

Sambutan tahun baru ni, rajin pulak saya nak kongsi salah satu resepi feberet saya, likely the whole family la kot..ehehe..


Terimalah....daging masak kicap a.ka. daging gulai kicap. :)

Bahan2.

kulit kayu manis
     
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
minyak utk menumis
tumbuk/blender/mayang halus
       bwg merah
       bwg putih
       halia
potong/belah kasar
       bwg besar
cili giling/cili boh
asam keping
kicap manis
kicap pekat (kalau mahu)
gula
garam
serbuk perasa (kalau mahu)
air

                                >>>amaun/sukatan sila anggar sbb sy mmg xtau, main campak hajerr..hehehe





Cara2nya

1. Panaskan periuk, masukkan minyak masak. Masukkan rempah kasar dahulu (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis,buah pelaga), sesudah harum, masukkan bwg merah, bwg putih & halia.


2. Sesudah garing, masukkan pula cili giling, tumis sampai masak cili tu. Masukkan gula, garam & serbuk perasa & biarkan seketika.





3. Kemudian baru masukkan daging yg sudah dihiris nipis, basuh, tos ke dalam periuk dan gaul. .




4. Masukkan asam keping, kicap manis & kicap pekat. Masukkan air secukupnya dan biarkan hingga daging empuk.





5. Bila daging sudah hampir masak/empuk, masukkan bawang besar yg sudah dibelah. Kemudian tutup api. Dah siap.









Selamat mencuba.
Resepi sama utk ayam. Cuma ikan aje lain sbb kena bubuh last skali ikan tu takot lunyai la kan? heheh

*sesetengah tu xsuka tumis, xmau guna minyak, pun takpe, lagi senang. Sekali harung aje semua, blender saja semua bahan2 kecuali rempah kasar lah, buh dalam periuk, taruk air. Reneh. Sekaligus dgn daging/ayam aje, tau gelegak/empuk dah siap...lebih sihat.

Tips buat peniaga kecil

Post kali ini ikhlas saya tujukan buat sahabat2 yg membaca entri ini yang mana mungkin terdiri daripada peniaga kecil, anak2 peniaga kecil, adik beradik ke, kawan2 ke..sape2 lah yang related secara direct @ indirect dengan mereka2 ini.

Semoga mendatangkan manfaat & dapat dijadikan panduan supaya perniagaan lebih laris lagi di masa akan datang k?

Kisah mengidam makan 'chicken wings' (pasar malam, tepi jalan)

Punyalah beriya boboboy saya buat u-turn semata sbb saya nk beli & nk makan jugak itu chicken wings..
Hihihi...sekali siap park baik nyer depan gerai tu..wallaweyy...

Boboboy: Tak payahlah..lenkali aje

Akuyangcun: Ark?....!!!!???'

Terus aje sayangku itu memandu kereta laju jauh meninggalkan gerai chicken wings tu. Hampeh sangat. Aku mulala angin satu badan..

Akuyangcun: Ape abang ni? bukannya mahal sangat pun, singget stengah je pun..ala..apani? Abang nampak ape?

Ok..aku mula nak rasa mcm serem..hehehe..yelah, gerai tu bukan kat pasar malam, tepi jalan aje pun. Ntah ye orang ntah hape yang menjual tu kan? Nampak mcm kool aje pulak laki aku nih..kalau nampak hantu xtakut pulak dia, selalu kalau pape serem dia yang over pucat dulu...mmm

Boboboy: Yelah, dari jauh tadi tak perasan pulak, bila dah depan mata baru nampak. Mu tak nampak ke Mek? Dahlah duduk silang panggung atas bangku tu, kaki pakai sliper, siap kutis2 kaki pulak..nnti tangan tu jugak lah yang nak pegang kepak ayam tu..nak muntanh kita tengok..apalah...

Akuyangcun: Ha? yeker?

Segera aku imbas balik, mmg tadi dia duduk silang panggung, menjauh sikit dari gerainya so, mmg jelas nampak aktiviti lepak sambil kutis kaki tu..lagipun, lagi sorang member dia masih duduk dalam posisi sama..bila makcik tu bangun nak ambik pesanan kami..hehehe..

Pastinya makcik tu hampa sbb ponat2 bangun kami blah cenggitu aje..

Lepas tu, sampai sekarang ni, dh berapa byk gerai yang jual chicken wings yang sempat kami spot mmg mcm itu caranya..mmg hampeh..pengotor rupanya..tak taulah orang tempatan ke bukan.

Kami mmg sokong industri kecil, nak beli & tolong lariskan jualan, even kami xmakan, boleh aje belikan buat buah tangan kat sesape, tapi mcm mana nak tolong kalau dah gayanya macam tu?

Pesanan kami, tolonglah berniaga secara properly,..

:: pakai kasut
   sbb dah byk kali sgt nmpak penjual duduk kutis2 kaki, kutis2 gelang kaki..aduhai...

:: pakai tutup kepala/tudung
   sbb ada aje rambut yang termasuk dalam makanan, tak kiralah rambut yg gugur @ rambut rebonding yg sudah siap die wane blonde~ duk menyapu2 lebut dalam makanan semasa nak bungkus makanan~I sendiri yg witness masa bazaar ramaadan 2012 yg lalu..huk huk huk

:: pakai baju lengan panjang
   sbb kadang2 bulu lengan juga mau masuk dalam makanan..yuck!

:: sarung tangan semasa mengendalikan makanan even ambil pakai pengepit
   sbb kalau dh menjaja mmg sangat susah nk dapatkan bekalan air kan? kan? kan? so, camne nk basuk tangan?

:: apron
   sbb kadangkala tudung 3,4 layer yg cun/pashmina/blaus tu kadang-kala dgn lemah gemalainya turut tolong usap2 makanan masa nk bungkuskan makanan kan?


Seyesly, since kes rerambut blonde~ dgn kutis2 kukukaki makcik apambalila dgn chicken wings, kami kini dh kureng kerap makan/ beli rata2 camtu..jadi kalau teringin nak makan kenala ke Restoran yg kita sudah sedia maklum their food handling is more hygenic, more properly..

So, semoga lepas ni bawakkan khabar ini supaya kita  boleh meningkatkan mutu pengendalian makanan supaya lebih banyak masyukk..bukan org len yg untung pun..tukang jual tu jugak ape?..

Lagipun supaya sumber makanan pelanggan2 kita lebih bersih, lebih terjamin, kan baik pendapatan macam tu? Lebih berkat...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...